Semalam balik dari penggambaran program Intai Intai
Deko di Kuala Kangsar, memang letih betul.
Tugasan ke sana adalah untuk penggambaran "moderator"
Nor Azlina Redzuan atau Alin, di Syamille Resort yang
saya pergi beberapa hari lalu dicatatkan dalam entri
terdahulu.
Lazimnya untuk satu satu penggambaran program
berbentuk majalah atau dokumentari (bukan semua
program), pihak produksi akan buat tinjauan dan
perbincangan terlebih dahulu dengan pihak terbabit.
Setelah mendapat tarikh persetujuan daripada pihak
yang ingin dipaparkan maka pihak produksi akan buat
tempahan peralatan dan seterusnya penggambaran
dijalankan....
Semalam saya ke Kuala Kangsar bersama Alin dipandu
oleh pemandunya Hafiz.
Krew produksi diketuai penerbit Norlizah Yusof telah
sampai sehari lebih awal.
Kami bertolak dari Sri Pentas jam 8 pagi, dan sampai di
Syamille Resort kira kira 11.45 pagi.
Sempat singgah sekejap di Rawat & Rehat (R&R) Tapah
untuk sarapan pagi sebelum itu.
Sampai di lokasi, peralatan rakaman seperti Mini Jimmy Jip,
kamera, lampu, audio telah siap disediakan krew.
Selepas Alin "touch up" maka bermulalah penggambaran
dalam suasana yang memang panas terik....
Huh....berpeluh peluhlah dan kami minum air mineral pun
berbotol botol.......
Sangkakan panas hingga ke petang....
Selesai "outdoor" dan ingin meneruskan penggambaran
"indoor" di dalam rumah pemilik resort yang diperbuat
daripada kayu landasan keretapi, hujan lebat membasahi
bumi Kuala Kangsar.

Sekitar penggambaran "moderator" Alin |
Huh....berpeluh peluhlah dan kami minum air mineral pun
berbotol botol.......
Sangkakan panas hingga ke petang....
Selesai "outdoor" dan ingin meneruskan penggambaran
"indoor" di dalam rumah pemilik resort yang diperbuat
daripada kayu landasan keretapi, hujan lebat membasahi
bumi Kuala Kangsar.
Penggambaran terhenti dan waktu terlaung kami gunakan
untuk makan tengahari.
Alhamdulillah, selesai makan hujan pun berhenti.
Kami teruskan penggambaran di rumah Encik Zainuri untuk
sesi temubual bersama Alin.
Temubual Alin dengan tuanpunya Syamile Resort |
Selesai di Syamille Resort, kami terus ke Bukit Chandan,
ke rumah Mak Engku satu lagi lokasi untuk rakaman
"moderator" Alin.
Anak Mak Engku, Raja Shariman Raja Aziddin, seorang
pengarca terkemuka tanahair.
Rumah Mak Engku di Bukit Chandan, Kuala Kangsar |
Mak Engku yang duduk di tengah |
Hasil karyanya mempunyai nilai estetika tersendiri dan
setiap arca sentuhannya dijual puluhan ribu ringgit.
Nak tahu kenapa ia mahal?????
Hah kena tenguklah nanti INTAI INTAI DEKO....
Satu daripada arca karya Raja Shariman |
Saya dan Raja Shariman di perkarangan rumah Mak Engku |
Berikutan jadual yang padat, kali ini ke Kuala Kangsar tak
sempat nak singgah makan laksa dan cendol Kuala.......
Kerja produksi macam kami, memang tak tentu masa......
Jika perjalanan ke Kuala Kangsar, saya dan Alin
sesaat pun tidak mengantuk, tetapi perjalanan balik ke
Sri Pentas, kami berdua terus dibuai mimpi ............
Alhamdulillah, bumi dibasahi hujan akhirnya...
ReplyDeletexsabar nk tggu intai intai deko kuar kt tv..
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya berkesempatan melawat Mak Engku beberapa bulan lepas ketika berjumpa abang Raja Shahriman. Seronok berbual dengan beliau. Kami ke sana bagi merakam video Pak Zainuddin Andika, pembuat kompang rebana terkenal di KKangsar.
Assalamualaikum kak lin....
ReplyDeletealhamdudillah..semuanya berjalan lancar walaupun tak sempat merasa laksa dan cendol kuala...
hhmmm..mesti penat tu...sampai terlelap masa balik..he..he...
Salam... Tak berubah.. Abg Shariman macam tu jugak. Dia kawan baik my bro (Abdul Razak Abdul Jabbar) masa belajar kat UITM. Selalu la dia datang umah kita orang kat Taiping. Saya kecik lagi masa tu. Dia memang berbakat besar dalam bidang seni arca.
ReplyDeletesalam cik inn,
ReplyDeletewou menarik rangkaian intai2 deko ni...
berbaloi2 hasil kerja cik inn kan..
tahniah..
Salam Cik Lin,
ReplyDeleteNampak rentetan kesibukan itu tapi kakak hairan macam tak penat tengok muka-muka yg bertugas. Tapi bila Lin kata balik dibuai mimpi hm.... tahulah kakak mesti keletihan....
Laksa dan Cendol Kuala Kangsar ada di jual di kuala lumpur tapi org kuala kangsar kata rasanya tak sama dg yg di Kuala Kangsar.
ReplyDelete