Ads by nuffnang

Friday, May 20, 2011

Cik Semah Pusing Kota Singa......

Hari kedua di Kota Singa....

Selepas sarapan pagi di tempat penginapan kami, di 
Sleepy Sam's, maka mulalah Kembara Cik Semah jalan jalan, 
makan angin.....

Menyentuh tempat penginapan, yang berkonsepkan
"Bed and Breakfast", Nikky bertanggungjawab menempah
penginapan manakala saya menguruskan tiket keretapi,
pesawat dan ke Univesal Studio.


Kak Jun dan Kak Asmah bersama staf Sleepy Sam's
Sleepy Sam"s menawarkan beberapa kategori bilik
atau hostel seperti dorm utk wanita sahaja, dorm
campur, private single room, private double room
dan 3 bed dorm room.


Berikutan 3 bed dorm room telah ditempah pelancong
dari Eropah, maka kami hanya dapat dorm untuk wanita
yang mempunyai 11 katil.

Di depan Sleepy Sam's
Mulanya saya dan Nikky agar gusar jugalah kalau Kak
Asmah dan Kak Jun tidak selesa dengan konsep tidur
beramai ramai di dormitori.


Dalam dormitori
Sangkaan kami meleset sekali kerana kedua kakak "otai"
itu boleh menyesuaikan diri dan selesa dengan rakan 
rakan baru dari negara Barat.

Kami menarik nafas lega........ 

Dengan bayaran sehari 30 Singapore Dollar seorang,  
lokasi penginapan di Bussorah Street ini memang 
strategik berhampiran dengan Masjid Sultan.




Senang untuk mendapatkan makanan halal, mencari 
cenderamata dan pengangkutan awam seperti bas, 
teksi dan MRT.


Pilih Kak Semah dan siapkan saja Dollarnya...

Ramai kengkawan ke Singapura berpesan kalau ke
sana selain Universal Studio, satu daripada lokasi 
untuk membeli belah selain di Orchard Road adalah 
Mustafa Centre.


Kawasan di Mustafa Centre

Pusat membeli belah yang dibuka 24 jam itu sentiasa 
dipenuhi pengunjung kerana harga barangan yang 
dijual kira amat berpatutan.....
 
Lepas makan berhampiran Mustapa Centre, kami
meneruskan kembara ke Merlion Park.




Berdepan dengan Fullerton Hotel itu, tersergam indah
Hotel Marina Bay Sands berbentuk kapal.





Memang kagum melihatkan senibinanya yang unik.


Saya difahamkan selain menyediakan pelbagai pilihan
bilik dengan pemandangan menarik, kolam renang
yang unik,  hotel berkonsepkan resort itu mempunyai 
pusat membeli belah, kasino, dewan untuk mengadakan 
seminar mahupun konsert dan pelbagai lagi 
keistimewaan untuk menggamit pengunjung.


Kami ambik gambar dari jauh ajalah.... kerana ketika 
tu dah nak senja dan Nikky pun ada temujanji dengan
rakannya.....


Kak Asmah bercerita dengan penuh perasaan.......


Sampai di Sleepy Sam's dok lepak kejap, makan malam,
mengemas apa yang patut dan selamat malam Singapura....


Esoknya perlu bangun awal kerana nak naik bas untuk
ke JB Sentral dan seterusnya ke Stulang Laut menaiki
bot ke Batam..........


6 comments:

  1. Best juga bersantai dengan geng HAWA.

    ReplyDelete
  2. Pergi naik keretapi dari KL ke Singapura berapa jam?

    ReplyDelete
  3. seronoknyeee!blum penah smpi S'pore lg..huhu

    ReplyDelete
  4. wah bestnya Chik In
    gi seberang tambak naik keretapi...
    tak pernah lagi untuk ke sana
    take care.

    ReplyDelete
  5. Zmah,
    Ya sesekali bercuti dengan akak akak otai, lain rasanya.....

    Husna,
    Naik keretapi bertolak jam 11 malam dan sampai di check point imigersen woodlands kira kira 7.15 pagi selepas cop paspot ke stesyen Tanjong Pagar dalam 30 minit.

    Kalamhati dan Ummu,
    InsyaAllah satu hari nanti anda akan sampai juga ke Kota singa....

    ReplyDelete
  6. Chik Inn, labuh betul baju Nikky yer?Siap ada tulisan indah lagi bermadah gitu

    Amin_JB

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...