Ads by nuffnang

Thursday, December 30, 2010

"Siapa Physical Movers????"

Program Potret Terbilang  tahun 2007, turut menjadikan Copenhagen ibu negara Denmark  terletak di kalangan negara-negara Scandinavia, sebagai destinasi penggambaran.



Saya dan krew ke kediaman Aida Redza, seorang penari kontemporari terkenal di Eropah.

Kediamannya yang terletak di tengah bandar Copenhagen mudah untuk saya jejaki.

Ketika kami tiba ramai tetamunya dari kalangan rakyat Malaysia yang menetap di negara itu mengunjungi Aida, lebih lagi mengetahui  kedatangan krew TV3 dari Malaysia.

Aida telah menetap lebih 6 tahun (kini hampir 10 tahun) bersama anaknya Marjan dan suaminya keturunan Danish.


Saya dan Marjan
Menurut Aida, sekali sekala masyarakat Melayu berkumpul di rumahnya untuk mengeratkan silaturahim serta melepaskan rindu kepada suasana di Malaysia.

Krew bergambar dengan warga Malaysia yang menetap di Denmark

Di Copenhagen, Islam antara agama terbesar menyebabkan tidak sukar bagi mereka untuk mendapatkan makanan halal.

Aida bekerja sebagai penari professional  iaitu penari kontemporari dan telah banyak membuat pertunjukkan di serata Eropah.

Tariannya gabungan antara rentak tari dan lakunan dianggap unik dikenali masyarakat Eropah sebagai ‘physical movers’.

Tarian yang masih belum begitu dikenali di negara Asia terutamanya di tanahair menyebabkan Aida memilih Denmark untuk terus berkarya.

Cara persembahan Aida memang unik.

Adakalanya dia bersendirian di atas pentas mahupun ruang terbuka menyampaikan karyanya dengan durasi di antara setengah jam hingga kadangkala 2 jam.

Masyarakat di Barat sememangnya memandang tinggi bakat seni dan persembahan unik karya Aida dan dia antara "Physical Movers" disegani di Denmark.

Anak Melayu berasal dari Pulau Mutiara itu sememangnya menaikkan nama Malaysia dengan cara tersendiri.

Persembahan unik mempunyai makna tersendiri

Kami turut di bawa ke tepi pantai dan Aida menunjukkan kami persembahan yang ternyata memerlukan tenaga dan daya kreativiti yang tinggi.



Persembahan bertemakan "bebaskan aku..."


Lazimnya persembahan "Physical Movers" tiada katabual, tapi lebih kepada penggunaan musik , rentak tari , "body language"  dan "props" yang membawa seribu satu makna.

Aida memang seorang artis hebat kerana persembahannnya memerlukan stamina yang banyak.......

Selesai latihan persembahannya, kami di bawa ke bandar Copenhagen yang terletak di jauh dari rumah Aida. 


Suami Aida yang paling tinggi

Denmark dikategorikan sebagai negara paling sesuai didiami di dunia berbanding negara Eropah lain.

Berhampiran pintu masuk Tivoli

Walaupun taraf dan kos hidup tinggi namun harga rumah dan barangan keperluan lain jauh lebih murah berbanding di London dan Paris.

Lazimnya ketika cuti, suaminya membawa Aida dan Marjan ke Taman Tivoli iaitu sebuah taman tema yang tertua di dunia.

Dibuka pada Ogos 1843, idea asal Georg Carstensen untuk masyarakat Denmark yang telah letih berpolitik dan berperang.

Antara tarikan Taman Tema Tivoli

Asalnya taman itu menyediakan beberapa tarikan antaranya bangunan peradaban Timur yang dibina secara imaginasi, pertunjukkan muzik, panggung teater, restoran, taman bunga dan beberapa permainan kanak-kanak seperti kuda pusing dan keretapi.


Beratur panjang untuk menikmati debaran Roller Coaster ini...

Kini ia terkenal dengan pelbagai permainan teknologi baru antaranya permainan ‘roller coaster’.

Rutsjebanen atau dipanggil landasan berbukit adalah permainan jenis ‘roller coaster’ diperbuat daripada kayu diperbuat pada tahun 1914 iaitu paling awal di dunia.

 Saya "part time" menjadi pengawal keselamatan di Taman Tema Tivoli
Masyarakat di Copenhagen mendakwa Walt Disney mendapat idea dari Taman Tivoli untuk membina Taman Tema Disney.

Taman Bunga ini sebenarnya bekas kubur lama yang dijaga rapi

Aida berharap satu hari nanti akan lahir ramai "Physical Movers" yang terdiri daripada anak Malaysia....

Bagi Aida, sungguhpun hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baiklah negara sendiri.....

Dia kerap juga pulang ke tanahair berjumpa keluarga terutama sekali anak perempuan tunggalnya daripada perkahwinan pertama......

Selamat Maju Jaya Aida.....

12 comments:

  1. teruja ana mendengar mengenai copenhagen bilalah agaknya dpt ke sana

    physical mover pertama kali dengar masih kabur

    ReplyDelete
  2. menarik..tak sangka aida yang berdarah melayu islam merupakan penari terkenal di situ.

    bestnya dapat pergi negara orang..dapat merasa cuaca & suasana serta dapat menimba pengalaman.

    best (:

    ReplyDelete
  3. Membaca cerita cerita Chik Inn baru tahu,ramai rupanya anak Malaysia yang berjaya mengangkat nama Malaysia di mata dunia.....Tahniah buat mereka, tahniah juga untuk Chikk Inn...:))

    ReplyDelete
  4. menarik...kat Malaysia ni tak pernah dengar pasal penari physical mover niii...
    kenape program potret terbilang ni dah xder? best program ni...rindu gak potret kejayaan...

    ReplyDelete
  5. Sungguh menarik cerita ni...saya lum sampai lagi sana...dh dekat dgn dh dgn Finland ni..InsyaAllah 1 day nanti kena pergi juga ni...:)

    ReplyDelete
  6. pertama kali dengar tentang physical mover ni.. nampak menarik

    tempat2 pun menarik dan cantik

    ReplyDelete
  7. No tak boleh bayangkan macam mana tarian tu ek..nampaknya kena cari dalam youTube nih kan kakLin..

    ReplyDelete
  8. Salam kenal..

    creative nya. Kalau kat m'sia ada ke org appreciate? Susah kan..

    ReplyDelete
  9. Catatan perjalanan yang menerujakan. Bertuahnya menjadi Mazlin Nordin...

    ReplyDelete
  10. Ana,
    InsyaAllah kalau ditakdirkan kita sampai, pasti Ana juga akan ke Denmark...

    Anisa,
    Aida sememangnya seorang wanita yang berbakat.....Tak kan hilang Melayu di dunia..

    Cikgu Nurin,
    Ramai lagi rakyat Malaysia yang mencipta nama di luar negara, tetapi tidak diketahui umum....Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya....

    Paraboloid,
    Potret Terbilang diterbitkan khas sempena 50 tahun Kemerdekaan Malaysia manakala Potret Terbilang adalah program tajaan BCB (kini CIMB).InsyaAllah akan datang akan kembali lagi di kaca tv.

    Nieza,
    Kalau ke sana mesti singgah Taman Tema Tivoli tau...

    Ibuintan,
    Memang kat tanahair persembahan yang dilakukan Aida masih asing...

    Sharifah Nor,
    Terima kasih mengikuti blog saya..

    NorHafiza,
    Awak boleh cari kat Youtube...ada beberapa petikan daripada persembahan Aida di situ...

    Yan,
    Salam perkenalan. Masyarakat kita mungkin sukar untuk menerima cara persembahan Physical Movers macam Aida....

    Cklah,
    Setiap insan yang dilahirkan memang bertuah....Catatan perjalanan saya sebahagian daripada tugasan saya...

    ReplyDelete
  11. selAMAT Tahun baru 2011 kak lin .. =D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...