Ads by nuffnang

Tuesday, February 8, 2011

" Siapa nak "Fridge Magnet"?

Pagi tadi saya menghadiri mesyuarat di Kedutaan Besar
Ukraine di Jalan Tun Razak dan Duta Besar Ukraine
yang ditemui memang peramah dan akan cuba
segerakan proses visa dan permit penggambaran
kami.

Cadangan ke sana InsyaAllah pada 27 Mac, tetapi kami
akan ke Moscow dulu pada 14 Mac 2011.

Satu daripada lokasi di Ukraine

Doakan tugasan saya dan rakan rakan untuk program
Jejak Rasul 17 siaran Ramadan ni berjalan lancar....

Sungguhpun lebih sebulan lagi tugasan kami, segala
persiapan perlu dibuat awal terutama daripada segi
tempahan peralatan teknikal, tempahan penerbangan
dan beberapa perkara berkaitan produksi.

Penyelidikan telah dilakukan sejak Disember lagi.

Untuk menghasilkan satu satu program, bukan
saja pihak produksi dan teknikal yang sibuk, mereka
yang dibelakang belakang tabir menguruskan peralatan,
tempahan dan pelbagai lagi tidak terkecuali.

Tentu ramai rakan blogger yang mengumpul "fridge magnet"

Tengahari tadi ketika Zahir Ramli, pembantu penerbitan
saya menghantar borang tempahan teknikal, beberapa
rakan minta Zahir menyampaikan pesan kepada saya.....

"Zahir, beritahu Chik Inn jangan lupa "fridge magnet"
Moscow dan Ukraine tau,"  Rohaidah, sahabat bolajaring
juga eksekutif yang bertanggungjawab menguruskan 
tempahan peralatan teknikal memesan kepada saya.

"Beritahu Chik Inn, 3 set tau," Siti turut berpesan untuk
dirinya juga buat Saga, seorang lagi individu yang
menguruskan peralatan teknikal.

InsyaAllah, saya memang tidak akan lupa ole-ole untuk
rakan-rakan.


Sebahagian daripada koleksi "fridge magnet" saya

Zahir turut memaklumkan kepada saya beberapa rakan
yang berjumpa dengannya turut memesan "fridge magnet"
daripadanya.


Memang tidak dinafikan bila sesiapa pun bertugas atau bercuti ke luar negara, kalau dapat cenderahati memanglah gembira.


Saya pun tak terkecuali...


Tak kiralah apa yang diberi....yang penting ingatan....


Satu masa dulu malah sekarang pun "key chain" antara
pilihan untuk dberikan tanda kenangan,  tetapi trend
sekarang, ramai yang minat mengumpul
"fridge magnet".

Daripada segi harga pun kira oklah dan ia tidak memerlukan
ruang yang besar dan tidak berat.

Ada rakan rakan blogger yang nak "fridge magnet"
dari Moscow atau Ukraine ....???




34 comments:

  1. bestnye kak mazlin dpt pergi merata tempat...

    ehemm..
    jgn lupe key chain utk nis yee
    hehe

    ReplyDelete
  2. Salam mazlin, tice pon nak jugak!

    Sgt teruja nih! hehe...

    Nak gi sana mmg xdpt punyer, hanya dlm kelas je tempat tice...ntah bila peluang dpt jln2 mcm mazlin...huhu...


    ~tice su@cikgu su~

    ReplyDelete
  3. bestnya chik inn asyik jejalan jer :)

    ReplyDelete
  4. Azween,
    InsyaAllah, saya akan beri seperti saya tulis di FB....Bila saya selesai tugasan dan kembali tanahair, saya akan beritahu jadi "siapa cepat dia dapat"....

    Anisa,
    Bila awak jadi wartawan selesai pengajian, InsyaAllah awak juga akan berpeluang bertugas di negara orang....

    ReplyDelete
  5. as salam kak..
    sy pun nk fm..hehe
    smga slmt smapi n slmt kembali ke tnh air..amin

    ReplyDelete
  6. Cikgu Su,
    InsyaAllah, ada rezeki akan sampai juga ke negara luar...tiada apa yang mustahil....

    Echah,
    Memang bila dengar nak gi luar negara best... tapi tanggungjawab yang diamanahkan bukannya ringan....apa pun Alhamdulillah, dapat mempelajari benda baru daripada setiap tugasan...

    ReplyDelete
  7. Shida,
    InsyaAllah akan saya beri FM pada rakan rakan, macam saya beritahu "siapa cepat pasti dapat".

    ReplyDelete
  8. Cik Inn, saya tidak perlukan fridge magnet.

    Saya hanya mendoakan semua kru selamat pergi dan kembali.

    Amin.

    ReplyDelete
  9. salam chik inn...bestnya foto salah satu lokasi d ukraine tu..hebatnya kuasa ALLAH..klau saya tak dapat fm tp dpt gambar diatas sekali tu pon Alhamdullillah...selamat menjlnkan tugas, selamat pergi dan selamat kembali ya...

    ReplyDelete
  10. salam..

    sy pengumpul tegar FM.. tak brpeluang lg pg ke mane2 negara.. juz pesan2 kt kwn2 je..x dpt pg x per la.. tengok jek la kat peti ais pun dah besar hati dah

    hummm malu la nk mntk FM kt chikk inn... wathal teringin nih huhuhu..*kes malu tapi mahu*



    opsss sy silent reader chik inn :)

    ReplyDelete
  11. Semoga Chik Inn dan pasukan selamat pergi dan selamat kembali. :)

    ReplyDelete
  12. Salam akak,Bahulu pun Nak jugak fridge magnet bak kata pepatah" rezeki jgn di tolak" ..hehehehe..
    moga selamat semua nya ..AMIN

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Chik Inn...
    Seronoknyer dapat makan angin sambil bertugas.Semoga semo berjln lancar ye kak.
    Akak,nak satu boleh...?Teringin nak dapat ole2 dari luar,tapi xpenah dapat g..huhu...

    ReplyDelete
  14. mas doakan agar kak lin dan rakan sepasukan selamat pergi dan balik, dilindungi Allah sentiasa.
    cantik la fridge magnet tu...he..he..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Chik Inn , semoga selamat menjalankan tugas kat Ukraine nanti. Tertunggu-tunggu Jejak rasul seterusnya dari TV3.

    ReplyDelete
  16. Saya pun nak..
    Semoga semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete
  17. Nak etek.............nak semua tempat yg Chik Inn pergi........janji tu.

    ReplyDelete
  18. salam Chik Inn... tiada lain selain dari keinginan memiliki fridge magnet dari Ukraine... yeye... saya nak... saya nak... Chik Inn masukkn nama saya dlm list utk ole2 ye... wah manyak syiokkkk ini macam... hahaha...

    ReplyDelete
  19. salam chik inn...

    saya pun nak juga Fridge Magnet tu... :) kalau free pun alhamdulillah, kalau kene bayar pun buleh juga.. hihi... minat sangat kumpul Fridge Magnet ni...

    saya doakan semoga perjalanan cik inn dan kru penerbitan ke sana moga selamat semuanya... insya-allah...

    - Yatie -

    ReplyDelete
  20. kak,
    kakyong dgn muka tak malu nyer... menadah tangan... huhuuu... nak jugak..

    kakyong doakan semoga segala urusan & kerja2 kak & crew2 penerbitan jejak Rasul selamat di sana... Amin

    ReplyDelete
  21. Saya nak gak FM.. kalau ada masa, tayangkan koleksi jam swatch kat blog.
    Thanks kerana sudi berkunjung ke blog.

    ReplyDelete
  22. assalam..cik in...saya nak jugak..tgh kumpul FM ni...beli utk saya ukraine n moscow ye...tqvm...ayat yg xmalu nih..heheh

    ReplyDelete
  23. Salam,
    Selamat menjalankan tugas di negara orang. Saya sangat teruja kalau boleh pergi sama hu hu hu hu ----> memang dah taupun tak boleh ikut kan ;)

    Waktu tu saya juga di sekitar sana, tapi taklah lama2 macam Cik Inn. Saya suka juga FM tetapi tak boleh kumpul sebab ada anak buah yang ramai. Tak sampai hati nak tegah anak buah dari pecahkan semua FM tu, cara terbaik tak payah buat koleksi. namun, kalau saya ke mana2 tempat, tetap beli FM juga, untuk rakan2 yang tegar kumpul FM.

    Apa2pun, selamat pergi dan selamat kembali. Ada rezeki boleh berselisih di tengah laut ya ;)

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum Chik Inn, kalau saya nak juga boleh ke?

    ReplyDelete
  25. semuga selamat pergi dan selamat kembali...suksess segala tugasan..dan hasil yg terbaik...

    ReplyDelete
  26. wow bestnye... selamat pergi dan selamat kembali yang pentingnya...

    ReplyDelete
  27. saya nak! confirm nak..hehe...suke.terima kasih.

    ReplyDelete
  28. Selamat bertugas di rantau lagi Chik Inn..jangan lupa update..nanti rindu...

    *tak tau kenapa tetiba pulak rasa ayuuuu jer baca entri ni...^:)))

    Selamat pergi dan kembali...

    ReplyDelete
  29. Saya pengumpul FM dengan Keychain tapi FM saya letak kat pc jer

    ReplyDelete
  30. hehehe... lagi satu dgn ala-ala tak malunye... nak sampul surat hotel boleh tak Chik Inn, saya ada simpan byk sampul surat hotel (tp dalam negara jelah) cuma takde tempat khas nak letak cantik2... klu ada nak boleh... hehehe... mmg tak malu...

    ReplyDelete
  31. Saya menjual fm overseas berminat bolah melawat instagram saya lagenda_keramat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...