Haah tajuk entri macam ada perlawanan akhir sesuatu
pertandingan pulak, tetapi sebenarnya saya nak sentuh
mengenai makanan yang dikatakan berasal dari Itali iaitu Pizza dan Roti Nan rasanya dari India kot......
Masa saya ke Bank Islam di TTDI, lewat petang tadi dok
fikir apa nak makan malam.
Kebetulan saya meletakkan kereta tidak jauh daripada
restoren mamak, maka saya pun terus melangkah
masuk.
Lazimnya, kalau di kedai mamak ni saya lebih suka
makan tosai dan capati, tetapi tenguk seorang pekerja
tengah khusyuk buat Roti Nan, maka saya pun rasa nak
makan Roti Nan lah.
Baru sebut nak 'order" Roti Nan, staf di restoren terus
mencadangkan saya "Nan Taj Mahal".
"Akak, orderlah NanTaj Mahal sedaplah, ada letak
ayam dalam Roti Nan tau", dia menyakinkan saya....
"Oh ya ke, oklah satu Nan Taj Mahal dan satu
Nan Biasa", saya membuat pesanan.....
Lazimnya kalau saya makan Roti Nan, saya selalu
"order" "Nan Biasa" atau "Garlic Nan", hari ini tukar
seleralah.....
Balik rumah, buka bungkusan Roti Nan wowww......
macam pizza lah "Roti Nan Taj Mahal".
Roti Nan Taj Mahal..... |
Mungkin kalau diletakkan dalam kotak, memang
sekali pandang dah macam pizza lah.....
Roti Nan sekarang ini pun dah banyak pilihan menunya....
Dengan harga yang jauh lebih murah daripada pizza,
tidak hairanlah, satu hari nanti akan dikomersialkan....
Mungkin juga Roti Nan bakal dipesan melalui telefon dan
terus dihantar depan rumah.....
Yang pasti, tadi saya makan Roti Nan Taj Mahal dengan
kuah dal dan kuah mint......memang layan.......
Roti Nan biasa.... |
Gendang gendut tali kecapi......
Kenyang perut senang hati......
Syukur......Alhamdulilllah...........
sedapnya...sebijik mcm pizza nan taj mahal tu..
ReplyDeleteEeeuuuwww!Apa tu?
ReplyDeletesedapnya!!!!!!!!!!!! kena balik Msia serbu ni dulu
ReplyDeletemmg cam pizza lah chik inn.tp garlic nan lbh sedap kan?cicah lak ngan kari kambing..wahh kesukaan LM tu
ReplyDeletePendragon,
ReplyDeletememang sebijik macam pizza....ada cheese lagi di atasnya.....
Nikky,
Tu lah Roti Nan Taj Mahal yang bakal menggugat pizza yang sedia ada....
Zul,
Ya, pastikan balik malaysia, gi kedai mamak dan order Roti Nan Taj Mahal dan layan pulak dengan teh tarik kurang manis......
Lydia,
ReplyDeletebila dah try Roti Nan ni....kira garlic nan dah jadi second choice....awak mesti cuba tau.....
wow..mmg sbijik cam pizza..kt mesir ni pizza byk...tpi nan xde...ish kecur liur...feveret dil cheese nan dgn kari..pergh..sedappppppp.....
ReplyDeleteWah...menyelerakan sedap!
ReplyDeleteala...sedapnye...mayonis ke yg meleleh2 tu?
ReplyDeleteoh tidak...saya tergoda tgk nan taj mahal tu...harga mcm taj mahal x cik inn..heheh
ye la kakInn..sekali tengok cam pizza la..mmm sedap je nampak..agak2 di labuan ni macam takde je kot..
ReplyDeletesedapnye tapi tekak ni dok teringin bolognese (betul ke ejaannya) pizza hut.. sedapnye kalau dapat..
ReplyDeletenak test ah. tapi kat sini dah ada ke belum ek. jarang pulok tu kedai mamak
ReplyDeletechik inn... roti nan cecah ngan kari mamak... sedap kan
ReplyDeletetapi saya tak suka kari kambing
tercabar pizza ni
Nan pun dah macam2kan..... tu tak kira john lagi .... roti ali tak dak pulak noooo
ReplyDeleteOwh..tak pernah makan pulak versi ni....Chik Inn pernah cuba Roti Tisu tak?
ReplyDeleteNi mesti nan taj mahal kat kedai mosin...pernah try. Tp lagi suka nan mumtaz...simple dan sgt sedap.
ReplyDelete