Ads by nuffnang

Friday, May 27, 2011

Merenung diri sendiri.....

Salam sejahtera di pagi Jumaat yang buminya dingin
dibasahi hujan....(kawasan Damansara Perdana dan
berdekatan)

Dan lama saya tak kongsikan emel berantai yang diperolehi 
untuk  dikongsikan bersama rakan rakan blogger.

Kisah yang dikongsikan ini membuat saya termenung 
seketika dan bertanya kepada diri sendiri, berapa lama 
lagi kah saya akan berada di mukabumi
ciptaan Illahi ini..........

Apapun teruskan mebaca......

Pada suatu hari, anak Umar Al Khattab pulang 
dari sekolah sambil menangis. 

Ketika di tanya oleh ayahnya, anak itu 
menjawab:

"Teman-temanku di sekolah menghitung 
tampalan bajuku dan mengejek. 

Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin, 
bajunya bertampal-tampal seperti ini."
 
Mendengar anaknya mengadu, timbullah rasa 
kasihan dalam hati Umar terhadap anaknya. 

Oleh kerana itu, beliau mengirim sepucuk
surat kepada Bendahari Negara meminta agar 
beliau dipinjamkan wang empat puluh dirham 
dengan jaminan gajinya bulan depan di potong.

Bendahari Negara itu mengirimkan surat 
jawapan yang berbunyi :

"Wahai Umar, adakah engkau sudah dapat 
memastikan bahawa engkau akan hidup 
sampai bulan depan?

Bagaimana kalau kau mati sebelum membayar 
hutangmu?

Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu
itu di hadapan Allah?"

Membaca surat itu maka Umar menangis lalu 
berkata kepada anaknya: 

"Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah 
sebagaimana biasanya kerana aku tidak 
dapat memperhitungkan umurku walaupun 
sejam lagi."



SAMA SAMALAH KITA RENUNGKAN DARIPADA KISAH
DI ATAS......

ALLAH HU AKHBAR........



7 comments:

  1. jauh berbeza...seperti LANGIT DAN BUMI kehidupan sahabat Rasulullah itu dgn kita pada hari ini. Maka sama2lah kita menjadikan diri kita ini akan lebih baik hari esok daripada kelmarin dan seterusnya.....

    ReplyDelete
  2. Kita pun sama juga pada bila-bila masa saja Izrael datang menurut perintah. Masya-Allah lihatlah anak-anak yatim yg begitu bersih pun perginya mereka dgn tragis sekali....

    ReplyDelete
  3. Subhanallah...terpempam me baca..bila story pasal hutang..terdiam nak jawab..tipu kalau setiap dari kita tak berhutang..tu baru didunia..hutang di sana pasti menanti...SubhanALLAH

    ReplyDelete
  4. Salam rakan rakan,
    Dari ALLAH kita datang, kepadaNYA kita kembali....
    Bila???Sudah kah kita bersedia????
    Hanya DIA Yang Maha Mengetahui......
    Justeru seperi tulisan Mak Ngah, jadikan diri kita seterusnya lebih baik dari kelmarin...

    ReplyDelete
  5. Salam..
    Penuhilah setiap detik kehidupan kita ini dengan kebaikan dan mencari keredhaanNYa kerna 1 min akan datang belum tentu kita akan dapat melihat dunia ini lagi..

    ReplyDelete
  6. bila baca entry ini, terus kelu terdiam memikirkan hutang berdasarkan pinjaman yang dibuat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...