Ads by nuffnang

Wednesday, January 12, 2011

"Dari KK ke KL seterusnya ke KOH SAMUI..."

Alhamdulillah, semalam kami selamat sampai di KLIA kira kira 1.45 petang, lewat kira kira 15 minit daripada waktu yang sepatutnya kerana dimaklumkan ada sedikit masalah sebelum berlepas.....

Sebelum terus balik ke rumah, saya ke Sri Pentas hantar kamera kepada Pembantu Penerbitan saya, Shaiful Hady (tuanpunya blog whatabag.com).

Sampai saja rumah, kemas apa yang patut, terus tidur kerana kepala berdenyut denyut....dan baru rasa keletihan.....

Pagi tadi, rakan rakan di ofis dok tegur muka saya macam udang kena bakar.......

Tak pa lah...janji dapat visual yang diperlukan...

Fieza minta cuti rehat sehari...kesian dia...mungkin masih teringat-ingat kisah nyaris lemas di Sunga Kiulu....

Tugas pagi ini dimulakan dengan mesyuarat penyelarasan program Jejak Rasul 17 siaran Ramadan akan datang....

Sungguhpun puasa bermula awal Ogos, pra produksi perlu dibuat awal dan dijangka krew produksi akan bertolak pertengahan Mac ini....

Temanya masih dalam perbincangan dan penyelidikan......

Selesai mesyuarat Jejak Rasul, seterusnya perbincangan dengan Zainal Ariffin Ismail mengenai program Rona, Home Ideas dan Misteri Nusantara 2011....

Program Home Ideas dan Misteri Nusantara turut di bawah penyelarasan saya manakala  Zainal tu kira "immediate" bos saya.

Kemudian saya prebiu program Rona untuk siaran minggu depan terbitan Ajieb mengenai seorang guru sandaran yang turut menjadi tukang jahit pakaian wanita dan mempunyai gerai menjual baju......

Esok saya akan ke Koh Samui, Thailand untuk menghadiri sesi "brainstorming" program khususnya untuk bulan Ramadan dan Syawal akan datang......






Kiranya, hari ini saya balik rumah kemas baju dan beg dari Kota Kinabalu dan kemudian siapkan pula baju dan beg untuk ke Thailand.....

Kadangkala saya mendapat respon daripada rakan rakan luar mengatakan,

'Eeee....bestnya Chik Inn, dapat jalan ke sana sini".....

Alhamdulillah syukur kerana diberi kepercayaan untuk melakukan tugas di merata lokasi, tetapi hakikat sebenarnya letih tau..... 

Seperti yang saya tuliskan dalam entri terdahulu sebelum ini, kalau dah terlalu letih, minda pun tidak boleh berfikir lebih....

Pernah satu hari, saya nak pergi Klang ke rumah emak, ketika memandu saya bertanya anakbuah saya,

"Heh Nora, kita ni nak ke mana ya,? pemikiran saya seperti "blurr"...

Dia menggeleng kepala, terus menyatakan untuk ke Klang, dan dia sukarela untuk memandu menggantikan saya yang "blurr".....  

Semasa saya menaip entri ini pun mata dah separuh kuyu....

Ok lah, InsyaAllah esok saya akan menulis dari Koh Samui untuk tatapan rakan rakan blogger......

Selamat berehat semua.......

11 comments:

  1. Aslkm anakanda

    Moga anakanda Mazlin diberi terus kekuatan dan kebahagian.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Bila kerja kena selalu angkut beg macam ni, kena pandai2 curi masa untuk rehat. Saya pernah pitam di KLIA kerana terlalu letih, akibat selalu angkut beg sebegini. Pernah juga salah masuk flight sebab kusyuk buat kerja, tak dengar pengumuman tukar gate. Alhamdulillah, bila dah terbiasa dengan situasi terjun terjah dan lompat sana sini...semuanya mampu kita uruskan.

    Apa-apapun, bila ada masa sedikit, pastikan dapat rehat ya.

    ReplyDelete
  3. Salam Chik Inn...membaca entrinya saja dah terasa penat Chik Inn tu, nanti bila di Koh Samui tu, pastikan curi masa untuk berehat ye...Koh Samui tu cantik pantainya....Selamat bertugas....

    ReplyDelete
  4. kak mazlin..
    tak sabar rasanya nak tahu pasal koh samui..
    semoga segalanya baik-baik saja
    (:

    ReplyDelete
  5. kak lin,
    seronok baca entry kak lin berada di merata2 tempat....
    tapi bila ada masa, kak lin pastikan dapat rehat tau...kesihatan kak lin tu lebih penting....
    moga kak lin dan rakan2 dilindungi Allah sentiasa,sebab kerja kak lin sentiasa berdepan dengan macam2 risiko dan cabaran.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya kan ..Yelah..penat2 pun something dapat share with the rest.. Pahala gak tu.. Tak sabar nak tunggu yr N3.

    ReplyDelete
  7. selamat berkerja cik Inn..dan semoga perjalanan & urusan dipermudahkan Allah

    ReplyDelete
  8. kerja tu kerja jugak...kesihatan mesti di jaga tau...

    ReplyDelete
  9. Salam Kak.
    :)

    Moga diberikan kekuatan untuk melaksanakan tugas yang diberikan. Terkejut bila lihat ada pembaca datang dari blog ini & mendapati senarai blog Zara di sini. Terima kasih yang teramat sangat.

    Jejak Rasul antara rancangan wajib tonton pada bulan Ramadhan sejak Jejak Rasul 1. Jangan lupa rehat ya kak?

    Salam.

    ReplyDelete
  10. salam cik Inn,

    ke sana ke mari berjalan manjang.. apa rahsia kekalkan kecergasan... letih tu dah pasti kan... kakyong salute dgn mereka yg selalu kerja outstation ni.. bukan senang nak menten kecerdasan fizikal & minda... ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...