Ads by nuffnang

Sunday, May 1, 2011

Hari Pekerja yang tidak akan luput dalam ingatan.....

1 Mei tarikh istimewa bagi setiap insan yang bergelar 
pekerja di seluruh dunia. 

Ia adalah hari cuti umum kebanyakan negara di dunia,
sebagai memberi penghargaan sumbangan warga kerja 
dalam sektor yang diceburi.


Bagi saya sambutan 1 Mei 2003 adalah hari paling istimewa
dalam kanvas kehidupan saya apabila menerima 
AnugerahTokoh Wanita Kebangsaan 2003.


Pada mulanya, saya sama sekali tidak mengetahui nama
dicalonkan kepada Kementerian Sumber Manusia.


Setelah diberitahu, saya berterima kasih kepada 
pihak pengurusan.

Bagaimanapun, saya tidak meletakkan harapan tinggi 
untuk menerima penghargaan yang begitu prestij itu,
berikutan banyak syarikat menghantar calon yang hebat
hebat belaka.


Bagi saya, anugerah wartawan, program atau penerbit
terbaik, memadai sebagai pembakar dan perangsang 
untuk terus menerbitkan rancangan yang berkualiti...


Saya dimaklumkan, nama saya dicalonkan oleh pihak 
pengurusan berdasarkan sumbangan ketika itu 
melebihi 12 tahun perkhidmatan dan membantu syarikat 
mencapai tahap cemerlang melalui pengeluaran bahan 
dan program terbitan saya. 


Menurut Puan Arzlin Redzwan (Pengurus HR Media Prima
ketika itu- sekarang Pengurus Besar)saya menunjukkan 
tahap disiplin tinggi, mutu kerja cemerlang dan mempunyai 
daya saing tinggi. 

Saya juga dicalonkan kerana aktif menyertai pelbagai
aktiviti-aktiviti di luar bidang tugas yang dianjurkan 
oleh jabatan mahupun syarikat.

Secara jujurnya bagi saya setiap pekerjaan, pertamanya 
perlu "nawaitu" yang betul untuk mencari rezeki yang 
halal. 

Kerja dengan ikhlas, bukan "buat sibuk" depan bos aja....
Seterusnya bila telah diamanah dan dipertanggungjawabkan
tugasan, buatlah dengan sepenuh hati.

Kadangkala bila kita melakukan sesuatu tugasan sepenuh
hati dan tidak mendapat respon daripada penyelia, jangan
terasa hati atau bersungut.

Kadangkala kita merasakan bos-bos tidak pandang kerja
kita tetapi sebaliknya mereka tahu apa yang kita buat.

Seringkali kepada 'junior junior' yang baru menjejakkan
kaki di alam pekerjaan, khususnya seperti bidang yang
saya ceburi, saya nasihatkan kepada mereka bahawa,

"Bidang apa sekalipun yang diceburi, 
lakukan dengan penuh minat"

Saya juga selalu berpesan, kalau tidak tahu, kita perlu
bertanya, tak perlu malu.

Bagi saya sekarang ini juga saya masih belajar, 
andainya saya tahu sekalipun, saya masih anggap diri 
saya tidak tahu lagi kerana ilmu boleh dipelajari 
daripada pelbagai sudut.


Setiap hari adalah pelajaran baru bagi saya......

Ketika menerima anugerah terbabit, kebanyakan 
pemenang ditemani ibubapa, suami atau isteri 
mahupun adik beradik....

Tetapi tidak buat saya....pada hari penyampaian itu, 
di Stadium Putra Bukit Jalil, saya membawa anakbuah........

Ia bertujuan untuk memberi semangat kepada mereka 
generasi baru....

Bagi saya, adik beradik yang lain telah berjaya dalam 
bidang masing masing, dibandingkan mereka yang masih
menuntut dan mencari arah kerjaya........







Kaum keluarga yang lain boleh menonton secara langsung
di televisyen, manakala saya mahukan mereka merasai
sendiri aura di stadium.....mak sedara mereka mendapat
penghargaan, lebih lagi daripada Perdana Menteri ketika
itu Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sememangnya
pemimpin idola saya.......

Saya naik ke pentas ditemani Pengurus Besar Jabatan 
Majalah dan Dokumentari TV3 ketika itu iaitu 
Haji Bukhari Che Muda yang kini orang kuat TV Hijrah....


Bagi saya kemenangan yang diterima bukan milik saya
sendirian ia juga kemenangan kepada TV3 dan wargakerja
yang sama sama menjayakan program terbitan saya......


Dengan temanya,

"BERSAMAMU MEMBINA DAYA SAING NEGARA..."


... kebetulan tahun berikutnya perkataan 
BERSAMAMU terus melekat pada saya bila ditugaskan 
untuk menerbitkan rancangan membantu golongan
yang memerlukan iaitu "BERSAMAMU"....


  

Alhamdulillah, saya telah mendapat Anugerah Tokoh
Pekerja Kebangsaan 2003 dan saya yakin ramai di 
kalangan rakan rakan juga boleh mendapat anugerah 
Tokoh Pekerja......

Bermula dengan peringkat Unit, Jabatan diikuti Syarikat.....
tiada apa yang mustahil....

Hendak seribu daya......

Yang pentingnya buat kerja sebaiknya dan sentiasa 
memohon segala pekerjaaan dan rezeki yang diperolehi 
diberkati dan dirahmati Yang Maha Esa.......



11 comments:

  1. Assalamualaikum Chik Inn,

    Ketika Cik Inn menerima anugerah ini saya berkesempatan menonton berita mengenainya menerusi Buletin Utama.

    Sekalipun ketika itu, saya tidak mengenali Cik Inn secara rapat.

    Namun dengan izin Allah, akhirnya ketika saya menjalani latihan industri di TV3 saya akhirnya bersemuka dengan individu yang satu ketika dulu saya hanya melihat wajahnya menerusi program Majalah 3.

    Setelah itu, saya bukan hanya mengenali Cik Inn tetapi orang-orang yang pernah bertugas bersama Cik Inn.

    Salah seorangnya, Abg Naim, cameraman yang sekarang bertugas dengan Bernama.

    Tina berharap semangat bekerja yang ditunjukkan oleh Cik Inn akan dicontohi terutamanya mereka yang berkecimpung dalam bidang penyiaran.

    Malah Tina sendiri berusaha mencontohinya.

    Caiyok Cik Inn.....


    Ratinawati Rasidi

    ReplyDelete
  2. assalam chik inn
    tahniah...moga kenangan 2003 tu menjadi kenangan indah dlm kehidupan anda sebagai seorang pekerja.diberi penghargaan adalah suatu kenangan terindah dan menjadi enyuntik semangat untuk kita bertekad menjadi seorang pekerja yg lebih tekun lagi.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...Mabrook (Tahniah)

    ReplyDelete
  4. Betul Chik Inn..bekerja biar ikhlas, jangan buat sibuk depan bos saja...setuju sangat. Allah lebih mengetahui niat kita kan?

    ReplyDelete
  5. tahniah... bukti bila kita ikhlas dalam bekerja, buat kerja dengan nawaitu yang baik dan kita akan dapat ganjaran yang baik juga

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum cik inn
    tahniah ye cik inn utk anugerah itu, dan selamat hari pekerja..hehe

    best nye blh Tun M...

    ReplyDelete
  7. Tahniah chik inn..tumpang gembira..mcm sebak pun ada..huhu sy akan jadikan kenangan terindah chik inn ni pemangkin utk sy trus bersemangat menjalankan tugas..=)

    ReplyDelete
  8. Wah.....hebat bebenor personaliti seorang ini.......bersyukurlah dan anda akan lebih diberi nikmat oleh-Nya....

    ReplyDelete
  9. walaupun dah terlewat sesangat, tetap juga nak ucap tahniah. cik inn memang layak menerimanya

    ReplyDelete
  10. tahniah atas tugasan yang diserahkan sehingga berjaya mengungguli anugerah itu..

    ReplyDelete
  11. tak terlewat kan kalau nak ucap tahniah utk Cik Inn...

    bangga TV3 mempunyai warga kerja yg cemerlang cam Cik Inn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...