Ads by nuffnang

Thursday, May 19, 2011

Kembara Cik Semah ke Universal Studio.......

Alhamdulillah kembara saya dan 3 sahabat berjalan lancar 
di Kota Singa.

Semalam sampai rumah kira kira 10.35 malam, dah keletihan 
dan tak sempat nak tulis entri.

Masa di Singapura, perkhidmatan internet memang ada di 
Bed & Breakfast yang kami sewa, tapi sebab dah kepenatan, 
tak larat nak menghadap komputer.

Jika ke Singapura saya menaiki keretapi malam, semalam 
kami menaiki kapalterbang untuk kembali ke Kuala Lumpur 
dari Lapangan Terbang Senai, Johor.

Dua kali "turbulence" berlaku yang membuat penumpang
yang tengah asyik berbual senyap seketika dengan 
"goncangan" pesawat.....

Apa pun Alhamdulillah selamat sampai mengikut waktu di
Subang SkyPark.....

Oh ya, semasa sampai di Stesyen Keretapi Tanjung Pagar, 
rasa sayu aja....maklumlah selepas 30 June 2011, stesyen 
ini akan tutup buat selamanya......

KTM tidak beroperasi lagi di sana sebaliknya penumpang 
akan turun di Pusat Pemeriksaan Keretapi Woodlands.


Koc yang kami naiki ke Singapura
Katil saya bersebelahan dengan Kak Jun
Katil Nikky bertentang dengan katil saya

Stesyen yang dibina pada tahun 1932 itu akan dipulihara
atas faktor sejarah.

KTM telah berjasa kepada jutaan penumpang lebih 70 tahun
lalu yang ingin ke Kota Singa menggunakan perkhidmatannya 
baik untuk tugasan, melawat keluarga dan sahabat handai,
mahupun bercuti sambil membeli  "laici".


Kak Asmah diapit oleh Kak Jun dan Nikky




Sekitar Stesyen Keretapi Tanjong Pagar



Ok saya meneruskan catatan kembara saya.....

Selepas "check in" di Sleepy Sam, dengan penuh semangat,
kami memulakan langkah ke lokasi pertama iaitu Universal 
Studio.

Lazimnya kalau saya bercuti samaada mengikut pakej atau
percutiaan "sempoi", yang bersama saya adalah geng yang
sebaya atau peringkat umur lebih kuranglah.

Tapi kali ini dua ahli rombongan adalah kakak "super duper
senior", staf Media Prima juga.
Kak Asmah Othman ikut umur memang dah pencen, tapi
masih menyambung perkhidmatan di Media Prima dan 
sahabat baiknya Kak Junaidah Md Din pula hampir masuk 
5 series.


Dua sahabat baik di pintu masuk Universal Studio

Tapi mereka berdua ni memang kaki jalan...jauh perjalanan
luas pengalaman.

Kak Asmah tu setakat London, Paris, Amsterdam, Australia,
Korea, Hong Kong dan Timur Tengah, memang dah sampai.

Kerap juga ke Singapura tapi Universal Studio kali pertama.

Bagi Kak Jun mantan Penerbit Hidayah dan kini
menerbitkan Tanyalah Ustazah untuk TV9 juga kerap ke
luar negara dan mengikuti kembara saya kerana nak ke 
Universal Studio......

Seorang lagi ahli yang bersama saya adalah Dr Nik Norma 
atau Nikky sahabat baik/adik angkat saya pensyarah di USM. 

Lokasi paling utama untuk merakamkan photo



Berikutan Hari Wesak pada hari Selasa, seperti Malaysia,
Singapura dan Indonesia juga cuti, justeru pengunjung di 
Universal Studio tu punyalah ramaiiiiii orangggg......

Cuaca pulak memang panas....bergelen gelen lah air yang
diminum pengunjung......
Masing masing dah kehausan......

Mungkin ramai ambil pakej cuti Sabtu hingga Selasa.....maka
untuk menaiki sesuatu ride, pengunjung perlu beratur di
antara 40 minit hingga 1 jam.

Kami hanya dapat menaiki 3 ride sahaja iaitu "The Revenge of
The Mummy', Canopy Flyers dan Madagascar.

Kak Jun dan Nikky yang menaiki The Revenge Of Mummy 
"angin" dengan saya kerana tak sangka 'ride" yang kami
naiki membuatkan tersentak jiwa.

Berikutan Kak Asmah tidak "join The Revenge of Mummy"
kerana kurang senang dengan "ride" mendebarkan , saya 
memujuknya untuk mencuba Canopy Flyers. 
Peminat Shrek......

Termakan juga dengan pujukan saya menyatakan ride
itu "cool" dan kurang debaran maka beraturlah kami lebih
sejam untuk menaiki permainan bagaikan buaian bergerak.

Tiba giliran kumpulan kami, peringkat permulaan memang
buaian bergerak perlahan, tetapi bila naik tinggi dan
mula berpusing.........mak oii.......nampak perlahan tapi 
sebenarnya......laju gila......

Kak Jun rasa kakinya macam nak berlanggar dengan
tiang...manakala Kak Asmah tergaman tak terkata.......
tapi dalam hatinya terus menbaca Ayat Kursi......

Nikky marah dan "angin" sekali lagi dengan saya sebab 
memaklumkan buaian berpusing biasa sebaliknya........

Saya hanya tersenyum dan sesekali tergelak melihat
telatah Kak Jun, Asmah dan Nikky....selepas turun dari
buaian....sungguhpun agak "terkejut dan sedikit suspen" 
tapi yang penting "happy"........

Kalau dua "ride" sebelum ini membuat jiwa sedikit kacau,
seterusnya saya membawa mereka naiki bot ke tema
Madagascar.
Beratur panjang untuk "ride" Madagascar

Bot yang membawa pengunjung menyaksikan animasi Madagascar




Ia diinspirasikan dari filem Madagascar, kisah 4 ekor haiwan
dari Zoo New York yang terdampar di Madagascar.....

Dengan animasi dan visual digital yang menarik, memang
satu "ride" yang menurut Kak Asmah naik 2 kali lagi pun
tak pa.......dibandingkan dengan "ride" sebelum ni.....

Sebelum menaiki bot, telah diberitahu mungkin
pengunjung akan basah, maklumlah naik bot......

Huh nak jadikan kisah...dalam bot yang boleh memuatkan
20 penumpang, nasib saya yang paling "baik" di mana
saya lah yang paling basah terkena air terjun dan air
yang disembur "sang zebra".......

Sebelum ni kenakan rakan rakan, akhirnya terkena 
diri sendiri......ha ha ha......
apa pun kami gembira seharian di Universal
Studio...umur bukan ukuran yang penting satu
"kepala"......

Hajat hati nak naik "BattleStar Galactica Roller Coaster"
yang tinggi dan mendebarkan, saya memang suka
ride "yang menduga jiwa" tapi semua tak nak, maka tak 
dapat saya mencuba di Universal Studio Singapura......
Berlatarbelakangkan Roller Coaster BattleStar Galactica....





Seperti biasa sebelum balik masing masing membeli lah 
cenderamata........


Antara kedai cenderamata yang menarik perhatian pengunjung......

Sampai di tempat penginapan pekena dulu Murtabak
Singapura di Zam Zam Restoren kawasan Arab Street.....

Dah letih seharian dan lapar, kami makan dengan 
seleranya....

Alhamdulillah.......terima kasih Kak Asmah belanja 
makan malam.....

Dengan melangkah perlahan ke tempat penginapan.....
kisah naik "ride" mencabar masih menjadi bualan.....

Esok kita sambung Babak 2......



9 comments:

  1. Arghh
    The globe,
    The smile, the blue bag..
    Sleepy Sam,
    The cargo pants with a loose belt

    Missing those,
    Dearly

    ReplyDelete
  2. sronoknya...su ntah bila akan sampai ke kota singa tu..huhu..

    p/s: nak bgtau, su x guna link lama(http://suzanalelawatty.blogspot.com) tapi dah tukar guna domain sendiri, ni dia link dia ek (http://www.ticesu.com)

    ~tice su@cikgu su~

    ReplyDelete
  3. Bestnyer kembara Cik Semah...Nampak semuanya enjoy jer.

    Universal Studio antara tempat pelancongan yg paling digemari orang Indonesia antaranya Gabenur Padang and family. Org Singapore sendiri berpikir banyak kali nak pergi pasal mahallll. Mknan sana pun mahal, tukaran S$...fuhh. Ate? Lagi lah fikir berpuluh kali, kalo pegi bwk 'ciak miak yg selori' mau merana tk mkn sebulan ;)

    ReplyDelete
  4. Seronoknya kitabelum sampai lagi di sana.

    ReplyDelete
  5. bestnya ....mas pun tak sampai sana lagi...

    ReplyDelete
  6. Kita selisih masa ya chik inn, cuma saya tak sempat ke universal studio tu, bawa pelajar, ramai, tak sanggup tanggung tiket masuk.........Kami pergi balik naik keretapi sewa sekoc tempat tidur.

    ReplyDelete
  7. best nya naik train pi spore... teringat masa kat vietnam... seronok ni chik inn...

    ReplyDelete
  8. saya jugak yang belum pegi universal studio lagi huhuhu

    ReplyDelete
  9. Hahaha! Che Inn, aku google something kat internet tetiba keluar cerita ni dalam blog kau. Haha. Kat Germany takde universal studio Che Inn, too bad.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...