Ads by nuffnang

Saturday, February 12, 2011

"Jejak Kasih di Salun Rambut....'

Hari ini dengan rasminya saya memakai cermin mata
 "multi focal" yang pernah saya tulis dalam entri
sebelum ini. 

Mula mula pakai tu macam dunia ini gempa bumi sikit
kira kurang daripada 1 skala richter lah, Eddy tuanpunya
kedai cermi mata pun dah beritahu, berkemungkinan
macam pening lalat sikit.

Alhamdulilah, kemudian dapat menyesuaikan diri dan
pandu balik ke Klang rumah emak pun ok tak ada masalah.

Berikutan agak awal lagi, saya pun terus ke Salun Rambut
Noraini di Taman Sri Andalas untuk gunting rambut yang
dah mula beruban, maklumlah dah 4 series atau
dalam club 40 carat.

Salun Rambut Noraini di Taman Andalas, Klang


Saya memang pelanggan tetap di situ berikutan ia
menyediakan bilik khas untuk pelanggan yang bertudung
dan juga milik sepenuhnya orang Melayu dan adik adik
yang bertugas adalah anak tempatan.

Sampai di salun, saya terus ke bilik khas terbabit, duduk
dan terus buka cermin mata.

Di waktu yang sama memang seorang pelanggan sedang
stim rambutnya dalam bilik terbabit.

Sahabatku Norizah Maan


Staf Salun pun guntinglah rambut saya dan waktu 
yang sama kedengaran mesej di telefon bimbit.

Berikutan telefon saya di dalam beg anak buah yang turut
mengunting rambut, saya tak dapat membacanya.....

Lebih kurang 15 minit, selesailah proses menggunting
rambut saya.

Saya pakai tudung semula, ambil telefon bimbit dari beg
anakbuah dan terus keluar.

Waktu yang sama terus membuka sms yang diterima
sebelum tadi.

Pengirim Ija Maan,

"Chik Inn!Ija kat sebelah je ni...Heheee..

MasyaAllah yang duduk di sebelah saya tadi rupanya rakan
lama di Sekolah Convent Klang dulu dan kira satu genglah.

Tak perasaan, sebab saya terus buka cermin mata,
lagipun yang duduk sebelah saya tadi muka tak jelas
kelihatan, tengah stim rambut lah katakan dan sambil
membaca majalah...

Saya terus masuk ke bilik terbabit dan kami
berbual panjang.

Sepatutnya "reunion" tahun lepas saya hadir tetapi di
saat akhir, ada beberapa perkara yang tidak dapat
dielakkan maka tak dapat jumpa Ija dan rakan rakan
lain.

Kali terakhir saya berjumpa Ija tahun 2009 ketika 
pertemuan 25 tahun kami di Pelabuhan Klang.


Reunion Class of 1984



Sungguhpun waktu yang dikongsi bersama tidak lama,
ia sungguh bermakna sekali buat saya dan Ija.....

Jejak Kasih di Salun Rambut.....

Mengenangkan kembali nostalgia lama di zaman persekolahan
memang begitu indah sekali. 

Ija dah lebih setahun berhenti kerja kerana menjaga ibunya
yang terlantar sakit.

Beberapa ketika semasa menceritakan keadaan ibu
tersayangnya, air mata Ija kelihatan bergenang.

Ibu yang satu masa dulu membesarkan, mendidik,
memasak sentiasa mendengar keluh kelah anaknya,
kini tidak dapat berkata-kata dan bergerak lagi.

Antara kata kata Ija yang membuat saya teringat ingat
lagi sewaktu menaip entri ini adalah,

'Memang Ija buat yang terbaik untuk emak, tapi
rasanya perngorbanan mak membesarkan anak anaknya
tidak sama dengan apa yang kami adik beradik lakukan".

Memang benar kasih dan pengorbanan seorang ibu sukar
untuk dibandingkan dengan pengorbanan anak walaupun
ramai...

Saya juga dapat merasakan keadaan yang dilalui dan
sebagai seorang sahabat hanya dapat memberikan kata
kata semangat....

Saya turut mendoakan daripada kejauhan ini agar ibumu
akan kembali sihat.....

Ija... kuatkan semangat dengan dugaan yang dilalui....

Terus mendoakan kesejahteraan ibumu kepada Illahi
kerana DIA Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui.....

15 comments:

  1. bertemu di salun rambut..
    rezeki jumpe kawan lama..
    jejak kasih..

    semoga kak ija kuat & terus kuat..

    ReplyDelete
  2. bace n3 chik inn nih buat sy tringat dekat kwn2 lama... :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Nisa turut memberi semangat kepada rakan baik Chik Inn....Ija....

    ReplyDelete
  4. CPI,
    Ada kelapangan jumpa rakan lama,mengeratkan lagi silaturahim, dan bila teringat kisah kisah lama terutama zaman persekolahan...memang tersenyum dibuatnya...

    ReplyDelete
  5. Terharu dgm pengorbanan yang dilakukan.. Mak tak ada ganti..

    ReplyDelete
  6. Memang kena pakai multi-focal bila dah cecah angka 4 puluhan. Saya dah pakai beberapa tahun lepas dan memang perlu adjust sikit mula-mula pakai. Lepas tu tak perlu tukar spec utk jarak jauh dan dekat. Didoakan ibu beliau disegerakan sembuh. Insya Allah.

    ReplyDelete
  7. pengorbanan ibu bapa memang tak ternilai harganya..
    tersenyum mas baca n3 kak lin ni..bestkan jumpa kawan lama..

    ReplyDelete
  8. Salam Chik Inn,

    Walaupun sekejap saja tapi memang lepas rindu nak jumpa dan bersembang dengan Chik Inn... kawan baik sejak dari 'kindergarten' lagi tuuu... apatah lagi 'geng' satu kepala di sekolah menengah.
    Terima kasih mendoakan kesihatan mak Ija.. Hanya Allah Taala saja yang dapat membalasnya. Terima kasih juga pada rakan-rakan blogger Chik Inn yang sudi mendoakan untuk mak Ija...

    Kasih Ibu tiada gantinya!

    Ija

    ReplyDelete
  9. buat ija...tahniah kerana dapat berkorban kerjaya utk ibu...lakukan yg terbaik sementara hayat mereka masih ada.saya kehilangan ke 2 ibubapa dalam tempoh 2 minggu pada tahun lepas.biarpun banyak yg saya lakukan ketika mereka sakit,masih ada kekesalan di hati kerana merasakan apa yg saya lakukan itu belum cukup utk mereka...kini saya hanya mampu berdoa & kdg2 menangis di dalam hati.harapan & doa saya moga ibu ija sihat kembali.
    mazlin...we fall in a same group...multifocal.

    ReplyDelete
  10. Salam Chik Inn, baru berkesempatan menjengah ke sini. Pasal rambut beruban, pg tadi sewaktu saya masih terbaring akibat sakit tulang belakang tu, anak saya menyelak rambut dan menegur" Ibu..dah ada grey hair..."

    Pada Ija, besar pengorbanannya itu..semoga Allah akan membalas jasanya. Saya tau bagaimana seorang ibu sentiasa mahu anak anak di sisi sewaktu dia dah tak berdaya...teringat waktu saya mengambil cuti tanpa gaji menjaga mak dulu, dia minta saya jangan tinggalkan dia, sampai akhir nafasnya..dia mahu saya di sisi, dan Alhamdulillah saya sempat mengucap Syahadah di telinganya saat saat akhir...

    Sampaikan salam saya pada Ija...Insyaallah Allah akan permudahkan hidupnya nanti.

    ReplyDelete
  11. seronok kalau jumpa kawan lama yang tak sombong...maklumlah lama tak jumpa kot2 ada yang dah tak macam dulu2 lagi...

    ReplyDelete
  12. bila dah jumpa kawan-kawan, macam2 cerita keluar... hehehe... seronok, teringat kawan2 masa sekolah rendah di Sek. Keb. Pulau Sebang, Tampin N.9 (Tahun 1989)... bestnye kalau dapat jumpa dorang...

    ReplyDelete
  13. salam..boleh bg alamat salun x? saya sedang mencari salon untuk muslimah. payah nak cari.

    syukran..

    ReplyDelete
  14. Salam, saya ada menyediakan dandanan rambut, make-up dan manicure & pedicure di rumah di Kota Damansara. Harga untuk cut, wash & blow RM15. Colour/ Inai RM30-RM88. Perming/ Rebonding RM88-RM128. Scalp/ Hair treatment RM38. Make-up (day) RM50. Manicure & pedicure RM45. Sekiranya berminat bolehlah call Zura 012-208 4048 atau layari myhomesalon.blogspot.com. Terima kasih tuan rumah.

    ReplyDelete
  15. Salam, boleh bagi alamat/ no.telefon salun tak? Saya nak cari salun muslimah area klang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...