Ads by nuffnang

Monday, May 23, 2011

"ADAM" salin kulit lagi......dan makin memanjang.....

Hari ini kebetulan tiga empat orang rakan rakan di 
pejabat mahupun rakan luar pejabat bertanya mengenai 
Adam, anak ular sawa Albino saya.

Liza Admin dan Atiff, penolong penerbit Nona siap 
tanyakan bekalan tikus putih cukup ke untuk santapan
si Adam?

Hatihanna Annahitah rakan saya seorang usahawan pula 
risau bila mengetahui Adam makin besar dan 
memanjang.

Petang Sabtu lalu, ia baru salin kulit, justeru saya
tak mahu memegang dan bermain dengannya.

Sekadar mengambil gambar dari luar kediamannya saja.

Nanti ia "marah" pulak kerana saya diberitahu rakan 
yang telah lama membela spesis seperti Adam, bila ia 
salin kulit agak menyakitkan.

Setiap kali Adam bersalin kulit bermakna semakin 
membesar dan memanjanglah ia dan kini kira 
kira sedepa.

Atiff sempat bertanya,

"Chik Inn nak bela Adam sampai bila?"


Saya tersenyum........sukar untuk menjawab
soalan cepumas itu.......


Apapun haiwan yang menjadi peliharaan kita,
jagalah ia dengan baik kerana ia juga makhluk
Allah........


Beberapa aksi ADAM yang sempat dirakamkan.....








22 comments:

  1. chik inn...cantik.tp LM takut nak pegang semua jenis ular .Adam nampak besar.moga chik inn selalu cerita kisah Adam ye.

    ReplyDelete
  2. Tak ada yang perlu diseramkan Sis Habsah.....anggap macam bela kucing aja.....

    ReplyDelete
  3. Lydia,
    Tak perlu takut untuk pegangnya kalau tahu caranya terutama jenis ular sawa....tapi jangan ular tedung atau senduk, bahaya kerana berbisa....

    ReplyDelete
  4. ayoyo...sy pernah pegang anak ular sawa, tu pun jap jek..xtahan bau hancing...hehehe

    cik inn, kita dibenarkan bela ular smpai ular tu besar mana yek? maksud saya kt sini, if ular tu dh terlalu besar, kita kna lepaskan dia ke?

    ReplyDelete
  5. Shida,
    Ular sawa yang dipegang hancing sebab tidak dijaga kebersihannya kot....

    Kalau dah sebesar peha, dan boleh memudaratkan, sebaiknya diberi pada zoo atau taman haiwan persendirian. Kalau betul betul nak bela hingga besar, perlu ada lesen khas....

    ReplyDelete
  6. Dah besar panjang Adam, ya? Kakcik kalau nama ular, sekecik mana pun - kakcik TAKUTTTT!

    ReplyDelete
  7. makin besar dia ye chik Inn.. moga dia sihat macam tuan dia jugak.. ;)

    ReplyDelete
  8. Ari ni baru tau cik inn bela ulau. Emm.. btl kata cik inn if jaga kebersihan betul2 tak de bau pun. Saya pernah pegang spesis sama Adam kat A Famosa Resort. Clean & clear.. Cam best je wlpun mula2 takut. Now dah tak takut dah. Selamat bersalin baju Adam..

    ReplyDelete
  9. Ate baru tahu seberani ini Cik Inn..bukan calang2 org berani membela ular sawa. Kalau Ate...minta ampunnn...di bayar pun tak sanggup nak memegangnya apatah lagi membela. Dasar penakut ;D.

    ReplyDelete
  10. ieeuuuuu...!! saya dah rasa sejuk sampai ke telinga bila tgk Adam tu..

    tak dpt dibayangkan bila tgk depan mata..! huhu

    ReplyDelete
  11. aduyai....tabik spring kat cik inn :)

    mesti sedih kalau nak bg Adam pd zoo.Kalau nak dpt lesen khas jg ular dewasa tu kena kursus ke?

    ReplyDelete
  12. berani nya cik inn ni... takut akak..

    ReplyDelete
  13. Saya doakan yang terbaik buat anda..

    Seandainya Adam dah terlalu membesar dan agak menakutkan bila berada di rumah..

    Saya syorkan hantar Adam ke zoo.. Supaya semua orang dapat melihat Adam..

    Entri Terkini Di Blog Saya:
    Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda??
    Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda

    ReplyDelete
  14. salam cik inn,

    geli geleman pulak tengak si adam nie..
    tabik laa cik inn mgg berani...
    nnti jgn lupa pose istimewa bersama adam yer..hihii

    ReplyDelete
  15. Tgk adam dah rasa sejuk habis tu baru tgk gambar kalao tgk betoi2 entah mcm mana la nnt

    ReplyDelete
  16. nak pinjam adam kejap boleh ke ...huuhuu

    ReplyDelete
  17. olooorrr chik inn... geli laaa... tapi sweet color kulit adam ni kan... putih kuning gitu.. tak macam albino sangat...

    mesti chik inn sedih kalo masa nak pisah nanti... tu yg saya takmo amik pets.. masa hamster kami hanyut dgn cage nya masa banjir kat kerteh 2 tahun lepas, masa dalam jagaan kawan, sedih sangat rasanya..

    ReplyDelete
  18. tak takut ka kak bila adam tu dah besar nanti. eiii takut.

    ReplyDelete
  19. geli la....eeei!!! seram gan ular....

    ReplyDelete
  20. As salam...sekarang nie dah berapa lama cik inn bela adam...dan dah berapa kali adam salin kulit...sebelum nie pernah ke kena gigit...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...