Pagi selepas subuh, terus "check out" dari tempat
penginapan dan terus ke stesyen bas untuk ke
JB Sentral.
Kak Jun bermurah hati membayarkan tiket bas kami.
Hah... ini yang best pergi dengan kakak kakak otai,
bab bayaran sikit sikit ni depa tak kisah untuk cover.....
Terima Kasih Kak Jun...
Perjalanan dari stesyen bas di Arab Street ke JB Sentral
mengambil masa kira kira 40 minit.
Sampai di JB Sentral dan selesai urusan imigeresen,
saya menunggu anakbuah saya (anak sepupu)
Azizi Awalludin tokey Dynar Singapore yang kebetulan
hendak ke Batam juga.
Sebagai ahli perniagaan berjaya, dia ni memang
banyak rakan niaga dan kenalan ......antaranya orang
kuat The Zon Ferry terminal iaitu Encik Raja Hisham.
Untuk ke Batam kami perlu menaiki bot yang mengambil
masa di kira kira 1 jam 45 minit.
Diberi peluang berada di kokpit Feri ke Batam |
Azizi yang berbaju gelap manakala Raja Hisham berbaju petak |
Nikky kepenatan |
Rezeki geng Cik Semah agaknya....sepanjang kembara
ke Batam, kami mendapat layanan sutera gitu....
kami ronda ronda dipandu sendiri Bapak Zulkarnaian
tuanpunya beberapa Feri di Batam.
Pak Zul juga menjadi hos kepada kami untuk makan
tengahari di sebuah restoren Nasi Padang.
Dan sudah menjadi kelaziman, kalau makan nasi
padang, kalau tak penuh satu meja memang tak sah...
Di depan restoren Nasi Padang Mak Ateh |
Susunan lauk yang menarik, Pak Zul yang duduk |
Rambang mata mana lauk yang nak dimakan |
Sambil makan minum pula Es Pokat.....huh sedap bangat..... |
Saya rasa rakan rakan blogger yang pernah ke
Indonesia dan menikmati nasi padang sudah biasa
dengan senario makanan penuh satu meja.
Sungguhpun penuh meja, kalau tak makan tidak dikira.....
Sekitar Batam |
Batam turut menjadi tarikan pengunjung kerana ia
juga menawarkan barangan seperti beg tangan,
kemejaT, kasut, jam dan pelbagai lagi yang
sebijik pembuatannya seperti barangan original.
Geng Cik Semah tak sempat nak membeli belah
sebab mengejar masa untuk menaiki feri
kembali ke Terminal Feri THE ZON dan terus
ke Lapangan Terbang Senai.....
Kira recce ajalah....kalau ada ruang InsyaAllah
akan ke sana lagi....banyak juga tempat pelancongan
yang boleh dilawati dan juga untuk penggambaran
di Batam...
Alhamdulillah secara keseluruhannya Kembara
Geng Cik Semah ni kira sukseslah.....
Ringkas, sempoi, jimat yang penting gembira
dan akan terus terpahat di memori kami......
Di Lapangan Terbang Senai |
cik inn
ReplyDeletetakkan pergi batam makan nasik padang je?
sedapnya tgk lauk pauk tuh! sronoknyer! hihi..susunan lauk cenggitu, su pestime tgk! sok2 leh wat gitu kalo ade kenduri kawen kat kg su Gemencheh,n9! hik3!
ReplyDelete~ticesu.com~
Botak,
ReplyDeleteMemang mengejar masa, sampai sana kul 11.15 pagi waktu tempatan, 12.15 waktu Malaysia. Ronda ronda bandar lepas tu makan, ada masa terluang sikit gi lah ke pusat membeli belah dikenali sebagai nagasaki, so tenguk tenguk ajalah....kul 2.30 petang waktu tempatan dah standby ke jeti.....
Ticesu,
ReplyDeleteMemang cara susunan dan angkat lauk pun ada stail tau....
Dengan pucuk ubi dicicah sambal hijau, ayam goreng kampung, sotong masak lemak pedas.....memang layan......
assalam..kagum sat tgk susunan lauk tu...mesti skill kna baik pnya nk angkat tu seme..kalau x..hmmm
ReplyDeletetuah nya...sis ,ke batam pulak
ReplyDeletelayan gambo pun jadik lerr..
as salam.....
chik Inn, es pokat tu nama air pe ek..?
ReplyDeletees pokat tu "Ais Avocado"
ReplyDeleteavocado yang diblender dengan gula, kadang2 ada letak coklat. kat kedai orng minang mmang ada