Ads by nuffnang

Monday, December 27, 2010

'MALAM NI BOLEH TIDUR NYENYAK..."

Alhamdulillah, sesi prebiu petang tadi dengan bos besar PWS berjalan lancar.

Episod satu dan dua program RONA..Rentak Irama Kehidupan.....lulus untuk tayangan tanpa sebarang potongan...(huh macam filem pulak..)

Di bawah ini adalah logo program tersebut......



Elemen bulat begitu besar, sebab bumi berputar dan luas untuk individu mencari rezeki...

Huruf "O" seperti ada titisan peluh kerana penat kerja tapi diteruskan kerana ia terus berpusing maka terus berusaha...

Bagi rakan  yang baru membaca entri ini, mungkin tertanya apa yang saya tulis ini....sebenarnya ia adalah kesinambungan kepada entri semalam.

Program baru di TV9 terbitan PWS, memaparkan insan yang melakukan beberapa kerja "halal" untuk menambah pendapatan.

Maklumlah hidup di bandar besar.....kalau berusaha lebih pasti akan dapat rezeki lebih....

Kalau tak berusaha, "habuk pun tarak"....Rezeki tidak datang bergolek.....

Semalam saya sampai rumah dari ofis setelah memantau visual Episod 1 dan Episod 2,  hampir pukul 12 tengahmalam.

Dah balik, tak boleh nak  tidur pulak sebab risau beberapa visual tak selesai dikemaskinikan....dan staf saya kelihatan mengantuk semasa saya tinggallkan mereka di bilik suntingan....


Saya pun menghadap komputer dan singgahlah ke beberapa blog rakan rakan....dan membaca catatan rakan rakan yang semuanya hebat hebat belaka.

Kira kira jam 3 pagi,  Izat penolong penerbit/wartawan yang dipertanggungjawab untuk menerbitkan episod 2  menghantar mesej mengatakan segala suntingan telah selesai.....

Huh.... leganya....kul 3.30 pagi baru tidur....

Inilah sebahagian daripada cara kerja kami di dunia penyiaran.......Selagi tak selesai memang merisaukan....dan kekadang tak boleh lelapkan mata... 

Terima kasih pada Mak Ngah kerana memberikan cadangan
mengenai pasangan di Shah Alam yang bekerja keras untuk
menampung kehidupan sungguhpun mereka OKU.

Bagi sesiapa yang ada cadangan individu yang difikirkan sesuai, bolehlah memaklumkan kepada saya ya.....Kriteria ada saya catatkan dalam entri semalam.....

Terima kasih rakan rakan.....

Nak tidur awal hari ini......

10 comments:

  1. Betul tu Cik Inn...selagi tak selesai apa yang dipertanggungjawabkan,kepala dok memikir aje...oklah...selamat beristirehat...semoga rancangan ini akan dapat rating yang tinggi macam rancangan bersamamu....tahniah Cik Inn

    ReplyDelete
  2. MESTI TONTON NIII..CAM BEST....GD NITE...

    ReplyDelete
  3. tidurlah wahai cik Inn..

    pejamkan mata, tidurlah dengan lena

    semoga RONA sukses

    ReplyDelete
  4. tidur dgn nyenyak yaa..

    sangat suka ayat pada entri kak mazlin ni:


    Kalau tak berusaha, "habuk pun tarak"....Rezeki tidak datang bergolek...

    ReplyDelete
  5. Andai tiada sebarang halangan, rancangan ini pasti akan jadi tontonan.

    Selamat berehat Chik Inn sebelum bangun untuk menyambung lagi tugasan yang tak pernah selesai. Jangan lupa jaga kesihatan. :)

    ReplyDelete
  6. Syukurlah , kerja Chik Inn dah selesai. Tahun depan, bolehlah tengok rancangan ni.

    Selamat merehatkan diri dan minda.

    ReplyDelete
  7. Chik Inn, tak sabar nak tengok.. pasti memberi keinsafan.. kengkadang kita manusia selalu lupa bila diuji.. kita lupa sebenarnya, ada orang lain yang Allah uji lagi hebat dari kita...

    ReplyDelete
  8. tahniah dan syukur kerja kakLin dah selesai..

    No juga nak ucap jutaan terima kasih kerana atas usaha kakLin serta warga kerja untuk menghasilkan yang terbaik buat kami..terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  9. chik inn, tahniah atas kelahiran rancangan baru..moga2 dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  10. Cikgu Nurin,Nik Fauziah, Paraboloid,Nor....
    InsyaAllah RONA akan cuba dapat rating yang baik....Untuk rating terlalu tinggi satu cabaran juga buat krew produksi kerana saingan pelbagai program di waktu perdana begitu sengit...apapun kami cuba..

    Cik Ina, Kak Cik, Anisa,Ibuintan
    Alhamdulillah semalam dapat tidur nyenyak dan rehat yang cukup...Sama samalah kita ingat mengingati antara satu sama lain mengenai kesihatan...

    Mas,
    Pendekatan program ini bertujuan memberi individu merenung pada diri sendiri bahawa kalau nak "xtra income" perlu gigih berusaha....ia lebih kepada visual "fast cut"....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...