Ads by nuffnang

Sunday, February 6, 2011

"Bakar duit dengan bunga api..."

Ketika memandu di kawasan Kota Damansara selepas
maghrib tadi, melalui kawasan pangpasuri yang banyak
terdapat di pesisir jalan tetiba diterangi dengan percikan
bungaapi.

Bunga api gambar hiasan sahaja....bukan koleksi photo saya


Ya lah perayaan Tahun Baru Cina masih disambut golongan
Tionghua.

Percikan bunga api bukannya yang keluar sebutir bintang
tapi kira bunga api yang meriah kira kira 3 minit lah juga......



Justeru saya terpanggil untuk menulis entri berkaitan dengan
bunga api.....

Pengalaman saya sendiri ketika sekolah rendah mahupun
menengah tahun antara 70an dan 80 an, kalau nak tenguk
bunga api yang percikannya kira maha hebat, lazimnya pada
Hari Keputeraan Sultan, Hari Merdeka, sambutan Tahun Baru
atau acara tertentu kerajaan......

Harga untuk satu satu bunga api juga mahal.....jadi tak
bolehlah nak buat pertunjukkan bunga api selalu....




Kira masa tu susahlah nak tenguk secara langsung 
bunga api yang mengeluarkan warna warni mengisi
ruang angkasa....

Saya dimaklumkan dulu perlukan kawasan yang besar dan
pihak yang menguruskan pembakaran bunga api terbabit
terdiri daripada pasukan beruniform khususnya tentera.

Tetapi sekarang, percikan bunga api yang maha hebat tu
boleh dilihat tak kira masa atau acara tertentu.



Orang perseorangan juga boleh bakar bunga api
yang mengeluarkan warna dan bentuk yang cantik.....

Pokoknya kalau ada duit semua boleh jadi walaupun
duduk di pangpasuri dengan tempat yang agak terhad....

Dengan membeli sekotak bunga api di antara RM100 ke
RM 300, individu yang dah terlebih duit boleh buat
pertunjukkan bunga api sendiri.

Lagi banyak, lebih meriahlah......

Kita tumpang tenguk ajalah.....

Jenis yang ini turut mengeluarkan percikan yang hebat


Bagi saya dulu, kalau beli pun yang bunga api batang besi
keluarkan percikan bunga api yang sikit dan nak nampak
cantik balinglah kat atas dahan pokok.....

Bila dah bekerja ada lebih sikit rezeki dan anakbuah merengek
nak main, belilah tapi taklah yang maha hebat sangat...seadanya..

Pada bakar duit, banyak benda lain boleh di beli......

6 comments:

  1. Kak Lin,
    Masa raya aidilfitri yg lepas,suami bw mercun mcm tu kak,2 biji kat kg di Kuala Kangsar,2 biji lagi bawa balik beraya di Batu Pahat..

    hahah..yg paling best,kami main kat kampung polis dtg,lepas tu dia guna pembesar suara..'hah,bakar depan sy ..bakar mercun yg berguni2 tu'

    yg tua dan muda main mercun sampai lupa ..sbb tengok percikan api tu cantik2..color2 lagi..

    ReplyDelete
  2. Rose,
    Memang tidak dinafikan bunga api/mercun sekarang mengeluarkan percikan warna warni, tapi bila nampak kereta polis peronda, terus sembunyi.
    Lazimnya sebelum mengeluarkan bunga api, ia meletup kuat, tu yang kena tenguk kiri kanan dulu...

    ReplyDelete
  3. salam.. best apa main mercun Cik Inn.. hehehe..

    sebenarnya.. terkejut tgk gambar saya ada dalam blog Cik Inn ni.. gambo kat NZ.. remember me, Yatt (kawan Nik).. dapat link Cik Inn ni dari blog Hazrey.. penat menulis berjalan2 sat kat alam maya ni...cheers.. bila nk datang sini lagi.. :D

    ReplyDelete
  4. dulu2 main mercun seronok sungguh..!! ( kalau anak nak main..tak bagi..takut terbakar jari!!!)..
    seronok sungguh zaman kanak2...dulu..

    ReplyDelete
  5. Kecik kecik dulu, main bunga api yang batang besi tu je...takut kena tangan, mak cucuk kat pelepah pisang.....meriah sungguh....

    ReplyDelete
  6. balasam72@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...