Saya memang suka ambil gambar sejak zaman sekolah
lagi hinggalah sekarang.
Mungkin itu antara sebab saya memilih dalam bidang
yang diceburi kini.
Saya nak kongsi dalam entri hari ini kisah saya membawa
anakbuah terdiri daripada Mariana dan adiknya Hisham,
Jehan bersama adiknya Naquib, menyaksikan
pertunjukkan silap mata oleh ahli silap mata dan pakar
ilusi yang tersohor tahun 80an iaitu David Copperfield.
Pertunjukan Copperfield menjadi bualan hangat ketika dia
berjaya membuat ilusi yang menyakinkan dengan berjalan
merentasi Tembok Besar China pada 1986.
Tahun 1988 buat julung kalinya dia ke Kuala Lumpur
untuk membuat pertunjukkan silap mata di Putra World
Trade Centre (PWTC).
Selepas pertunjukan Copperfield yang begitu memukau
penonton, tibalah masanya untuk sesi tandatangan dan
bergambar.
Semasa pertunjukan tidak dibenarkan merakamkan
gambar.
Biasalah orang terkenal seperti Copperfield mempunyai
ramai peminat, saya ni bukan kira peminat tegar tapi
sekadar untuk memenuhi koleksi photo.
Saya pun apa lagi tarik keempat empat anak buah
dengan segera ke depan pentas yang tidak jauh
daripada tempat duduk kami.
Mereka juga teruja untuk merakamkan gambar
bersama David Copperfield.
Oleh kerana ramai orang dah mula beratur saya pun turut
serta bertolak tolak dan terlepas tangan anakbuah saya.
Alamak.......tapi saya dah ingatkan mereka kalau terlepas
tunggu di tempat duduk semasa pertunjukkan.
Sebab nak juga bergambar dengan Copperfield, saya
pun terus ke depan kerana saya yakin Mariana dan Jehan
akan menjaga adik masing masing.
Maka akhirnya berjaya juga saya bergambar dengan ahli
silap mata terhebat itu....
Selepas tu saya mencari keempat empat anakbuah saya
dan ternyata mereka menunggu berhampiran tempat
duduk kami.
Bagus budak budak tu mengikut cakap mak sedaranya...
"Tadi Chik Inn gi mana", Hisham yang berumur tujuh tahun
bertanya.
"Jumpa Copperfield dan ambil gambarlah", saya menjawab.
" Alaa...kita pun nak ambil gambar .....", Jehan 10 tahun
yang sebaya dengan Mariana mencelah.
"Huh...susah nak ambil gambar lebih lagi kauorang budak
budak," saya memujuk.....
Masing masing nampak macam kecewa.....maklumlah dah
beritahu kengkawan yang mereka ke pertunjukan itu.
Di pintu keluar, terdapat beberapa kereta mewah di
tempat letak kereta antara PWTC dan hotel Pan Pacific
(ketika itu masih nama hotel Pan Pacific).
Nak mengubat hati anak anak buah yang tak dapat
bergambar dengan David Copperfield, saya nampak
sebuah kereta RollsRoyce lantas memberitahu mereka
tulah kereta yang dinaiki Copperfield.
Mereka masih budak budak, memang percaya seratus
peratus cakap mak sedara mereka, lantas kami pun ambillah
gambar berlatarbelakang kereta mewah tersebut....
Tak dapat bergambar dengan Copperfield, dengan kereta
dinaiki Copperfield pun kira oklah.....
Sebenarnya kereta itu langsung tak ada kena mengena
dengan David Copperfield......
Kesian mereka...kena kelentong oleh mak sedara
mereka.....
Sori satu lori ya anak anak sedara.....
Tapi sekarang mereka dah besar, ada yang dah
berumahtangga....bila saya imbas kembali kisah
kisah lama bersama mereka......memang tergelak
sakan kami.......
Sesekali di kaca TV ada kelibat persembahan David
Copperfield saya tersenyum sendiri......teringat
kenangan lalu...

Copperfield melayan peminatnya.... |
Maka akhirnya berjaya juga saya bergambar dengan ahli
silap mata terhebat itu....
Hah.....bergambar dengan David Copperfield.... |
Selepas tu saya mencari keempat empat anakbuah saya
dan ternyata mereka menunggu berhampiran tempat
duduk kami.
Bagus budak budak tu mengikut cakap mak sedaranya...
"Tadi Chik Inn gi mana", Hisham yang berumur tujuh tahun
bertanya.
"Jumpa Copperfield dan ambil gambarlah", saya menjawab.
" Alaa...kita pun nak ambil gambar .....", Jehan 10 tahun
yang sebaya dengan Mariana mencelah.
"Huh...susah nak ambil gambar lebih lagi kauorang budak
budak," saya memujuk.....
Masing masing nampak macam kecewa.....maklumlah dah
beritahu kengkawan yang mereka ke pertunjukan itu.
Di pintu keluar, terdapat beberapa kereta mewah di
tempat letak kereta antara PWTC dan hotel Pan Pacific
(ketika itu masih nama hotel Pan Pacific).
Nak mengubat hati anak anak buah yang tak dapat
bergambar dengan David Copperfield, saya nampak
sebuah kereta RollsRoyce lantas memberitahu mereka
tulah kereta yang dinaiki Copperfield.
Berdiri dari kiri Jehan, Naguib, Hisham dan Mariana |
Bergambar dengan "kereta" dinaiki Copperfield |
Mereka masih budak budak, memang percaya seratus
peratus cakap mak sedara mereka, lantas kami pun ambillah
gambar berlatarbelakang kereta mewah tersebut....
Tak dapat bergambar dengan Copperfield, dengan kereta
dinaiki Copperfield pun kira oklah.....
Sebenarnya kereta itu langsung tak ada kena mengena
dengan David Copperfield......
Kesian mereka...kena kelentong oleh mak sedara
mereka.....
Sori satu lori ya anak anak sedara.....
Tapi sekarang mereka dah besar, ada yang dah
berumahtangga....bila saya imbas kembali kisah
kisah lama bersama mereka......memang tergelak
sakan kami.......
Sesekali di kaca TV ada kelibat persembahan David
Copperfield saya tersenyum sendiri......teringat
kenangan lalu...
kak mazlin.
ReplyDeletebanyaknya pengalaman akak..
bestnyeee
(:
pastu dapat tgok show si david tu..
best!
Anisa,
ReplyDeleteAlhamdulillah, mungkin telah ditakdir dapat merasa pelbagai pengalaman. Dan sememangnya pengalaman mendewasakan kita. Ketika tu saya masih menuntut di ITM lagi..
Ala- ala comelnyer anak sedara Chik Inn ni. Dah beso sekarang macam mana lah rupanya. Pandai Chik Inn ayat dia orang yer. Nak tergelak akak baca ... hehehe.
ReplyDeletecool, copperfield.. nak tanya, u ada anak buah nama nazir kan? lost contact.. takde citer pasal nazir ke? hehehe saya coursemate dia masa kat uiam.
ReplyDeleteha ha ha...kesiannyeee...adui, tergolek golek saya baca kisah ni..bebudakkan? itulah jujurnya mereka....
ReplyDelete*saya diserang migrain semalam, tak dapat bangun, tapi dalam dok sakit sakit tu, teringat..alamak, belum baca entri Chik Inn lagi...*ketagih entri Chik Inn...
My Life My World,
ReplyDeleteDah besar besar anakbuah saya malah dah ada yang mempunyai cahayamata, kira saya ni dah jadi nenek.
Dengan bebudak ini kita kena pandai main ayat, kalau tidak kita dibulinya kak.....
Salam Abu,
Ya Nazir anak sedara saya yang pertama, insyaAllah nanti saya tulis mengenai dia....kena cari photo dia masih kecil dulu....
Cikgu Nurin,
Terima kasih lah kerana sentiasa mengikuti blog saya....Memang bila saya teringat kisah budak budak tu kena kelentong, saya memang tergelak besar....memang seronok melayan kerenah mereka ketika itu yang baru nak kenal dunia....
TQ for ur response on nazir, dia tu very nice guy, my senior yg tak poyo, tak lokek ajak naik keta proton tiara dia tu, my regards to him chik inn. i rasa u guys anak beranak mesti 'people frenly'.. take care.
ReplyDeletechik inn jahat tau...sian budak2 tu (gelak sambil pegang perut)
ReplyDelete