Ads by nuffnang

Wednesday, January 19, 2011

"Jari kreatif anak siam dan pergelangan tangan yang putus???....."

Ingatkan dah selesai sesi "brainstorming" di Koh Samui dah
tak ada lagi sesi "brainstorming" waktu yang terdekat, tapi
nama naik lagi.....

Hari ini, bertempat di Carcosa Seri Negara, saya dan
beberapa staf Media Prima menghadiri sesi perbincangan
yang ada kaitan dengan cara menangani masalah berkaitan
remaja, kemiskinan,jenayah, pengangkutan awam dan
beberapa topik lain.....

Tapi "brainstorming" hari ini terus fokus kepada
perbincangan, jadi tak adalah sukaneka atau pakaian
beragam....

Kita tinggal saja kisah "brainstorming" dan entri saya nak
sentuh hari ini ada sikit lagi bingkisan dari Koh Samui.

Ada rakan bertanya saya boneka tangan yang putus tu
macamana rupanya?

Peringatan kepada yang melihat......jangan terperanjat ya.....

Ada saya letakkan photo di bawah sekali entri ini....

Ok, rata rata kalau dah ke luar negara pasti akan membeli
cenderamata untuk keluarga mahupun sahabat handai.

Geng geng saya yang ke Samui pun tak kecuali.

Pelbagai sentuhan kreatif masyarakat tempatan dijual
dengan harga berpatutan......

Memanglah mereka letak harga yang agak tinggi, tapi
pembeli perlu bijak tawar menawar hingga setengah
daripada harga asal.

Antara yang menjadi pilihan rakan rakan saya adalah
kraftangan bunga yang diperbuat daripada sabun.


Saiz kecil yang sering menjadi pilihan....

Sabun yang telah diukir tapi belum diwarnakan...

Bagi sesiapa yang pernah bercuti di Thailand, pasti biasa 
melihat kraftangan seperti photo di atas.

Saya dimaklumkan kanak kanak berumur 7 tahun telah
diajar untuk menghasilkan cenderamata terbabit.

Secara tidak langsung ia dapat membantu menambahkan
pendapatan sampingan keluarga mereka.....

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.....apapun
ibubapa tidak boleh mengabaikan pendidikan anak anak
mahupun masa depan mereka......

Bukan saja di Thailand, di mana sekali pun penggunaan
tenaga kanak kanak jangan disalah gunakan... 

======================================

Ok dah bersedia nak tenguk pergelangan tangan 
ditetak lanun......yang menarik perhatian juri malam
terakhir di Samui untuk memilih lanun Chik Inn sebagai
pemenang......

======================================




Nampak macam betul tapi gimik aja tau......

12 comments:

  1. Betul la kata pepatah, alah bisa tegal dek biasa..kalau dah dibiasakan dengan sesuatu,hasilnya memang menakjubkan....

    Ee... ngeri tangan tu...Chik Inn berani pegang? kalau saya dah ca alip but dahh....

    ReplyDelete
  2. Wah seronok la Kak Lin bercuti sambil brainstorming ya..

    baru jumpa blog ni dari Mazidul..

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Fuhhhhhh! nampak macam betul je

    ReplyDelete
  4. ihiks...berdebar gak td sblm view ke bwh!

    ReplyDelete
  5. K.poh,
    Ngeri dan mengejutkan ramai kengkawan...

    Cikgu Nurin,
    Memang kalau dah kanak kanak diajar benda benda seni dan memang depa minat,hasilnya macam bunga sabun di atas lah...

    Anisa,Su dan Anyss..
    Bukan saja menakutkan, tapi ramai juga menjerit kerana pergelangan tangan tu dalam kotak, bila dibuka ia bergerak gerak....

    roserose,
    Terima kasih kerana singgah.....

    ReplyDelete
  6. Paraboloid,
    Tangan plastik yang dibuat macam "real"....tapi boleh bikin kengkawan terperanjatlah juga....

    ReplyDelete
  7. salam
    mmg betul2 real,ngeri...kalau tgk time makan sure tak lalu ...

    ReplyDelete
  8. Salam Mazlin,

    eeeeee.. seram nya tgk tangan putus tu..

    cantik2 kan bunga sabun tu.. I suka yg tak berwarna.

    ReplyDelete
  9. ish..terkejut tgk tangan tu..
    berdebor-debor dada..

    lepas urut dada..okay balik dah..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...