Ads by nuffnang

Saturday, February 5, 2011

"FRANCISSCA PETER memang hebat......."

Sampai rumah kira kira 12.30 malam menghadap
komputer dan terus kongsikan pengalaman saya semasa
menghadiri "Prebiu Istimewa Keunggulan 33 Tahun
Francissca Peter".

Tiket untuk Media
Inilah julung kalinya bagi penyanyi solo bukan Melayu
membuat persembahan konsert di Istana Budaya.


Zain lah yang beri saya tiket konsert

Dengan pembukaan lagu "KU KEUDARA LAGI' Fran begitu
bertenaga menyampaikan lagunya dan sememangnya
dia hebat...

Memang sesuailah dia mendapat gelaran "Vokal Terbaik
Wanita" selama 5 tahun berturut turut serta 20 lagu lagunya
pernah berada di carta no 1 muzik tanahair.

Antara lagu yang disampaikan adalah "KERNA TERPAKSA",
"AKU HANYA PENDATANG", "SEKADAR DIPINGGIRAN",
"KAU LILIN CINTAKU","MAWAR TERPINGGIR" dan beberapa
lagu hits lain.

Di konsert ini juga, Fran digandingan semula bersama
Royston Sta Maria yang diterbangkan khas dari Australia
dan menyampaikan lagu antaranya"Tak kenal maka tak cinta"
dan "Siapa dia sebelum daku".

Selain Roy, Imran Ajmain turut menjadi artis undangan Fran.

Pengarah muzik tersohor Malaysia, tak lain tak bukan
Dato" Ramli MS memimpin 33 pemuzik orkestra yang
menampilkan 33 lagu lagu popular nyanyian Fran, sepanjang
dia dalam bidang seni.


Dato Ramli memang "sporting", tengah duduk rehat tapi
peminat nak bergambar terus bangun...
 Sungguhpun umur Fran, "four series" lebih, suaranya
memang merdu seperti dulu dan lagu bernada tinggi pun,
ok aja disampaikan olehnya.

Lebih dua setengah jam tanpa berhenti di pentas,
pengalaman 33 tahun Fran membuktikan, dia antara
penyanyi yang ada kelas tersendiri........

Cara dia berkomunikasi dengan peminatnya juga bersahaja
dan mencuit hati.....

Pengamatan saya secara peribadi daripada 10 bintang, saya
beri 8 setengah bintang.

Satu setengah bintang kerana terdapat beberapa masalah
teknikal yang perlu diberbaiki.

Fran sendiri memohon maaf beberapa kali kerana masalah
yang dihadapi dan berharap pada konsert Sabtu dan Ahad
ini, dia akan memperbaiki kekurangan sebentar tadi.

Saya yakin dia akan mempersembahkan persembahan
yang terbaik dan lebih mantap lagi.

Dimaklumkan tiket bagi Sabtu dan Ahad telah habis.

Sebahagian daripada hasil keuntungan jualan tiket
akan disalurkan kepada dua badan kebajikan iaitu
International Aid Organization World Vision dan
Yayasan Salam.

World Vision di Malaysia telah melantik Francissca menjadi
duta mereka selama 6 tahun berturut-turut.

Sememang Fran diminati pelbagai bangsa tidak kira tua
mahupun muda......

Pakaiannya sepanjang prebiu istimewa juga tidak menjolok
mata dan saya percaya persembahan pada Sabtu dan Ahad
ini, pakaian yang dikenakan sedap mata memandang......

Tahniah Francissca Peter..........




Ruang legar, peminat menunggu sebelum
pintu konsert dibuka

Sebelum konsert dibenarkan ambil gambar
pentas, semasa konsert tidak dibenarkan kecuali petugas

Sesi bertemu peminat dan tandatangan selepas konsert



Manan Ngah (terlindung), Fran, Roy dan Imran

Mawar Terpinggir...Kerna Terpaksa...Kau Bintangku...
Akulah Kekasihmu...Kau lilin Cintaku...Sekadar DiPinggiran...
Aku Hanya Pendatang...Tak Kenal Maka Tak Cinta...
OO La La Tropika...Setia...Ku KeUdara Lagi.........


9 comments:

  1. Wah bestnyer...saya memang minat Frans.. Dia class. Saya hafal la lagu lagu dia...cuma nak nyanyi jer tak pandai hi hi...soghe pancit...jadi cikgu jer ler...

    Lunch nasi daun pisang lagi ke chik Inn?

    ReplyDelete
  2. Cikgu Nurin,
    Hari ini makan nasi beriani kat restoren Wak Chai,TTDI, cousin belanja.....Alhamdulillah....
    Kalau makan hari hari daun pisang, telapak tangan bau kari, masalah negara pulak.
    Memang Fran punyai vokal yang baik dan mantap....terhiburlah menghadiri konsertnya semalam....

    ReplyDelete
  3. wah..saya dengar suara live dia kat tv baru saya tau betapa bagusnya suara dia. Selama ini dengar lagu dia kat radio tapi tak rasa apa2.

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat jumpa frans.akak suka sangat lagu-lagu dia.nampak dia tak sombongkan. Manan ngah ngan dia sinonim. Tengok dia teringat kisah lama-lama plak. TV3 yang banyak popularkan dia. Dia pun rasanya datang dari muzik-muzikkan.

    ReplyDelete
  5. Yusri,
    Memang dengar vokal dia semalam kat Istana Budaya....memang "steady" betul. Ramai yang terpaku dan terkaku lah...

    Cik Ina,
    Memang Fran dan Manan satu kombinasi yang serasi dan sesuai bagaikan irama dan lagu....
    Muzik muzik menambahkan kepopularan Fran...
    Kalau Cik Ina di Istana Budaya semalam pasti
    "enjoy" the concert.....

    ReplyDelete
  6. salam..mintak maaf..tumpang tulis sini..sebenarnya saya ada tulis komen dlm entri chik inn,,saya ada cakap pindah student mesir tu dah dibuat...rupanya saya tersalah faham masa chat tu..rupanya internet dah dapat di mesir masa saya chat tu,,takut chik inn pk komen saya tu tipu..sori ye cik inn..berbelit sikit ayat ni..anyway komen saya yg silap fakta

    ReplyDelete
  7. Royston Sta Maria- masih hensem mcm dulu.

    ReplyDelete
  8. Rose,
    Memang Royston maintain macam dulu lah....

    ReplyDelete
  9. kakyong mbesar dgn lagu2 fran & roy..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...