Ads by nuffnang

Saturday, February 19, 2011

"Hargai dan cintai alam semulajadi..."

Hari ini rajin sikit, sesudah subuh terus ke Taman Lembah
Kiara di Taman Tun Dr Ismail, untuk mengeluarkan
peluh lah katakan.

Saya tak "jogging" tapi lebih kepada berjalan pantas.

Lepas jalan satu pusingan kira kira 15 minit, saya sertai
kumpulan senaman Tai Chi. 

Kumpulan ini memang aktif hampir setiap hari di situ dan
kebanyakannya terdiri daripada 5 series dan 6 series. 

Baru beberapa minit mengikuti pergerakan Tai Chi,
berpeluhlah dibuatnya.

Memangnya senaman patut dilakukan sekurang kurangnya
2 kali seminggu......

Selesai Tai Chi, saya sambung berjalan pantas......

Saya tenguk kat taman hari ini, ramai pengunjung daripada
biasa.


Kanak kanak sekolah, ibubapa dan guru berkumpul
berhampiran kemah yang disediakan.


Kira kempen mencintai alam semulajadilah......

Pandangan saya kempen seumpama memang baik
kerana mendidik generasi muda sayangkan keindahan
alamsemulajadi dan mempelajari ilmu mengenai tumbuhan,
satu aktiviti berfaedah.

Ia juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan
anak anak dan ibubapa.

Sempat merakamkan aktiviti melukis dan mewarna


Pelbagai aktiviti diatur seperti pertandingan melukis
dan mewarna, membersihkan kawasan sekitar dan kolam
juga menanam anak pokok.

Semasa berjalan di kawasan kolam, ramai orang dok
bersihkan kolam dan saya berhenti melihat sekejap.

Tenguk dari kejauhan, nampak seorang VIP macam biasa tenguk, memang pun, tak lain tak bukan
Pengerusi Lanskap Malaysia, Tun Jeanne Abdullah
turut menyertai aktiviti membersihkan kolam bersama
petugas taman dan warga Lanskap Malaysia.


Aktiviti membersihkan kolam



Berikutan dah pukul 9 pagi, perut dah mula keroncong,
saya terpaksa lah beredar balik...(semalam dinner dapat
ayam goreng saiz kecil....tu perut dah berbunyi) lagipun dah
janji nak breakfast dengan member....

Apapun kempen atau mesej mencintai dan pemuliharaan 
alam semulajadi, satu inisiatif yang baik dan patut dibuat
selalu....
  
Anak pokok untuk ditanam

 
Rupanya ada kempen "Hutan Kita - Walk Together"....

6 comments:

  1. Chik Inn memang kempen sebegini bagus untuk mendidik anak anak kecil cintakan alam. Jangan kata budak, orang dewasa sekarang ni pun jarang yang tahu pentingnya alam semulajadi pada mereka.
    Padahal, pokok-pokok itulah yang Alah jadikan di mana kita dapat sumber oksigen.

    * isteri mantan PM kita tu, humble dan ramah orangnya kan?*

    ReplyDelete
  2. As salam ,akak
    bumi nii 1 jer kita harus hargai.
    kesedaran harus di pupuk pada anak2 kita &
    harap semua rakyat msia peka perkara niii

    ReplyDelete
  3. bagus2 kena bt slalu..
    didik anak2 dari kecil..huhu
    melentur buluh biarla dari rebungnya..

    ReplyDelete
  4. kempen yang amat baik untuk semua lapisan masyarakat..

    konfius.. betul ke kolam tu? nampak sangat tidak dijaga

    ReplyDelete
  5. Makngah gemar sgt dgn persekitaran yang hijau, damai, segar dan indah. Amat menyokong apa jua program semacam itu.........

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...