Ads by nuffnang

Sunday, February 13, 2011

"Budak sekolah sekarang tak pakai lencana besi....."

Petang tadi masa berbual dengan anakbuah saya
Jihan Soraya tetiba timbul topik lencana besi....

Zaman saya sekolah rendah dan menengah tahun 70an
dan 80an, sekolah saya menimba ilmu iaitu Convent Klang
ketika itu masih menggunakan lencana besi....

Boleh dikatakan era tu pelajar pelajar sekolah tak kira lah
rendah mahupun menengah memang menggunakan
lencana besi.

Acara rasmi seperti sukan, kejohanan pancaragam sekolah, 
dan pelbagai lagi turut menggunakan lencana besi
sebagai pegawai, AJK mahupun peserta.

Berbeza dengan pelajar pelajar sekarang memakai lencana
kain yang melekat terus di uniform.

Tak perlu risau, lencana hilang lah....
Kenapa ia bertukar ke lencana kain mungkin rakan rakan
blogger yang berkerjaya sebagai pendidik seperti Mak Ngah,
Cikgu Nurin, Cikgu Ti/Su dapat berkongsi jawapan ya...

Saya turut kumpul lencana besi sejak sekolah rendah.


Antara koleksi lencana besi yang masih disimpan dengan baik

Dan bilangan koleksi bertambah semasa di sekolah menengah
rendah kerana saya adalah anggota pancaragam sekolah juga
aktif dalam sukan.

Justeru ketika itu, bila berjumpa kawan kawan baru, saya 
mengambil kesempatan tukar suka sama suka.

Saya turut mengumpul Button Bagde yang agak besar
saiznya.


Button Badge - Sudir Fan Club
 Sekarang lencana besi yang dibelakangnya menggunakan 
macam pin baju, memang sukar nak ditemui.

Kalau ada pun berbentuk kecil dan pinnya macam bentuk
jarum dan ada penutup kecil.


19 comments:

  1. selamat malam kak lin

    zaman sekarang kena pakai iron atau jahit..
    zaman dulu2 pakai lencana besi senang jer kan..
    tapi....karat!!!

    hehehe, memory

    PS: ada tajuk, tak ada entry..ayu main komen suka hati..heheheh LARI.......

    ReplyDelete
  2. setuju...zmn dh berubah. Dulu2 kena pakai lencana skolah besi..baju pun berkarat kena pin baju! hihi
    skrg...byk inovasi..

    ReplyDelete
  3. nasib baik dulu nis sempat merasa pakai lencana besi
    skrg pakai yg lencana kain.
    kena jahit
    hee

    ReplyDelete
  4. btul2...zaman sekarang dah xder besi niii..cikgu2 risau kot budak2 senang pakai buang....huhuu

    ReplyDelete
  5. Ayu,
    Selain karat, kekadang mahu berlubang baju terutama kalau pakai baju kurung, uniform sekolah yang biru tu ok lagi sebab tebal....

    Chenal,
    Raanya pakai lencana besi lebih meriah...lencana sekarang saiz sama aja di antara satu sekolah dengan yang lain hanya lambang aja berbeza....

    Anisa,
    Awak masih sempat pakai lencana besi ya...???

    Paraboloid,
    Sekarang lencana melekat di baju pun, ada juga
    "pelajar-pelajar" tak kisah melepak di pusat membeli belah atau merayau dengan baju sekolah..
    Sabau ajalah kerenah pelajar pelajar kini....

    ReplyDelete
  6. Saya pun tak tau Chik Inn kenapa ditukar ke lencana kain. Munkin untuk memudahkan dan tak senang hilang. Tapi itulah, bila pakai lencana kain, anak anak sekarang saya lihat, tak begitu menghargai lencana sekolah masing masing. Bila ditanya lencana sekolah warna apa pun, tergagap gagap melihat lencana di baju.

    Tak pernah ambil kisah. Tak macam kita dahulu, sayangkan lencana, dan lebih bersikap tanggungjawab, takut lencana hilang....( tenguk chik Inn pun simpan lencana sekolah...banyaknyaaa...)

    Jenuh nak menjahitnya Chik Inn, lima pasang baju, lima lencana....

    ReplyDelete
  7. Cikgu Nurin,
    Mungkin antara tujuan digalakkan pakai lencana kain supaya pelajar tidak merayau selepas sekolah sebab lencana tak boleh buka, tapi seperti komen saya pada Paraboloid, ada segelintir buat tak kisah merayau rayau di tempat awam dengan uniform sekolah.

    Saya memang jadikan lencana besi antara koleksi peribadi masa sekolah dan juga setem...

    ReplyDelete
  8. Chenal,
    Yang masih tersimpan dengan baik ada lebih kurang 150, ada juga yang dah tersalah letak tak jumpa....Chenal ada simpan lencana besi?

    ReplyDelete
  9. betul2 teringat zaman sekolah rendah dulu, sempat merasa sekejap guna lencana besi sebelum pindah dok P.J terus guna lencana kain - melekat terus kat baju. Saya takdelah koleksi lencana besi tu tapi lencana masa sekolah rendah dulu masih ada dalam simpanan... sayang sangat sebab itu je kenangan yang ada...

    ReplyDelete
  10. Mana ya pergi koleksi lencana saya zaman dulu2..mesti mak dah buang kot..dah banyak kali pindah2..nostalgia tu..

    ReplyDelete
  11. weiii.. banyaknya.. Kenang2an kan. sekarang ni semua pakai embroidery.

    ReplyDelete
  12. Kalau chik inn nak makngah nak kasi je lencana besi sekolah yg ada mngah simpan, nah.............
    Sebab lain mengapa ditukar kepada lencana kain kerana yg besi sering hilang dan kerap terlupa memakainya.

    ReplyDelete
  13. Cik Inn nak tambah tak koleksi?Kalau nak cik Inn beri alamat kat scarlettj1@yahoo.com nanti saya kirim.

    Jadi isu kat Majalah 3 ni bagus Cik Inn.

    ReplyDelete
  14. masa sekolah dulu..akak beli 4 lencana besi sekali gus..satu yg pakai di baju..2 dlm pensil box..1 lagi dlm beg duit.Kenapa?? tujuannya..kalau akak terlupa pakai..dan ada kawan2 yg terlupa nak pakai..akak bagi pinjam jer..( sbb pengawas2 kat sekolah tu..garang2..!!)

    ReplyDelete
  15. sempat jugak pakai lencana besi. tapi setahun aje kalau tak silap. Lepas tu kene pakai lencana yang kene iron kat baju terus lekat [sebab dia ada gam kat lencana tu. hehehhe]

    mengimbau kenangan betol la.

    Salam kenal Cik Inn :)

    ReplyDelete
  16. banyak betul lencana sekolah besi..cemburu saya dibuatnya. Saya juga sempat menggunakan lencana sekolah besi ketika bersekolah dalam darjah satu pada tahun 1981 dan lencana tersebut masih ada dalam simpanan saya.
    Saya ada juga menyimpan lencana sekolah besi tetapi sikit sangat dan sekarang saya tengah giat mengumpul lencana sekolah jenis kain.

    Jengoklah blog koleksi lencana sekolah saya di alamat http://lencanasekolah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. xde ke kelab kumpul lencana besi? sy bermunat dr dulu ..masa skolah lg tp x tahu mna nk bli…nak cari…klu ada yg bg sy ke… blhlah wasap sy ke 0176674793

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...