Hari ini saya cuti kerana ada kira kira 10 hari lagi
cuti tahun lepas yang perlu diambil sebelum akhir Jun.
Justeru kesempatan yang ada, saya penuhi dengan
makan tengahari dengan sahabat baik saya Kartina Ayoob
(lama tak jumpa) dan juga rawatan lengan kanan saya
akibat "frozen shoulder" ditaja kakak saya.
Mid Valley dan sebelum saya balik ke rumah, dok
pusing pusinglah di Pusat Membeli Belah Mid Valley.
Dah memang cuti sekolah, ramailah pengunjung bersama
keluarga di sana, baik untuk membeli belah, makan makan,
menonton wayang, main boling dan apa apa sahajalah.
Nak cari tempat letak kereta pun berpusing pusing
dibuatnya.
Daripada pemerhatian saya, pengunjung begitu teruja
dengan kehadiran kapal lanun mirip "The Pirates of
The Caribbean" yang memenuhi ruang utama pusat
membeli belah tersebut.
Memang cantik susun atur peralatan lanun...... |
"harta rampasan lanun....termasuk tengkorak...." |
Masing masing mengambil kesempatan bergambar dengan
"props" yang memang menarik perhatian.
Ia adalah promosi bagi filem yang sedang ditayangkan
ketika ini di pawagam seluruh negara.
Terdapat juga cenderamata "lanun" dijual di sekitar
kawasan kapal yang tersadai....
Ia mengingatkan saya kembali semasa saya turut menjadi
lanun ketika sesi "brainstorming" di Koh Samui awal
tahun ini.
Ada saya kongsikan dalam entri :-
Tapi Lanun Malaya tu tak seganas lanun dari Caribbean ni....
Oh ya, kalau tak silap saya, tahun lepas, di ruang yang
sama, temanya adalah "Alice in The Wonderlands"....
Masing masing mempunyai daya tarikan tersendiri.....
namun sebab tema lanun, "props"nya agak menakutkan
dan "brutal" lah sikit.
Rakan rakan ada kelapangan masa, bolehlah bawa keluarga
ke sana ya......
Kapal Lanun ini memang menarik ..... |
Teraju utama filem Pirates of The Caribbean.... |
Ambik gambar sendiri........kesian...... |
gambar last tu paling mengancam..err...memang kesian..hehe...
ReplyDeletewah ana tertipu dgn tajuk ..... ingatkan betul2 nak cerita pasal lanun di shopping complex
ReplyDeletebyk juga duit depa berabih utk promosi tapi kutipan tayangan pun mestilah yg terbaik
setuju dgn jemarioren.....paling mengancam gambar yg last tu...
ReplyDeleteNanti nak bawa anak ke sana...cuti tak pergi mana-mana, baik serang kapal lanun...
ReplyDeletegambar yang atas tu suma menarik tapi bila part gambar yang akhir tu...ermmm...huuhuu..senyumla ckit cik inn..
ReplyDeletemenariknya.. sambil membaca entry ni sambil tersenyum berangan macam manalah agaknya reaksi anak2 bila bawak dorang nanti.. nak kena pujuk en. suami ni.. hikhikhik..
ReplyDeletetgk citer ni sampai tertido dlm panggung...
ReplyDeleteTak dapatlah kakak nak pergi tengaok kapal lanun tu. Tengok wayang sajalah. Kelakar jugalah harta rampasan lanun termasuk tengkorak? Nak buat apalah agaknya ye....:)
ReplyDeleteKena ambik gambar sendiri mmg kesian.. kita senasib.. hehehehehe
ReplyDeletehahaha....lanun dah mngena..masuk perangkap kotaraya...ayuh kita kerjakan lanun2 nie...
ReplyDeletedah lama x masuk blog cik inn...bestnya selalu tgk tempat org...
ReplyDeletesalam.. boleh share ape rawatan utk frozen shoulder tu?
ReplyDelete