Ads by nuffnang

Friday, February 25, 2011

"Ramai wanita ketagih arak ......"

Saya tertarik dengan satu tajuk di akhbar Harian Metro
hari ini.

Tajuk "Makin ramai wanita ketagih"....

Wanita dikesan semakin mengambil minuman beralkohol,
sekaligus menyaingi golongan lelaki, menurut Dr Rozanim
Kamarudin, Ketua Penolong Pengaah Kanan, Unit
Penyalahgunaan Alkohol, Kementerian Kesihatan.

Menurut kajian yang dilakukan, pihaknya juga mendapati
ramai orang Melayu mengambil minuman haram itu
walaupun peminum di kalangan kaum lain lebih tinggi.

Kita sedia maklum, alkohol banyak membawa mudarat,
malah individu ketagih alkohol tidak boleh berhenti serta
merta seperti dadah.

Ia adalah punca risiko bagi kemabukan dan penyakit
kronik.

Hairannya dah tahu air kencing syaitan tu haram.....
tapi makin bertambah bilangan penggemarnya.......

Bagi yang beragama Islam tu, muhasabah kan diri....
tingggalkan benda haram tu dan kembalilah ke pangkal
jalan...

Ingat...Rumah kata pergi..Kubur kata mari.....

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun....

13 comments:

  1. kembali ke pangkal jalan

    jauhi segalanya yang merosakkan akidah.

    ReplyDelete
  2. Salam Chik Inn..baru spt singgah...

    Ppuan sekarang nak tunjuk hebat, dah tak kenal halal haram...

    ReplyDelete
  3. Susah mahu cakap la cik lin. Sana-sini banyak kita dengar kes-kes yang melibatkan di bawah pengaruh alkohol.Kenapa ya? Adakah mereka-mereka ini terpengaruh dengan budaya masa kini?

    ReplyDelete
  4. hidup bertuhan kan dunis. cam tu lah jadinya. ALHAMDULLILAH kita tidak termasuk. Mudahan ALLAH beri petunjuk sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  5. mereka lalai dgn keashikan dunia.ramai anak gadis melayu kita minum arak skrg ni..

    ReplyDelete
  6. As-salam..

    Dunia da nak akhir zaman.. :(

    ReplyDelete
  7. siapa yang minum arak didunia tidak akan merasai arak di syurga.

    ReplyDelete
  8. manusia lebih banyak lalai dari mengingatiNYA

    ReplyDelete
  9. bila dah lama minum arak akan menjadi ketagih,xdinafi kan.aku sendiri mengalaminya.mula minum dan merokok sejak tamat sekolah.bila usia aku mencecah 30thn.ketagihannya mula terasa.aku cuba berhenti kerana hendak mendirikan rumahtangga dgn seorg jejaka.sejak itu aku jadi seorg pemarah dan sering dlam kemurungan.bakal suami aku tahu aku seorg merokok dan minum arak,tapi dia xtahu aku sebenarnya sudah ketagih dgn arak.dan aku masih lagi minum.dan bila berkahwin aku berterus terang dgn suami aku.dia xsangka aku ketahap itu.akhirnya dia dpt menerima dah cuba membimbing aku.paling aku tidak tahan bila waktu malam.aku akan keluar kekedai membeli arak utk menghilangkan ketagihan.selepas 3thn berkahwin baru aku pulih dari ketagihan rokok dan arak.iatu selepas mendapat cahaya mata.aku rasa ramai lagi perempuan diluar sana mengalami keadaan seperti aku.

    ReplyDelete
  10. Saya seorg janda yg punyai sepasang anak yg meningkat remaja.hampir 20thn saya ketagihan alcohol.saya becerai pon atas sikap saya sendiri.
    Xdi nafi kn dirumah saya juga ada stok bermcm jenis minuman keras.kerana terlalu lama minum alkohol saya menjadi ketagih.tabiat buruk saya ini diikut oleh anak2.saya risau dgn situasi ini.nk tegur pon salah.lebih2 lagi anak gadis saya yg skrg ini cuba2 merokok dn minum arak bersama saya .saya cuma kawal mereka dari minum berlebihan.bagaimana saya nk hilangkn ketgihan alkohol saya.Ada x cara yg berkesan.

    ReplyDelete
  11. memang betul la kata blogger maz ni,memang ramai perempuan melayu ketagih arak skrg ni.apa la nak jadi.

    ReplyDelete
  12. tanda2 perempuan ketagih arak dia akan mengelabar bila waktu malam.bila bgn tidur dia akan ingat arak tersebut.berenti la sblm ketagih..

    ReplyDelete
  13. biasanya perempuan kaki arak ni perempuan yg suka bersosial dan kaki club.tiap2 hari togok bir..lama2 ketagih la.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...