Ads by nuffnang

Tuesday, December 7, 2010

"50 SEN YANG MENYENTAP PERASAAN....."

Entri hari ini masih lagi saya sentuh mengenai kisah di sebalik rancangan Bersamamu.....

Pendek saja akan saya kongsikan, tapi ia sentiasa terkesan di jiwa.

Saya membuat rakaman sekitar tahun 2006, di Batu Pahat, Johor, mengenai seorang ibu yang mempunyai 6 anak, digantung tidak bertali oleh suaminya.

Linda terpaksa bekerja kuat untuk menjaga dan membesarkan anak anaknya.

Satu daripada rakaman membabitkan krew Bersamamu ke sekolah anak sulongnya, Shikin.

Apa yang hendak saya kongsikan bukan kisah Linda (insyaAllah utk entri akan datang) tetapi tentang seorang pelajar di sekolah Shikin menimba ilmu.

Seorang kanak kanak perempuan berusia sekitar sepuluh atau sebelas tahun kalau tidak silap, menghampiri saya lantas bertanya....

"Assalamualaikum Makcik...makcik buat Bersamamu kan?

Saya tersenyum dan menggangguk.....

"Makcik selalunya kalau orang nak derma untuk Bersamamu macamana ya?"

"Ooo kita ada tabung khas, jadi kita akan masukkan dalam tabung dan bila dah banyak terkumpul, kita kira dan nanti kita berilah pada keluarga Bersamamu", saya menerangkan dengan ringkas.

"OO macam tu....Makcik sesiapa pun boleh derma kan?", dia bertanya lagi.

"Boleh dik....."

"Saya ada 50 sen boleh tak makcik masukkan dalam tabung Bersamamu, saya memang nak derma tapi tak tahu macamana", luahan ikhlas kanak kanak perempuan itu merenung tepat ke mata saya.

Bagai disambar petir perasaan terharu dan sebak saya mendengar keikhlasan pelajar itu...sama sekali saya tidak menduga dia akan menghulurkan wang sagunya untuk tabung Bersamamu.....

"Nanti kalau awak beri 50 sen, awak tak ada duit untuk beli makanan waktu rehat ", dalam keadaan sebak saya berkata sambil memegang bahu si gadis kecil itu 

"Tak pa makcik, saya boleh makan roti yang dibawa dari rumah", dia menjawab dan terus menghulurkan 50 sen yang dikeluarkan dari koceknya dan menyerahkan kepada saya.

MasyaAllah....

Sungguh mulia hati si gadis kecil itu, nilai 50 sen, mungkin kecil bagi kita orang dewasa, bagi kanak kanak sekolah di luar bandar, 50 sen besar nilainya..... moga rezekinya dilimpahi Illahi....

Kadangkala terdapat individu yang menderma beratus malah beribu ringgit, adakah menderma kerana keikhlasan atau menderma kerana nama.....????

Hanya individu terbabit saja yang mengetahui niat masing masing....

Laluilah hari kita dengan meluangkan masa dan tenaga membantu orang lain......

Dan jangan biarkan hari kita berlalu tanpa doa kesyukuran terhadap apa yang kita terima, walaupun apa yang kita terima itu terlalu kecil buat diri kita.


Doa yang paling baik adalah mensyukuri rahmat yang diterima....

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatNYA....


Moga dengan kehadiran Maal Hijrah ini membuka lebaran baru buat kita semua dan moga  kita semua sentiasa dalam peliharaan Yang Maha Besar.....

15 comments:

  1. huhu.. sgt2 touching.. sy sgt2 kagum ngn kanak2 tu.. even duit hanye ade 50 sen,die sanggup dermakan demi org laen yg mungkin lagi susah.. same2 la kite contohi kanak2 tu. =)

    ReplyDelete
  2. mengalir air mata saya..
    alhamdulillah..sungguh mulia hati anak kecil itu..
    semoga Allah merahmatinya..

    like my Ammar (my 3rd child)
    kalau kita gi bayar kat mana2 kaunter kat pasaraya.. jgn le nampak tabung kat situ..
    kalau ada 10 kaunter kita pergi.. 10 tabung tu lah yg nak diisinya.. tak dapat seringgit.. dapat sen2 pun jadilah..
    mesti dia nak bubuhnya..

    ReplyDelete
  3. Mulia hati anak kecil tuh, Semoga Allah merahmatinya dan memurahkan rezeki dia dan keluarganya. Tv juga memainkan peranan untuk mengajar orang ramai samada kanak-kanak mahupun dewasa supaya supaya berasa simpati pada orang yang kurang bernasib baik.

    ReplyDelete
  4. chik Inn,sebaknya bila kita baca entri kali ni...
    semoga Allah melimpahkan rahmatnya buat anak itu.

    buat semua,bulan ni bulan muharram,bulan yang sungguh indah buat kita panjangkan sedeqah kita..terutama pada kaum keluarga di hari asyura nanti..

    ReplyDelete
  5. salam cik inn..alhamdulillah berkat didikan yg sempurna dari kedua orang tuanya pelajar tersebut dapat menghayati rancangan bersamamu n dgn keikhlasannya menderma w/p hanya 50 sen...moga2 amalan suka menderma ni akan menjadi amalam biasa baginya nanti.

    ReplyDelete
  6. terharu nye dengan keikhlasan budak tu..rasa malu dengan diri sendiri..kekadabg nak derma 5rm pon pk dua kali. astaghfrullah...

    ReplyDelete
  7. nilai yg kecil tetap besar di sisi Allah, yg penting keikhlasan.. tp ramai yg masih teragak2 untuk bersedekah. Jgn takut bersedekah sbb miskin dan jgn takut miskin sbb bersedekah..perkongsian yg sgt bermakna cik inn.

    ReplyDelete
  8. Betul tulisan Nik Fauziah, nilai kecil tapi besar di sisi Allah....Kita tidak perlu takut bersedekah...

    Ramai di kalangan kita yang kadangkala teragak agak untuk menghulurkan sumbangan seperti yang dikongsikan Are You...tapi insyaAllah kita perbaiki diri dari semasa ke semasa, hulurkan sumbangan, biar pun sedikit tapi yang penting ikhlas...

    Ya makcik, ibubapa memainkan peranan dalam pembentukan diri anak anak kerana mereka bagaikan kain putih.Kita yang mencorakkannya.

    Tahniah pada PutuBambu, Ammar telah menunjukkan sifat keprihatinan dan ringan tangan untuk menghulurkan sumbangan, teruskan usaha murni cahayamata ketiga awak tu...

    Ya Nieaz, TV sebagai medium untuk menyampaikan info di mana yang baik di jadikan teladan....Sebaiknya bila kita menonton dengan anak anak, kita terus memberi penerangan kepada mereka agar lebih dekat di hati terutama mengenai nilai nilai kemanusiaan.

    Sungguhpun hanya kanak kanak, tapi sifat keikhlasan gadis kecil itu patut dicontohi seperti pandangan Seindah Bicara....

    Anymz, terima kasih atas ingatan Hari Asyura yang akan datang tidak lama lagi.
    Hulurkan tangan, ringankan beban.....

    ReplyDelete
  9. teringat masa hampir melahirkan anak sulung, mama betul2 kesempitan masa tu, sampai nak belanja kat ofis pun habis semua syiling2 yg selama ni bersepah, mama kutip :(

    ReplyDelete
  10. Tahniah pada adik tu...tu lah kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya kan??? Terharu saya...
    Kata orang biarlah tangan kanan memberi tangan kiri tak tau tu kan lebih afdal...

    ReplyDelete
  11. ya ALLAH..mmg terkedu, sebak serta terharu baca n3 ni kakLin..betulah kata kakLin..mmg menyentuh perasaan No..semoga ALLAH SWT melimpahi rahmat kpd anak tersebut..amin

    ReplyDelete
  12. Betul-betul mnyentuh perasaan, kisah kanak-kanak ni.Dari kecik, dah ada sikap murni seorang manusia.

    Betul Chik Inn, Nilai derma taklah penting mana, kalau nak dibandingkan ngan keikhlasan penderma itu sendiri. Biar 10 sen, janji ikhlas.

    ReplyDelete
  13. salam, saya doakan agar anak kecil itu sentiasa dmurahkan rezeki,..... InsyaALLAH

    ReplyDelete
  14. saya berharap... anak saya nanti jugak berhati mulia seperti kanak2 itu...

    ReplyDelete
  15. Itulah keikhlasan yang TULUS yang dapat kita selami dalam diri kanak-kanak tersebut.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...