Ads by nuffnang

Thursday, May 12, 2011

Tersangatlah sibuk...tapi Laksa, Gulai Tempoyak, Cendol Kuala.....tetap layan.....

Salam rakan rakan blogger.....

Saya dimaklumkan entri mengenai kisah adik dan 
abangnya, ramai yang tak boleh buka.....saya pun tak 
tahulah kenapa, apapun rakan rakan terus mencubalah 
jika ada kelapangan masa....ada pengajaran tersendiri...

Berbalik kepada tajuk entri hari ini, memang dalam 
sehari dua ni, saya memang sibuk teramat sangat...
tak sempat nak berkongsi catatan dalam blog.....

Semalam sehari suntuk saya "recce" di Kuala Kangsar
juga di kawasan Tasik Raban....untuk program 
Intai-Intai Deko ( working title sebelum ini Home Ideas) juga 
RONA-Irama Rentak kehidupan......


Kisah recce, InsyaAllah akan saya kongsikan esok...  

Hari ini kisah santai aja....lagipun sebenarnya mata 
dah mengantuk.......

Berikutan perjalanan ke Kuala Kangsar kira kira dua 
setengah jam, selain membaca suratkhabar dan 
berbual dengan Liza dan jurukamera Jebat, saya dok
layan dan update FB menggunakan Blackberry.

Huh tanpa disangka, ramai beri respon mengenai
apa yang perlu dimakan semasa di Kuala Kangsar.

Norasidah cadangkan makan Laksa Pak Ngah,
(siap "take away" lagi) Khairul Najmi cadangkan Popia 
Stesyen, Ramdzan dengan Apam Kuale, manakala 
Anisz selain daripada cendol dia turut mencadangkan 
biskut lutut.

Biskut lutut ni kalau cicah dengan kopi panas 
memang layan.....tapi susah nak cari sekarang....
sungguhpun ia agak keras dan tawar, ia mempunyai
tarikan tersendiri.....

Sempat cari Biskut Lutut...terima kasih Anisz
Selain cadangan daripada rakan rakan FB, saya
turut berkesempatan makan tengahari berlaukkan
gulai tempoyak patin....mak oiiiii......menyelerakan......

Selepas selesai temujanji di Tasik Raban dan tuanpunya
rumah yang diperbuat daripada landasan keretapi, 
kami dok pekena cendol di Medan Cendol dan
Laksa MPKK.


Sedapnya cendol......

Rojak dan Kuay Teow antara dipesan pengunjung



Saya tertarik dengan papan tanda setiap gerai di 
medan ini.

Rakan rakan tenguklah sendiri.........

Menu tiada mee tapi ....







Sos cili, sos tomato, kicap manis, kicap masin.....

Kalau nak kata nama nama terbabit mewakili 
makanan yang dijual....apa ada kena mengena sos 
cili dengan cendol......

Atau memang papan tanda ditaja oleh syarikat
terbabit.....

Ater (loghat perak)....mungkin ia antara cara untuk 
menarik pelanggan atau bagi sebahagian pelanggan 
"ada teman kisah" yang penting makanan yang dipesan 
memang sedap.......

Tapi semalam Popia dan Apam Kuala tak jumpa, 
InsyaAllah hujung Mei akan ke Kuala Kangsar lagi untuk 
pengambaran moga dapatlah menjamah Popia dan Apam
disamping wajip menikmati Gulai Tempoyak dan Laksa..... 

Jadi rakan rakan, kalau ke Kuala Kangsar jangan lupa 
memesan makanan yang dimaklumkan......

Aterr.......


9 comments:

  1. sedapnya tengok biskut lutut....kecik2 dulu slalu cicah ngan air milo or kdg2 kopi...hehe~

    ReplyDelete
  2. assalam

    biskut lutut ek nama dia..saya panggil biskut keras jek..makan biskut tu tome hujan2...ohh sguh heaven..huhu

    ReplyDelete
  3. Salam...lama tak singgah sini...walaupun kampung ( beruas) dekat ngan Kuala, tapi jarang nak bertandang ke sana...insyaAllah, akibat teracun dgn makanan2 yg ditunjukkan, akan pergi ke sana...biskut lutut...cicah ngan kopi o...pergghhh...mau lah kalu hujan2 ...

    ReplyDelete
  4. dua minggu lagi nak p k kangsar leh lah singgah sini.. nak pekena nanti...

    ReplyDelete
  5. bestnye dapat jenjalan, jeles. sambil bekerja dapat juga tgk tempat orang. ok le tu. sukanye kalau ada peluang dapat jenjalan ni. lama dah tak kemana2.

    ReplyDelete
  6. wah mmg terbaik la makanan yang ado ni..hehehe selera ppagi terus terbuka..nyum2 =)

    ReplyDelete
  7. haa..cik inn tu ler kg sy ..tiap kali balik kuale confirm pekene laksa kuale hehe...

    ReplyDelete
  8. kak lin, mertua mas orang kuala..klu balik kuala..mesti cari laksa, cendol ngan apam kuala...
    sedappnya...

    ReplyDelete
  9. adoiiii cendul itu adalah sedap nampaknya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...