Ads by nuffnang

Tuesday, January 11, 2011

"KK...Meninggalkan Seribu Memori"

Setelah hampir seminggu bertugas di Sabah, maka hari ini
saya kembali ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah segalanya dapat disempurnakan seperti dirancang.

Di bumi Sabah, selain mendapat rakan rakan baru seperti
Sandra dan Mus, saya merasakan tugasan kali ini merapatkan
lagi silaturahim dengan sahabat sahabat yang tidak bertemu
sekian lama seperti saya katakan semalam Octavius , adik Mus
yang menjadi "guide" saya semasa "white water rafting"
kira kira sepuluh tahun lalu....


Octavius @ Dares Saham Assad
Dan satu lagi pertemuan Jejak Kasih berlaku di antara sahabat
lama saya Tan Mei Ling yang sama sama menuntut ilmu di
Sekolah Menengah Convent Klang......


Jejak Kasih Tan Mei Ling dan saya

Semasa di sekolah menengah dulu, kami mempunyai sebuah
kumpulan dinamakan ET1(sebutannya E T ONE).

Ketika itu filem ET, karya Steven Spielberg menjadi buah mulut
penonton dan menerima sambutan hangat seluruh dunia.


Tema filem itu lebih kepada persahabatan erat seorang
kanak kanak dan makhluk asing, justeru tanda persabahatan
yang sukar dipisahkan maka kami pun menamakan kumpulan,
mengambil sempena nama filem terbabit.




Ada 13 anggota dalam kumpulan kami yang terdiri daripada
Mei Ling, Azwa, Ija, Rosleen, Zurina,Eton, Yati, Ekarani,
Nyum, Nancy,Leeza dan Jayanty..



Saya yang "nakal" ni dilantik sebagai ketua geng lah.....bukan
gangster tau....

Saya rasa rakan rakan semasa zaman persekolahan pun mesti
ada geng geng tersendiri.....??????

Huh pengikut kumpulan kami ini ramai.....dan setiap kali kalau
ada hari Guru lah, Hari Terakhir sekolah ke, kalau ada
persembahan, pastinya kumpulan kami ini ibarat kumpulan
Senario lah, menunjukkan bakat berlakon dan berlawak.

Tak sah kalau kami tak mengambil bahagian....

Setelah tamat tingkatan 5, Mei Ling melanjutkan pelajaran di
Switzerland dalan bidang pengurusan pelancongan dan
perhotelan dan sejak dari itu langsung tidak bertemu lebih
26 tahun......

Mei Ling yang berumahtangga dengan orang Sabah telah
menetap di Kota Kinabalu lebih 11 tahun dan percakapannya
pun dah macamorang Sabah....

Sungguhpun pertemuan kami seketika sahaja, di lapangan
terbang sebelum saya berangkat balik ke Kuala Lumpur,
tetapi pertemuan itu sungguh bermakna sekali.

Tak kering gusi kami mengingatkan kisah kisah zaman
persekolahan dulu....

Fieza, Mei Ling dan Sandra

Ramai pasti bersetuju jika saya katakan ketika zaman persekolahan khususnya ketika sekolah menengah, ia masa
yang sungguh istimewa sekali.....

Sungguhpun zaman persekolahan telah lama di tinggalkan,
ahli ET1 adalah ahli seumur hidup.......(amboi ....macam ahli
kelab pula...)

Beberapa geng ET1 yang lebih 20 tahun yang saya tidak
temui adalah Nyum, Nancy , Leeza dan Jayanty....

Harap satu hari nanti, saya dapat berjumpa rakan rakan geng
kami mahupun rakan rakan penuntut Convent Klang yang lain....

Saat saat terakhir sebelum masuk ke dewan pelepasan.....
Ok bagi Sandra dan Mus, nantikan kemunculan program
RONA -Irama Rentak Kehidupan yang memaparkan kegigihan
anda dalam memperbaiki episod kehidupan menetap di
bandar besar...  

Saya tabik dengan kegigihan kalian berdua bah.......

Terima Kasih, Pak Kassem dan Ijay, krew Sabah yang
sentiasa memberi kerjasama terbaik kepada kami.....

Pak Kassem, jurukamera yang berpengalaman....
Bersama Ejay-Pembantu Pak Kassem

Buat Fieza....detik detik terjatuh ketika "riverrafting" pasti
akan sentiasa segar di dalam memori.....

Selamat Tinggal Kota Kinabalu.......

Selamat Tinggal Pulau Sabi (kawasan belajar menyelam)


Selamat tinggal Pulau Gaya (kediaman Sandra)


InsyaAllah kita jumpa lagi.......


6 comments:

  1. Nak gi situ etek.........bila chik inn nak anjurkan?

    ReplyDelete
  2. Alangkah indahnya sebuah persahabatan bila tidak dibatasi dengan halangan2 yang sengaja dicipta. :)

    ReplyDelete
  3. Seronokkan dapat jumpa member yg lama terpisah ni.. Kitarang last yer buat reunion after 25 years..

    ReplyDelete
  4. salam kakLin..betul tu..mesti terharu kan sebab dah berpuluh tahun kita tak jumpa..tapi No paling suka kawan2 sek rendah sebab masa sek.ren kami semua takde nak malu2 haha..bak kata rakan sek.ren adalah rakan2 paling jujur..tu bg No la hehe..

    ReplyDelete
  5. lain kali boleh datang sabah lagi yaa..
    ^.^

    ReplyDelete
  6. teringat cinta pandang pertama..hahaaaa..cinta monyet!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...