Ads by nuffnang

Tuesday, January 4, 2011

"Hebatnya Orang Arab Saudi membeli belah....."

Sebut saja Arab Saudi, seringkali dikaitkan dengan kota suci Mekah dan Madinah dan ia adalah lokasi jutaan umat Islam setiap tahun mengerjakan Haji mahupun umrah.

Kesempatan untuk membuat pengambaran di Kota Suci itu untuk Jejak Rasul Srikandi tahun lepas meninggalkan pelbagai kenangan yang sukar untuk saya lupakan sepanjang hayat.


Lebih lagi ketika mendaki Jabal Nur untuk menjengah Gua Hira yang menjadi lokasi Rasulullah SAW berkhulwah atau bersendirian sebelum turunnya wahyu....
(kisah pengalaman di Gua Hira, boleh di baca di entri "Tiada lokasi setenang Mekah dan Madinah..."

Penggambaran "moderator"  Ezzah di Jabal Nur


Hari ini saya ingin kongsi sedikit informasi ketika di Jeddah sehari sebelum berangkat pulang ke tanahair.

Berikutan krew Jejak Rasul Srikandi mendapat kerjasama daripada pihak Konsul Tabung Haji Jeddah, kami sungguh bertuah sebab di bawa pusing pusing bandar oleh mereka yang mahir tentang selok belok di Jeddah.


Di Pasar Kurma Madinah bersama Hajah Rahimah

Ditemani isteri Konsul Haji Jeddah, Hajah Rahimah Yusoff, kami di bawa ke satu kawasan yang dikenali sebagai Hindawiyah...

Huh terkejut juga kami di kawasan itu di mana deretan kedai yang bersimpang siur menjual pelbagai barangan mengikut keperluan pembeli.

Kalau kedai mainan kanak kanak, semuanya di kawasan itu jual permainan, kalau untuk pengantin, pelbagai jenis untuk majlis perkahwinan ada di situ.

Barangan kristal, pinggan mangkuk dan macam macam lagi.....

Kami difahamkan, kalau masyarakat Arab di sana membuat majlis perkahwinan, majlis hari kelahiran anak,  memang mereka berbelanja besar....  

Saya tak nak tulis panjang, tapi rakan rakan tenguklah photo yang dirakamkan di sebuah kedai cenderamata barangan kristal yang kerap dikunjungi penduduk tempatan mahupun jemaah daripada luar.

Namun jarang, jemaah Malaysia di bawa ke sini ketika berada di Jeddah....









Ezzah juga teruja di kedai yang menjual pelbagai cendremata ini










Rambang mata melihat pelbagai barangan kristal



Hajah Rahimah menemani kami di hari hari terakhir sebelum kami balik ke KL



Tepuk dada tanya selera.....tapi sebaiknya elakkan pembaziran.........

15 comments:

  1. woww..cantik-cantik lah kristal kat sana
    rambang mata..

    ReplyDelete
  2. Ayuni,
    Memang cantik,tu baru satu kedai....berderet lagi kedai kristal menunggu pembeli..

    Anisa,
    Kalau tenguk macam semua nak beli, tapi beli berpada padalah, sekadar untuk kenangan yang kecil kecil aja udahlah....

    ReplyDelete
  3. Paraboloid,
    Saya bertuah sikit, dapat tenguk dan pegang....

    Nak beli yang besar tak terdayalah, sekadar dua tiga yang kecik untuk kenangan ajalah....

    ReplyDelete
  4. kalau barang cenderahati kita, keychain je la yang mampu beli..huhuh

    ReplyDelete
  5. Nabil,
    Bab cenderahati bukan terletak pada besar atau kecil barang yang hendak di beri, yang penting ingatan dan keikhlasan.

    ReplyDelete
  6. memang cantik-cantik, tentu harganya pun cantik kan..

    ReplyDelete
  7. Salam Mazlin,

    ALHAMDULLILAH saya bukan penggemar emas. So benda2 yg kelihatan kekuningan emas ni kurang menarik minat.

    but mmg nampak cantik lahh..

    ReplyDelete
  8. salam cik inn
    setuju,ikt kemampuan sendiri

    ReplyDelete
  9. salam cik inn
    belum lagi jejak kaki di sana, tengok gambar jer dah rambang mata

    ReplyDelete
  10. Salam Chik Inn - best nyer barangan kristal tu. Sporting ek tokey kedai. Kalau kat Malaysia ni, tak leh lar nak snap snap gambar dalam kedai dia, sure kena perembat, paling tak pun dia orang sebut "No Picture Please" - tak yah masuk kat kedai, kat stall The Curve tu pun akak dah kena... hukhukhuk

    ReplyDelete
  11. Pak Arab kat sana sporting, lebih lagi bila kata nak promote kedai dia, dia offer lagi kalau nak bergambar dengan dia.....

    Memang kat sini,"no picture plese"......

    ReplyDelete
  12. cantik2...kelabu mata tengok..he..he...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...