Ads by nuffnang

Tuesday, February 22, 2011

"MEMORIKU DI NEGARA KIWI.....yang dilanda gempabumi......"

Pada 4 September tahun lalu, New Zealand khususnya
di Christchurch digemparkan dengan gempa bumi
berukuran 7.1 pada skala richter.



Semalam sekali lagi gempa bumi melanda Christchurch
dengan berukuran 6.3 pada skala Richter pula.

Menurut laporan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat,
gempa berpusat 10 kilometer ke barat daya Christchurch
adalah pada kedalaman empat kilometer.

Banyak bangunan dan kediaman dilaporkan rosak dan

ada mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

Bekalan elektrik dan air terputus.

Perdana Menteri, John Key  tidak menolak kemungkinan 
ramai nyawa terkorban berikutan kerosakan yang
agak teruk.

Semasa siaran Buletin Utama jam 8 malam tadi,
dilaporkan lebih 65 orang terkorban.

Bagaimanpun pelajar Malaysia yang menuntut di
beberapa universiti di Christchurch dilaporkan selamat.

Syukur Alhamdulillah.

Bersama Abg Ishak dan isteri di CIC

Ishak Mahyuddin, Pengerusi Christchurch Islamic Centre
yang pernah saya paparkan dalam Potret Terbilang pada
2007, juga kisahnya pernah saya tulis dalam entri sebelum 
ini, InsyaAllah akan berkongsi cerita melalui panggilan
telefon keadaan di sana dalam Malaysia Hari Ini esok.

Dalam banyak  negara yang pernah saya lawati,
New Zealand sentiasa dalam kotak fikiran saya.

Pertama kali saya menjejakkan kaki di Negara Kiwi itu 
pada tahun 1993 selama 16 hari untuk tugasan Majalah 3
di bawah tajaan New ZealandTourism Board.

Saya bersama krew yang terdiri daripada Jurukamera
Zakir Omar, JuruTeknik Shariman Shafiee dan jurulampu
Haizolizam Yusof di bawa melawat ke Pulau Utara dan
Selatan.

Antara lokasinya seingat saya Dunedin, Quenstown,
Christchurch, Greymouth, Nelson, Wellington, Roturua
dan Auckland.

Queenstown turut dikenali sebagai lokasi yang mempunyai
pelbagai aktiviti yang mencabar.

Di Queenstown saya belajar bermain ski di samping
mencuba "Shotover Jet- The world's most exciting Jet
Boat Ride".

Mana tak "exciting" nya, dah lah bot dibawa laju dan
seolah olah nak melanggar batu......

Kalau berlanggar mahu meletup bot terbabit, tapi
pengendalibot memang profesional......

"Bungee Jumping" tak sempat nak cuba......

Keadaan alam semulajadi, bentuk mukabumi bagaikan
sentuhan pelukis beserta penduduk setempat yang
ramah membuatkan kami selesa di sana.

Krew terdiri daripada Zakir (berbaju merah) Shariman dan Haizol


Di Universiti Otago


Di Queenstown bersedia nak belajar berski





Bersedia untuk menaiki Jet Boat
Berdebar juga jantung tatkala aksi berpusing dan
melambung di air dilakukan pemandu bot



Di Tasik Wakatipu

Meredah kawasan hutan simnpan di Greymouth

Saya juga bersyukur selepas 14 tahun menjejakkan
kaki di bumi New Zealand, tahun 2007 sekali lagi saya
berkesempatan ke sana tetapi lebih fokus ke
Christchurch, kali ini untuk Potret Terbilang.....


Justeru tatkala melihat di televisyen mahupun gambar
gambar gempa bumi di internet, memang mengembalikan
nostalgia lama......

Di Christchurch 1993

Sungai Avon di Christchurch
Saya dan krew 1993

Sungai Avon tugasan 2007

Saya dan krew 2007


Dulu 1993 tak ada tram, semasa tugasan 2007ada dan kini
tiada lagi akibat kemusanahan gempa bumi...
(lokasi yang sama dulu dan sekarang
-photo 1993 saiz badan kecil sikit dibanding sekarang))
 
Bumi sudah bosan dengan sifat kerakusan manusia
yang tidak menghargai alam semulajadi.

Dan Yang Maha Pencipta mengingatkan kita,
cukup sampai waktunya, tiada sesaat pun, apa saja
yang berada di bumi ini boleh lari daripada takdir dan
kemusnahan.....

Renung renungkanlah.......

9 comments:

  1. Salam,
    Teringin sangat nak pergi sana...macam dalam lukisan pulak nampak ;)

    Entah bila hasr tu akan tercapai...

    ReplyDelete
  2. Assalam Mazlin,

    tengahari td akak terkejut dengar berita. Tak perasaan lak Christcurch dpt gempa last year. Akak tau pasal Christcurch ni kan pasal cerita Ahmad Idham dulu tu.. Tak ingat cite apa... Kesian sangat..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya baca pengalaman Kak Lin...i follow akak.

    ReplyDelete
  4. comeyla cik inn masa muda remaja...maintain comey sampai sekarang...

    ReplyDelete
  5. anyss,
    Tanamkan semangat untuk sampai ke sana dan tak mustahil InsyaAllah impian itu bakal tercapai satu hari nanti....

    Kak Yan,
    Drama yang dilakonkan Ahmad Idham dan Haliza Misbun di Christchurch bertajuk Cinderella disiarkan di TV3 beberapa tahun lalu.....
    Memang best drama tu....

    zmah,
    Terima kasih kerana follow blog saya....

    Keyphochee,
    Comel....Alhamdulillah.....

    ReplyDelete
  6. tempat yang menarik... cerita cinderellah tu pun menarik sangat2 sampaikan sanggup cari novel dia. tapi sejak dah pindah rumah ni, entah kat mana saya simpan huhuhu...

    ReplyDelete
  7. sangat cantik gambar2 di sana

    semoga semua rakyat kita di sana selamat

    ReplyDelete
  8. semoga negara kita aman damai ye...amin

    ReplyDelete
  9. CiK In hang ni betul2 buat aku mengalir air mata bila tengok post hang ni... Ia mengembalikan balik kenangan yang tak dapat aku lupakan... selama kita hang, zakir dgn haizol... di bumi kiwi... kenangan tu masih dlm ingatan aku... kalau hang ada apa2 gambar lagi tolong email kat aku shah0728@gmail.com atau tag kat fb aku.... terimakasih.....tome2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...