Ads by nuffnang

Friday, February 11, 2011

"Tak ada duit tunai, pakai duit plastik....."

Hari ini di sebelah pagi, sibuk dengan sesi prebiu dan
diskusi program baru "Home Ideas"yang dihoskan
Norazlina Redzuan.....

Tunggu ya kemunculan program baru tu April ini....

Lepas Jumaat perbincangan mengenai Jejak Rasul di
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya bersama pensyarah
berasal dari Rusia Dr Tatiana yang fasih berbahasa Melayu.

Lepas Maghrib di Sri Pentas, saya pun ke Pusat Membeli
Belah One Utama.



Sungguhpun bersebelahan, ada kelapangan saja baru
menjenguk ke sebelah untuk membeli apa yang patut.

Kekadang waktu tengahari memang makan di One Utama,
tetapi sekadar makan dan terus balik ke pejabat.

Saya teruja untuk ke One Utama kerana Jusco
mengadakan"Makeover Sale" dari 7 hingga 21 Februari
kemudian ia akan ditutup untuk sesi naik taraflah kiranya....

Masuk ke "Departmental Stores" apa yang saya lihat
banyak barangan dah berkurangan lebih lagi barangan letrik.

Manakan tidak diskaun diberi di antara 10 ke 70 peratus.....

Tak cukup duit tunai, duit "plastik" digunakan.....

Dan kaunter pembayaran pun perlu beratur panjang.....



Saya sekadar membeli botol air "bros" kerana
harganya kira murah lah juga daripada biasa...


Gambar hiasan saja (lebih kurang macam inilah saya beli)
Melihatkan keadaan pelbagai barangan telah kosong di
rak peragaan, tak sempat 21 Februari, pasti barangan
dah selesai...

Lebih lagi esok Sabtu dan ada yang ambil cuti panjang
hingga Selasa....

Apapun belilah barang yang difikirkan perlu, elakkan pembaziran....

8 comments:

  1. Salam..Cik Inn..saya baru jumpa blog ni..dan mmg minat Cik Inn. Apa lagi upgrade nak dibuat di 1 Utama tu ya..lama dah tak menjenguk ke sana..tu shopping complex faveret saya tu..

    ReplyDelete
  2. betul tu..merancang adalah cara yang terbaik.....

    ReplyDelete
  3. salam akak,sekarang kita perlu kawal pbelanjaan..harga brg kian naik...

    ReplyDelete
  4. Salam Chik Inn...ada sale kat sana? hmmm....pk dulu nak membeli, takut kita membeli ikut kemahuan bukan ikut keperluan...he he..nasihat untuk diri sendiri niii...

    Saya tgh sakit ni Chik Inn, tapi nak jugak datang baca dan komen sini...

    ReplyDelete
  5. Kadangkala kita membeli bukan kerana keperluan, tapi kerana hasutan nafsu semata2!

    ReplyDelete
  6. Duit plastik jgn simpan banyak2.
    Takut tak perasan nanti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...