Ads by nuffnang

Thursday, December 23, 2010

"Jari Jemari Sentuhan Kreatif...."


Saya terpanggil untuk berkongsi emel yang dikirimkan sahabat saya Shahnun Hanif Suhaimi yang memang gemar meng"forward" pelbagai emel kepada rakan rakan di Primeworks Studio hinggakan penuh "mailbox" kami.

Emel "Really...Really..Incredible....." mengisahkan seorang insan bernama Eric yang dikurniakan kelebihan untuk menghasilkan karya sentuhan kreatifnya di dinding dinding bangunan dibantu isterinya Kathy sebagai Pengurus Projek....

Lazimnya Eric sendiri membuat penyelidikan, lakaran, melukis dan cat sendiri rekaan mengikut persetujuan pelanggan.

Mungkin ada rakan rakan yang telah melihat sentuhan Eric, bagi yang belum, hayati photo photo di bawah ini.

Bangunan Kolej Perubatan yang belum diberi sentuhan Eric...
           
Eric mengecat bangunan mengikut lakaran asal


Bangunan Kolej Perubatan bertukar wajah hasil sentuhan Eric...
Memang sukar untuk dipercayai bangunan yang telah dilukis kelihatan seperti 2 dimensi.

Dinding yang kelihatan kosong di Bucyrus,Ohio



Siapa sangka dinding di pinggir jalan berubah bagaikan sebuah lokasi membeli belah yang indah dengan tempat berekreasi sekali....



Pusat membeli belah Niagara, NY (sebelum sentuhan Eric)
Selepas sentuhan Eric

Cuba perhatikan dengan lebih dekat lagi hasil sentuhan Eric, ia memerlukan skil dan kesabaran yang tinggi.....


Mungkin burung yang berterbangan juga terperdaya dengan lukisan terbabit lantas terlanggar lukisan......

Kes naya lah Sang Burung.....

Dinding kosong
Selain menghasilkan lukisan di luar bangunan, Eric turut menyumbangkan tenaga untuk menghasilkan lukisan di dalam bangunan mengikut kehendak pelanggan.

Jika tak perasan, mahu terlanggar dinding....kerana ingatkan ada lorong lain...
Begitu teliti hasil sentuhan Eric

Sesungguhnya setiap insan yang dilahirkan di dunia ini mempunyai kelebihan dan kebolehan masing masing......

Jaga dengan baik sifat peribadi itu dan reputasi itu akan muncul dengan sendirinya......

17 comments:

  1. uish kagum nye dengan bakat eric ni...outstanding..

    ReplyDelete
  2. salam..kak lin..
    kreatif sungguh eric tu
    seolah-olah hidup...ayu pun terpegun..

    ReplyDelete
  3. memang kreatif.....saya pun byk dpt email gambar2 cam gini

    ReplyDelete
  4. Anugerah Allah kepada mereka yang terpilih....

    Jika ada kelebihan kita kongsikan untuk dimaanfaatkan bersama....

    Pada menconteng di dinding, di lif, di bangunan atau di tandas ikut cara Eric mencantikkan keadaan...lebih baik...

    ReplyDelete
  5. Hebatnya kurniaan Ilahi kepada lelaki ini... SubhanAllah.

    ReplyDelete
  6. Betul tu, bakat semulajadi pada setiap insan adalah kurnian dari Allah SWT.Jadi peliharailah dia ngan baik, kejalan yang diredhai. Semoga bakat itu satu masa nanti dapat memberi manafaat pada orang lain.

    ReplyDelete
  7. kretif dan berbakatnya Eric, begitu mengagumkan.. gambar yang hidup ,memang terpegun melihatnya

    ReplyDelete
  8. ALLAHU AKHBAR...bakat yang ALLAH SWT kurniakan pada eric untuk santapan kita..

    ReplyDelete
  9. subhanallah....halus betul hasil tangan eric ni...memang mas kagumm...

    ReplyDelete
  10. cantik sungguh, terpesona, dan terpegun saya. Chik Inn kalau berpeluang jumpa dia, tolong bagitahu dia, saya offer dinding rumah saya untuk dia lukis. tkasih Chik Inn.

    ReplyDelete
  11. salam cik inn..wow, sungguh kagum dgn hasil seni eric ni..kalau sekali pandang akan terlanggar dinding tu sebab ingatkan ada laluan lain hehe..sungguh cantik dan kagum sekali..

    ReplyDelete
  12. ish..ish..subhanallah...! cantiknya lukisan tu..

    pandai betul dia lukis..

    kita nak lukis gambor orang pun tah hape2 yang jadik.

    ReplyDelete
  13. cantik sungguh nampak hidup lukisan tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...