Ads by nuffnang

Monday, February 28, 2011

Mesin ATM yang Jiwa Kacau.........

Lazimnya hujung bulan gaji dah masuk.

Setiap indidvidu yang sudah berkerjaya mahupun
berumahtangga, pasti menjadikan mesin ATM sebagai
kemestian untuk  membayar rumah, kereta, kad kredit
kirim pada keluarga dan pelbagai lagi yang ditawarkan.

Ada juga yang menggunakan perkhidmatan internet
seperti Maybank 2U, cepat dan menjimatkan masa.

Saya belum daftar lagi perkhidmatan tu.....

Bagi warga Media Prima, Alhamdulillah kami dapat
bonus, Jumaat lalu,  bolehlah langsaikan apa yang
patut di samping untuk simpanan masa depan terutama
bab kesihatan.

Semakin hari kos perubatan makin meningkat....
tu kena beringat....


Saya nak sentuh sikit pasal mesin ATM.......

Di Damansara Uptown tadi, selepas makan malam, saya
pergilah ke beberapa bank untuk menbayar rumah dan
kereta di beberapa bank yang berlainan.

Di bank hendak jelaskan kad kredit, saya tenguk
punyalah ramai orang beratur.....

Hati dah berbelah bagi, nak balik atau tunggu....

Dah alang alang kat sana, oklah beratur ajalah.....

Terdapat tiga mesin  "cash deposit" tetapi satu mesin
dah deman kepialu agaknya.....

Tak tulis pun rosak....tapi kekuncinya dah "jammed".

Gambar hiasan


Yang menjadi kebanyakkan individu di situ bengang,
sebab mesin yang satu ni , agaknya terlalu canggih.

Beberapa kali duit yang kita masukkan, tidak di terima.....

Sabau ajalah....itu yang buat jadi lambat.

Sebab dah beratur kat mesin kedua tu, terpaksa jugalah
saya menunggu lebih kurang 15 minit.

Rakan saya yang menggunakan mesin pertama, tersenggih
melihat saya masih lagi menunggu bagai buah tak gugur.

Seperti individu yang lain, saya juga turut terkena badi
mesin yang bijak pandai tu.

Tiga kali duit saya tidak di terima.

Masuk kali keempat, tak boleh juga terus saya tekan
ok untuk duit terdahulu yang dah masuk......

Saya tak selesa ramai orang menunggu di belakang
saya.

Gambar Hiasan


Seorang wanita Cina di hadapan saya mencuba
lebih 6 kali dan ternyata dia "hangin" dengan mesin
tersebut.

Begitu juga dengan beberapa orang terdahulu.

Kenapalah mesin tu terlampau canggih, bukannya duit
koyak, duit kertas yang baunya masih bau kilang, tapi 
tak diterima dan menguji kesabaran kebanyakan individu yang beratur.

Mesin ATM tu boleh  kategorikan bijak memilih wang
kertas, tapi waktu yang sama buat ramai yang
"jiwa kacau".....

12 comments:

  1. Itulah dia kelemahan mesin. Tanpa keupayaan berfikir adakalanya akan meragam walaupun telah diaturkan perjalanannya. Namun manusia, walaupun ada akal untuk berfikir, tetapi masih lagi tidak berupaya untuk membuat keputusan yang tepat yang akhirnya bakal merugikan diri sendiri. Jom singgah baca entry terbaru saya tentang manusia yang tidak bijak berfikir ni.

    ReplyDelete
  2. Makngah pun acap kali mengalami stress dgn mesin tunai maybank.. . ada kala sampai terus belah jer tanpa dapat membayarnya, dtg esoknyapun sama, maka kena semburlah staff dia yg di kaunter pertanyaan tu. Ada sekali itu seorang lelaki yg berada di depan Makngah menyumpah2 krn geram kepada mesin itu sambil ditendang2nya. Tak pasal2 bengkak bengkil dinding mesin tu....heheeh jiwa kacau.

    ReplyDelete
  3. Memang sakit hati berurusan dengan mesin yang berjiwa kacau itu... :(

    ReplyDelete
  4. gunala maybank2u! boleh bayar kat bilik tidur jer! bukan ker teknologi itu bertujuan nak memudahkan manusia? :)

    ReplyDelete
  5. as salam kak mazlin...mesin atm mmg selalu wat hal cam tuu..terlampau canggih sampai kan duit yg baru pon tak nak terima...saya pernah gak alami situasi sebegitu...myusahkannn...

    ReplyDelete
  6. Bila nak berurusan di kaunter, dorang suruh guna mesin, bile guna mesin (siap dorang ajar lg), jadi macam kes Chik Inn. Bila dah banyak kali cuba tak boleh, akhirnya saya dengan muka selamba color hijau bayar kat kaunter. Geram memanglah geram tapi nak lepaskan kat kaunter pun tak guna juga sebab bukan dorang yang rekacipta mesin tu. Sudahnya, saya tak guna mesin kalau jumlah nak slot in tu banyak, menyusahkan diri dan orang yang turut beratur sama.

    ReplyDelete
  7. tahniah cik inn dpt bonus,tu la bnk cap rimau ramai sgt customer

    ReplyDelete
  8. as salam cik inn..

    kita guna atm utk keluar duit sikit2 je.. takut pon ya, terkadang geram sbb tersangkut pon ya.. pastu gabrah orang ramai kat belakang..

    ReplyDelete
  9. Duit baru keluar dr mesin ATM pun mesin tu tak nak..

    ReplyDelete
  10. Waahhh..dapat bonusss..bestnyer...kebetulan pulak besday saya niiii...*ada sapa-sapa nak blanja..?*

    eemmmm..kalau jumpa mesin macam ni, kadang-kadang serba salah dengan orang belakang,nak teruskan, lambat, nak tinggalkan , duit nak guna....

    ReplyDelete
  11. Rakan rakan blogger juga pernah mengalami masalah seperti saya di mesin ATM lah ya...
    Sabar ajalah ya....

    Amir,
    Memang setuju kemudahan internet seperti cadangan anda memudahkan urusan....tapi dengar ada juga masalah yang tidak diingini turut berlaku, rasanya beratur pun tak palah.....

    Peri,
    Memang sejak dua menjak, bank cap rimau kat sebelah Si Pentas asyik muka bebudak Media Prima aja.....maklumlah durian runtuh.....Alhamdulillah...

    Cikgu Nurin,
    Selamat panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa di rahmati olehNYA....
    Datang Sri Pentas, boleh saya belanja makan....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...