Ads by nuffnang

Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh.......


Tatkala membaca akhbar dan menonton Buletin Utama 
kisah Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Anak Yatim 
dan Anak Anak Hidayah Madrasah Al Tawqa
di Hulu Langat, sebak saya dibuatnya.

Kanak kanak yang baru mengenal dunia telah pergi buat
selama-lamanya kerana Yang Maha Pencipta lebih
menyayangi mereka.

Lenyap sekelip mata.....

Kira kira jam 6 pagi tadi operasi penyelamat dihentikan 
setelah mangsa terakhir ditemui.

Enambelas jenazah selamat dikebumikan, ada yang
dikebumikan dalam satu liang dan ada dikebumikan
di kampung masing masing.

AlFatihah buat mereka......

Moga mereka ditempatkan di kalangan orang orang 
beriman.

Mengimbas kisah tanah runtuh, ketika kejadian 
Highlands Tower yang berlaku pada Disember
1993, saya di antara wartawan yang ditugaskan untuk
membuat liputan di sana.

Saban hari dari pagi hingga lewat malam saya dan 
wargakerja TV3 mahupun pihak media lain 
berkampung untuk menunggu berita terkini mengenai 
mangsa.

Satu pengalaman yang sukar dilupakan dan menjadi 
tajuk berita utama beberapa hari berturut turut dan 
juga mendapat liputan dari negara jiran.

Saban hari juga ahli keluarga, sahabat handai menunggu
dengan setia perkembangan mangsa yang tertimbus
ketika itu...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....

Perasaan sebak, hiba, kecewa terpancar di wajah
mereka yang dengan setia mengharapkan keajaiban
berlaku kepada mangsa yang tertimbus.....

Hampir dua minggu kami menunggu dengan setia
andai ada sebarang keajaiban berlaku tetapi
ternyata tiada......

Kepada Allah kita datang dan kepadaNYA juga kita
akan kembali.....

Selain kita menghulur bantuan kewangan kepada mangsa 
terselamat mahupun kepada kaum keluarga anak anak
yang telah tiada pada kejadian Tanah Runtuh Hulu Langat, 
anak anak yang terselamat perlu terus
ditiupkan semangat untuk menghindarkan perasaan
trauma dan gangguan emosi mereka, yang mengalami
kejadian terbabit.....

Highlands Towers 1993 - Bersama sahabat saya Aziz Hassan menunggu perkembangan terkini mangsa 



 

11 comments:

  1. al fatihah untuk mereka yang pergi

    ReplyDelete
  2. Aslkm

    Al fatihah.Saya suka sgt dgn tulisan2 CIK INN. Teruskan...

    ReplyDelete
  3. kecian betoi ngan kes nih.. tapi ada yg menunding jari lagi..

    ReplyDelete
  4. Saya berada di lokasi, Batu 14 Hulu Langat hanya 7 jam.

    ReplyDelete
  5. Mereka telah menemui Sang Maha Pemilik di usia yg masih terlalu muda...giliran kita tah bila pula, sudahkah kita bersedia?? :(

    ReplyDelete
  6. menangis sy menonton berita pasal kejadian ini..tersentuh sungguh hati tengok wajah2 sayu anak2 ini ...sampai anak tegur ..mommy nangis iyer ...al Fatihah ut ksemua yg terkorban...bahagialah mereka di alam barzah ...

    ReplyDelete
  7. AL fatihah...
    hati masih di gamit rasa kesayuan .
    Allah lebih mngetahuinya.

    ReplyDelete
  8. semoga mereka bersama orang-orang yang bahagia disi allah. didoakan keseluruhan keleuarga dan sahabat handai beroleh sabar dan tabah menghadapi kehilangan ini. Amin

    ReplyDelete
  9. sedih sgt terucap dengan kata2..al fatihah buat telah tiada..

    ReplyDelete
  10. tragedi yg amat menyedihkan..
    salam takziah buat semua keluarga mangsa

    al-fatihah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...