Dah cuti lama, Selasa dan Rabu MC, sambung cuti Tahun
Baru Cina, bila kena kembali ke pejabat hari ini
penyakit M (malas) terbawa bawa jugalah masa nak
ke kenderaan.....
Pandu kereta tadi pun dok berhemah betul....
lampu kuning terus berhentilah, kalau tidak selagi belum
merah terus tekan minyak.....
(bukanlah selalu saya buat macam tu....)
Penyakit M ini jugakah yang dikategorikan "Monday Blues"?
Bila dah sampai pejabat, banyak emel yang menanti untuk
dijawab dan kertaskerja untuk mesyuarat esok yang
perlu disiapkan jadi terus bersemangat dan makan tengahari
"jamak" ke minum petang aja....
Penyakit M terus sembuh dan vitamin R (rajin) terus
mengambilalih......
Itulah lumrah orang bekerja ekk.....secara automatik
tahu kerja menunggu.....sendiri mau ingatlah......

selamat kembali bertugas kak mazlin
ReplyDeletesemoga segalanya akan berjalan lancar
:)
salam kak lin..
ReplyDeletelama ayu tak singgah sini..
biasalah kak, lepas bercuti CNY..
sure penyakit M melanda.....
kak.,,,,apa2 pun all the best SEMANGAT!!
Penyakit M ni akan hilang bila keje yg kita lakukan tu mmg kita minat.
ReplyDeleteBetul tu...memula nak masuk kereta, lambaaatt jer..dah sampai sekolah, tgk budk berlari sambut , wah naik balik semangat...
ReplyDeleteSelamat bertugas semula Chik Inn...
kak pah ni..hari2 ada penyakit M..hahahaaaa..Mengemas..Memasak..Membasuh..
ReplyDeleteAyu,
ReplyDeleteApa kabar, lama tak berkomunikasi di alam maya ya.....seperti Ayu tulis...Semangat kena kuat terutama menentang penyakit M....
Azwan,
Saya setuju dengan anda, minat yang mendalam terhadap sesuatu akan dapat mengatasi penyakit M....
Cikgu Nurin,
Selamat bertugas juga buat Cikgu Nurin....Pengorbanan seorang insan bergelar guru, begitu tinggi sekali...
Anisa,
Tadi saya makan coklat, belek dua tiga kali sebelum makan tau....Teringat entri coklat berulat tu....
haha..
ReplyDeletepenyakit yang sama untuk kebanyakkan orang..
nabil pon malas sgt nak buka buku ni..
bila la nak dapat vitamin r ni..huhu
Nabil,
ReplyDeleteSebagai pelajar, kena buang jauh penyakit M tu...ingat harapan ibubapa untuk menghadiri konvo awak sebagai pelajar cemerlang.....
Tanam semangat vitamin R sentiasa di dalam diri....
Kalau kat utara ni..bukan monday blues dah..jadi Sunday blues..penyakit S la pulak kat Kedah ni. Apa pun bila dah start kerja...vitamin R akan kembali sehingga betembung dengan penyakit S. Kerja satu ibadah...
ReplyDeleteAssalamualaikum wr.wb
ReplyDeleteApa-apa pun kita berbalik kepada amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Insya Allah apa juga penyakit M ke Z bisa di hapuskan..Amin. Baru je berkesempatan menjengah blog mu sahabat.