Zaman saya kanak kanak mahupun remaja, masih
boleh terserempak dengan makcik atau golongan
veteran yang mempunyai gigi emas.
Tapi sekarang memang jarang jarang sekali saya
temui baik di bandar mahupun di kampung kampung.
Namun ketika saya di Ukraine baru-baru ini,
daripada pemerhati saya kebanyakan golongan yang
berumur 4 series ke atas tidak kira jantina, ramai
mempunyai gigi emas.
Bukannya sebatang tetapi dua atau tiga batang
gigi emas.....
Huh.....pakcik atau makcik kayo.......
Semasa merakamkan golongan kaum hawa yang
menghadiri kelas fardhu ain di Crimea, daripada
40 orang, boleh dikatakan 10 daripada mereka
mempunyai gigi emas.
Kelas Fardhu Ain |
Saya bertanya kepada pelajar pelajar kita yang
menuntut di sana, dan mereka tidak menafikan faktor
air di negara itu berkemungkinan membuat gigi mudah
rosak.
Pelajar pelajar kita turut berpesan kepada kami,
jika nak masak air jangan gunakan air paip sebaliknya
masak menggunakan air mineral sepertimana
yang mereka lakukan saban hari......
Air paipnya tidak boleh terus diminum seperti
kebanyakan negara lain.......
Seperti tulisan saya sebelum ini, memang bertuah
kita dilahirkan di Malaysia.......
Long Shot tak nampak Gigi Emas.... |
kirenya dieorg gigi emas sebab gigi tu tukar jadi gigi emas or emas semulajadi ? hehe
ReplyDeleteFatin,
ReplyDeleteDepa ganti gigi yang dah tanggal dengan gigi palsu tapi gigi itu salut emas.......
heheh, mmg jrg nk jmpa org yg salut gigi dorang dgn mas skrg ni...
ReplyDeletekalau ada agaknya, msti nk kna hati2 je kan..takut kna rompak..huhu
teringat arwah nenek i dulu.. ada sebatang.
ReplyDeleteChik innnnn cepat la projek kita jadi ke tak?
ReplyDeletebetul, la ni payah dah nak jumpa. zaman la ni pun bahaya tak macam dolu2, kang sebab emas sebatang sian mokcik pokcik, melayang nyawa
ReplyDeletemasa kecik2 dulu I takut kt makcik2 yg pakai gigi emas ni....
ReplyDeleteMak saya pernah bergigi emas krn trend pada masa tu 9(tahun 60-an), berkilau apabila buka mulut senyum.............heheeh
ReplyDeletedulu masa tinggal kat N9, nenek sedara saya pakai gigi emas macam tu.. tapi sekarang tak perasanler.. kihkihkih.. sebab dah lama tak pergi rumah dia.. ;)
ReplyDeleteoohh.. lepas ni bila balik kampung nak singgahlah rumah dia tengok dia masih pakai tak gigi emas tu..
Chik Inn...
ReplyDeletebetullah..
masa akak kecik2 pun selalu jumpa makcik2 gigi emas..
tapi kan..
anak akak sekarang dah dipakaikan gigi besi (crown pada gigi geraham) :-)
Emm.. Chik inn banyak mengingatkan bende2 yang lama dah tak tengok cam milo van, gula kapas dll. Betul la.. Hampir lupa ngan gigi emas ni. Zaman kecik2 dulu, sempat gak tgk pakcik makcik gigi emas. Budak2 la ni dah tak tau dah bende2 gitu.
ReplyDeleteZaman kanak-kanak dulu pernah juga jumpa org tua bergigi emas ni. Rasa pelik pun ada...
ReplyDeleteaah btl btl btl..dulu2 byk nmpk gigi emas kan..hiks..skang ni org lagi malu nk tunjuk pakai gigi palsu..ye la klu gigi emas dh sah palsu..
ReplyDeletehmm btl tu bersyukur kita dilahirkan di malaysia..at least sumber air bersih dr mrka..
Pakcik saya dulu, mmg dia cabut gigi taring dia ganti gg emas, ogr dulu-dulu panggi sumbi emas..kira hensem la tu....
ReplyDeletetakutnya nak pakai gigi mas.. kan kena rompak.. abis kena cabut..
ReplyDeleteskrg ni..bila dah besar2..jarang pulak jumpa org bergigi emas..
ReplyDeletemasa kecik2 dulu mmg selalu.. tu yg sangka semua org bergigi emas tu kaya2 belaka.. hehehe
arwah wan saya dulu ada gigi emas 1 batang. tp tak kayo...:P
ReplyDelete