Ads by nuffnang

Saturday, January 1, 2011

" 1.1.11 TELAH MENJENGAH KITA............"

1 Januari 2011 atau 1.1.11.......

Masuk tahun baru bermakna bertambah setahun lagi umur kita.....

Bila bertambah lagi setahun umur kita, maka bertambah lagilah tahap kesihatan yang perlu diambilkira....

Berbicara tentang kesihatan, tiada siapa dapat membantu untuk menjaga kesihatan sendiri jika bukan diri kita sendiri....

Wang bertimbun yang disimpan di rumah ke, bank ke, petibesi ke, sekali pun tidak berguna jika kesihatan tidak diendahkan atau bila kita kurang sihat....

Petikan emel daripada sahabat baik saya Abby Fana, pengacara dan DJ yang tidak asing lagi, menarik minat saya untuk dikongsikan bersama......

Terima kasih sahabatku Abby......


Bukan semua di dunia ini boleh dibeli dengan wang kerana...dengan wang:

- kita hanya boleh membeli tilam yang empuk, tetapi bukan
   tidur yang nyenyak.




- kita hanya boleh membeli buku, tetapi bukan kebijaksanaan.




- kita hanya boleh membeli makanan, tetapi bukan kepuasan selera.



- kita hanya boleh membeli ubat, tetapi bukan kesihatan.





Dengan wang juga kita mungkin boleh membeli rumah, tetapi bukan kekeluargaan;

 

kita boleh membeli tubuh badan, bukan cinta;




kita boleh membeli perhiasan, bukan kecantikan.



kita boleh membeli pangkat, bukan kehormatan,


kita boleh membeli hiburan, bukan kegembiraan,



kita boleh membeli populariti, bukan kaliber..



dan siapakah yang mampu menafikan bahawa dengan wang,
kita juga mungkin boleh membeli kekuasaan, tetapi tidak kebenaran;
kita mungkin boleh membeli agama, tetapi tidak...keimanan...

Renung dan fikir-fikirkanlah...di hari pertama kita melangkah ke tahun 2011 bersamaan 26 Muharam 1432...

13 comments:

  1. dgn wang kita hanya mendapat kepuasan..tapi bukan ketenangan..

    ReplyDelete
  2. nis suka yang ni "kita boleh membeli tubuh badan, bukan cinta"

    wang menjatuh & menaikkan sesuatu.

    ReplyDelete
  3. Wang bukan segala-galanya...



    Tapi, segala-galanya memerlukan wang.....

    :)

    ReplyDelete
  4. Salam 2011, Sis Sharifah, Cklah & Ayuni,
    Wang bukan segala-galanya, tapi segala galanya memerlukan wang...apapun jangan jadi hamba wang...

    Anisa,
    Sememangnya wang boleh menaikkan seseorang dgn sekelip mata dan dgn sekelip mata juga wang boleh menjatuhkan seseorang....

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang best dari kak lin..thanks kak lin..

    ReplyDelete
  6. salam singgah..
    sgt menusuk kalbu ingatn dlm entry ni... sgt betul... thanx..

    ReplyDelete
  7. Tahun ni nak lebih tumpu kan pada kesihatan lutut...

    ReplyDelete
  8. Jika semua org boleh memahami hakikat yg Chik Inn perkatakan itu dan mengamalkannya maka INSYAALLAH AMAN BAHAGIA DAN SELAMATLAH RAKYAT NEGARA MALAYSIA ini.

    ReplyDelete
  9. Salam Nabil,
    All the best dalam study bagi tahun 2011....

    Miss cloudy,
    Terima kasih mengikuti blog saya...

    Yan,
    Sama sama kita jaga kesihatan dan saling ingat mengingati satu sama lain ya....

    Makngah,
    Betul komen MakNgah...kalau ramai yang mengamalkan perkongsian entri di atas, InsyaAllah kita hidup terus aman harmoni di negara tercinta...Apa pun kita harap tak banyak, dapat sikit diikuti pun dah kira oklah juga.....

    ReplyDelete
  10. As salam cik Inn

    nice write up !

    Salam kenalan ya.. ;)

    ReplyDelete
  11. selamat tahun baru cik Inn,

    kuasa duit tetap tak terlawan kuasa Allah

    duit tidak dapat membeli semuanya, dan jangan jadikan diri kita hamba duit

    ReplyDelete
  12. salam kenal dan selamat tahun baru 2011,
    muga tahun ni lebih baik dari tahun sebelum ni..

    kuasa duit mmg tak mampu terlawan kuasa Allah,
    tapi kalau tak de duit kita tetap bukan sesiapakan..
    bukan kemewahan yang lupa diri..sekadar melengkap kehidupan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...