Ads by nuffnang

Wednesday, May 4, 2011

"Makcik Kayo......ada gigi emas....."

Zaman saya kanak kanak mahupun remaja, masih 
boleh terserempak dengan makcik atau golongan 
veteran yang mempunyai gigi emas.

Tapi sekarang memang jarang jarang sekali saya 
temui baik di bandar mahupun di kampung kampung.

Namun ketika saya di Ukraine baru-baru ini, 
daripada pemerhati saya kebanyakan golongan yang 
berumur 4 series ke atas tidak kira jantina, ramai 
mempunyai gigi emas.

Bukannya sebatang tetapi dua atau tiga batang
gigi emas.....
Huh.....pakcik atau makcik kayo.......

Semasa merakamkan golongan kaum hawa yang
menghadiri kelas fardhu ain di Crimea, daripada
40 orang, boleh dikatakan 10 daripada mereka
mempunyai gigi emas.

Kelas Fardhu Ain

Saya bertanya kepada pelajar pelajar kita yang 
menuntut di sana, dan mereka tidak menafikan faktor 
air di negara itu berkemungkinan membuat gigi mudah
rosak.

Pelajar pelajar kita turut berpesan kepada kami,
jika nak masak air jangan gunakan air paip sebaliknya
masak menggunakan air mineral sepertimana
yang mereka lakukan saban hari......

Air paipnya tidak boleh terus diminum seperti
kebanyakan negara lain.......

Seperti tulisan saya sebelum ini, memang bertuah
kita dilahirkan di Malaysia.......

Long Shot tak nampak Gigi Emas....



17 comments:

  1. kirenya dieorg gigi emas sebab gigi tu tukar jadi gigi emas or emas semulajadi ? hehe

    ReplyDelete
  2. Fatin,
    Depa ganti gigi yang dah tanggal dengan gigi palsu tapi gigi itu salut emas.......

    ReplyDelete
  3. heheh, mmg jrg nk jmpa org yg salut gigi dorang dgn mas skrg ni...

    kalau ada agaknya, msti nk kna hati2 je kan..takut kna rompak..huhu

    ReplyDelete
  4. teringat arwah nenek i dulu.. ada sebatang.

    ReplyDelete
  5. Chik innnnn cepat la projek kita jadi ke tak?

    ReplyDelete
  6. betul, la ni payah dah nak jumpa. zaman la ni pun bahaya tak macam dolu2, kang sebab emas sebatang sian mokcik pokcik, melayang nyawa

    ReplyDelete
  7. masa kecik2 dulu I takut kt makcik2 yg pakai gigi emas ni....

    ReplyDelete
  8. Mak saya pernah bergigi emas krn trend pada masa tu 9(tahun 60-an), berkilau apabila buka mulut senyum.............heheeh

    ReplyDelete
  9. dulu masa tinggal kat N9, nenek sedara saya pakai gigi emas macam tu.. tapi sekarang tak perasanler.. kihkihkih.. sebab dah lama tak pergi rumah dia.. ;)
    oohh.. lepas ni bila balik kampung nak singgahlah rumah dia tengok dia masih pakai tak gigi emas tu..

    ReplyDelete
  10. Chik Inn...
    betullah..
    masa akak kecik2 pun selalu jumpa makcik2 gigi emas..
    tapi kan..
    anak akak sekarang dah dipakaikan gigi besi (crown pada gigi geraham) :-)

    ReplyDelete
  11. Emm.. Chik inn banyak mengingatkan bende2 yang lama dah tak tengok cam milo van, gula kapas dll. Betul la.. Hampir lupa ngan gigi emas ni. Zaman kecik2 dulu, sempat gak tgk pakcik makcik gigi emas. Budak2 la ni dah tak tau dah bende2 gitu.

    ReplyDelete
  12. Zaman kanak-kanak dulu pernah juga jumpa org tua bergigi emas ni. Rasa pelik pun ada...

    ReplyDelete
  13. aah btl btl btl..dulu2 byk nmpk gigi emas kan..hiks..skang ni org lagi malu nk tunjuk pakai gigi palsu..ye la klu gigi emas dh sah palsu..
    hmm btl tu bersyukur kita dilahirkan di malaysia..at least sumber air bersih dr mrka..

    ReplyDelete
  14. Pakcik saya dulu, mmg dia cabut gigi taring dia ganti gg emas, ogr dulu-dulu panggi sumbi emas..kira hensem la tu....

    ReplyDelete
  15. takutnya nak pakai gigi mas.. kan kena rompak.. abis kena cabut..

    ReplyDelete
  16. skrg ni..bila dah besar2..jarang pulak jumpa org bergigi emas..

    masa kecik2 dulu mmg selalu.. tu yg sangka semua org bergigi emas tu kaya2 belaka.. hehehe

    ReplyDelete
  17. arwah wan saya dulu ada gigi emas 1 batang. tp tak kayo...:P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...