Rentetan daripada entri semalam, seperti pandangan
Cikgu Nurin dan K'Poh,tenguk photo lama memang
mengembalikan nostalgia.
Saya nak kongsikan photo yang diambil sekitar tahun
1988 kalau tak silap.
Masa tu masih menuntut di Institut Teknologi
Mara(ITM) sekarang pangkal dah ada Universiti - UITM...
Lazimnya hujung minggu kalau tak ada kelas, dah adat
sebagai pelajar mana boleh duduk diam.
Saya dan Kak Ola -Marliya Meor Ghani, kakak angkat di
ITM (biasalah masa belajar mesti ada kakak angkat lah,
adik angkatlah, abang angkatlah....) sahaja jalan jalan
dan destinasi kami ke PWTC.....
Kalau tak silap ada pameran kat sana.....tapi dah lupa,
pameran apa entah, dan lebih 22 tahun lalu.
Siapa yang biasa ke PWTC pasti ada ternampak beberapa
potret Perdana Menteri Malaysia yang tergantung gagah.
Justeru saya pun bergambar berlatarbelakangkan
Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
"Hari ini ambil gambar dengan poster PM aja, nanti
Chik Inn pastikan akan ambil gambar betul betul dengan
PM", saya memberitahu Kak Ola.
Itu memang saya ingat...sebab nak sangat ambil gambar
dengan Perdana Menteri Malaysia, maklumlah zaman
remaja dan pelajar dulu.
Dari PWTC kami melintas dan terus ke pusat membeli
belah The MALL untuk makan tengahari.
Selesai makan, saya dan Kak Ola ke tingkat atas
terdapat Mini Taman Permainan yang menempatkan
"roller coaster", "mattehorn", "kapal zeal" dan beberapa
"ride" yang boleh dinaiki bukan sahaja untuk kanak kanak
malah orang dewasa.
Dok seronok tenguk telatah pengunjung yang mencuba
beberapa "ride", tetiba pengunjung pusat membeli belah
tertumpu kepada sebuah restoren makanan segera
berdekatan.
Saya pun menyibuk nak tenguk dan rupanya ketika itu
Datuk Seri Dr Mahathir dan Datin Seri Hasmah bersama
dua anaknya di situ untuk makan tengahari.
Bagaikan bermimpi, baru tadi cakap dah nampak depan
mata.
Saya maklumkan pada Kak Ola yang saya nak bergambar
dengan Tun Mahathir.
Kak Ola mengangguk saja.
Dengan segera saya ke meja Tun Mahathir, beri
salam dan terus memperkenalkan diri dan memohon
untuk bergambar dengan beliau dan keluarga.
Memangnya Tun Mahathir seorang pemimpin yang
"sporting" terus membenarkan saya bergambar dengan
beliau.
Ketika itu memang seronok sakanlah, bukan senang
nak bergambar dengan PM.
Masa berlalu dengan pantas, selesai pengajian dalam
bidang Komunikasi Massa, saya diterima menjadi
wargakerja TV3.
Dan tugasan dalam bidang penyiaran memberi peluang
untuk kami kerap berjumpa dengan pelbagai individu penting.
Lazimnya selesai tugas, saya mengambil kesempatan untuk
bergambar dengan individu tertentu, kerana saya kan nak
menerbitkan buku satu hari nanti, jadi adalah kenangannya...
Banyak juga saya berpeluang bergambar dengan
Tun Mahathir, antaranya tugasan Malaysia Hari Ini,
LIMA di Langkawi, Majalah 3 tetapi gambar tahun 2003
yang paling saya tidak dapat lupakan.
InsyaAllah, entri tentang photo terbabit akan saya kongsikan
tidak lama lagi........

Photo pertama bersama Tun Mahathir & Tun Hasmah

Tugasan Majalah 3 (2000) mengikuti Tun Mahatihir dengan aktiviti berkuda
Selesai tugasan, krew Majalah 3 bersarapan bersama
Tun Mahathir
Setiap pengalaman yang dilalui tidak boleh dibeli
dengan wang ringgit, sebaliknya terus terpahat dalam
sanubari untuk tatapan sanak saudara akan datang......
Bila tgk Muzikal Tun Mahathir di IB, mmg kita akan terasa yang Tun belum ada lagi penggantinya.
ReplyDeletebetul. saya setuju dengan chik inn dalam bab benda tuh tak boleh nak dibeli. ;)
ReplyDeleteSalam Chik Inn, serius bila akak tengok Chik Inn ambik gambar dengan Dr M dan keluarga macam Chik Inn anak sulung dia orang lak. Muka ada iras iras ... hehehehe
ReplyDeleteuntungnya kak mazlin.
ReplyDeletebanyak betul kenangan kak Mazlin
(:
Chik Inn
ReplyDeleteHari saya sedang menunggu Tun M datang. Harap2 dapat lah bergambar dengan dia..memang admire sangat dgn dia..sebab membesar pada zaman Tun. Pada zaman tu lah munculnya proton saga, penang bridge, PLUS dan macam2 lagi. Ingat lagi masa nak buat cable car langkawi tu..ramai yang x yakin projek tu boleh berjaya akhirnya??? Masa proses pembinaan tu material diangkut ke atas matchincang tu pakai heli dan terbang di atas kepala kami2 yang ulang alik nk pergi kerja.
Oh byk nya menceceh better stop dulu la
Chik Inn, masa interview Dr. M, tak recall kan Dr. M pasal pic 88 tu?
ReplyDeleteDr.M memang idola saya dan ramai lagi, visinya jauh melangkau zaman.
*Chik Inn..dulu dulu, spec, stail dia besar besar kan? hi hi...saya pun bila tengok pic lelama, dgn spec stail gitu...ketawa...*
Belum berpeluang bertemupun lg dgn Tun......bilalah agaknya..........huhuhuhuh
ReplyDeleteMenariknya!
ReplyDeleteTeringin nak bergambar, tapi selalunya Tun akan dikerumuni ramai orang. ;(