Ads by nuffnang

Monday, January 17, 2011

"Koh Samui menggamit gamit....."

Semalam mendarat di Lapangan Terbang Skypark Subang,
kira kira jam 6 petang....

Terus ke ofis dan check emel ofis yang berlambak,
maklumlah dah beberapa hari tak check emel yang alamat TV3.
Emel untuk FB guna Yahoo dan Gmail, tu boleh terus jawab kat BlackBerry....

Hari ini tak kerja, seperti saya tulis dalam FB, pinggang, lengan,
kaki dan tangan semuanya lenguh....Manakan tidak masa
sukaneka tak ingat dunia dan tak ingat usia dah 4 series...
kononnya masih 3 series.....

Seperti cadangan rakan rakan, gi urut dan spa.....

Memang gi urut, Ekin tukang urut yang memang biasa
dengan saya dok tegur urat dah bersimpul....Tujuh hari di Sabah,
balik sehari lepas tu terus ke Koh Samui....

Rasanya bukan saja bersimpul malah berbelit belit rasanya
urat ni macam "ADAM" belit lengan saya.....

Berbalik kepada "brainstoming" di Koh Samui, pesawat kami
mendarat kira kira kul  2.35 petang waktu tempatan, kul 3.35
waktu Malaysia.


Pesawat Firefly mendarat di Lapangan Terbang Samui dan penumpang
naik pengangkutan yang disediakan untuk ke Dewan Ketibaan
Bersama rakan rakan, muka saya macam udang kena bakar rentetan
dari tugasan di Sabah

Wakil agensi pelancongan menyambut kami di Lapangan Terbang
Dari Lapangan Terbang Samui ke hotel penginapan kami
kira kira 30 minit.

Kami duduk di Impiana Samui Resort dan Spa.....

Tarian selamat datang di lobi Impiana Resort dan Spa

Sampai di lobi resort, kami disambut dengan tarian lemah
gemalai penari gadis Thailand beserta teh limau perisa serai.

Berikutan perut dah keroncong, setelah "check in" di bilik, saya
dan Ezzah Aziz Fawzy terus mencari "coffee house".

Resort ini menawarkan makanan halal, justeru kalau rakan
bloggeringin bercuti ke Samui, bab makan tak perlu risau dan
GM kat sana pun orang Malaysia bernama Judy Mokhtar, baik orangnya..... 


Sekitar Impiana Resort dan Spa



Makan nasi goreng...kami dah lapar.....

Terletak di tepi pantai, dengan pasir memutih dan halus, 
memang lokasi yang menarik dan sentiasa menggamit
pelancong dalam dan luar negara...

Hari pertama, jadual semuanya di Resort dengan amanat
daripada COO TVN, Encik Ahmad Izham Omar diikuti dengan
pembahagian kumpulan.


Amanat daripada Ahmad Izham
Sebelum dibahagikan kepada kumpulan masing masing

Seramai 52 warga Media Prima yang terbabit dalam
"brainstorming"  program Ramadan / Syawal 2011 ini.

Hari kedua masing masing berada dikumpulan yang telah
iaitu 8 kumpulan dengan 4 kumpulan tumpuan kepada
program TV3 manakala 4 kumpulan lagi untuk TV9.


Hari kedua- dengan kumpulan dan tugasan masing masing






Saya berada dalam kelompok program untuk TV9.

Malam hari kedua, selepas makan malam barulah kami di
bawa AJK "brainstorming" ke Pekan Samui...

Bagi sesiapa yang telah sampai ke Phuket mahupun Bali,
keadaannya lebih kurang sama......


Sekitar Chawang Beach Road






Pelbagai jualan barangan 'branded" terutama sekali beg dan t'shirt memang banyak menanti pembelinya...

Pusat refleksologi kaki dan bar memang banyak dan rata
ratanya pelancong di Samui ini "mat salleh dan minah salleh".

Sesekali saja bertembung dengan pelancong Jepun, Korea mahupunTaiwan.....rasanya pelancong Malaysia boleh dikira
dengan tangan.....mungkin sebab bukan musim cuti sekolah.....

Sabtu hari ketiga di bumi Koh Samui, sebelah paginya dipenuhi
dengan sambungan sesi mencurahkan idea dan rumusan
kepada keseluruhan perbincangan.

Hari Ketiga.....





Selesai makan tengahari, rehat sekejap kemudian sesi 
sukaneka "teambuilding" dengan 4 permainan.....yang
membuat segala lutut dan lengan hampir tercabut.....

Sebelah malam nya "BBQ Seafood Dinner" di mana
Lanun Malaya menyerang Samui.....

Macam kat tv ada promo sebelum sesuatu rancangan
disiarkan....jadi saya promo dulu untuk entri esok......
"LANUN MALAYA SERANG SAMUI......"

Tunggu........

3 comments:

  1. wahhhhhh.... bestnyer buat branstorming kat sana.. gempak tu.... (mmrrmmm, garuk kepala... bila plak company saya nak buat kat sana...)

    ReplyDelete
  2. heee saya suka part makann halal senang tu...blh dpikirkan balik ni kalau nak berjalan mesti kena pegi tdo kat impiana

    http://dvillahati.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. wow..dh strt dah program raya n ramadhan 2011...jauh nye gi brainstroming yerr..
    best nye kalo dpt keje cam niii...hehee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...