Ads by nuffnang

Saturday, December 4, 2010

"Tiada Lokasi Setenang Mekah dan Madinah..."



Tugasan pertama Jejak Rasul Srikandi membabitkan Syria dan Mesir mengambil masa selama 21 hari.

Tugasan kedua bersambung di Arab Saudi selama 16 hari bermula 13 Mei 2010.

Penerbangan kami MH 150 berlepas jam 3.30 petang dari KLIA.

Setelah menghadapi pelbagai masalah yang membabitkan visa dan permit penggambaran, akhirnya dapat juga kami menyambung tugasan di sana.

Seperti entri saya semalam mengenai sifat dan sikap segelintir masyarakat Arab yang merasa mereka sahaja yang terbaik, membuat segala perancangan kami dirombak beberapa kali.

Apapun kami redha, dan mengetahui setiap apa yang berlaku ada HIKMAH tersendiri.

Semestinya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umatNYA.

Dengan kerjasama Tabung Haji  Malaysia, sepanjang kami di bumi penuh barakah Mekah, Madinah dan Jeddah, segala penginapan dan pengangkutan dibantu sepenuhnya pihak Tabung Haji.

Mesyuarat di Komplek Tabung Haji Jeddah
Hj Khaled Nordin yang bertalileher merah
Hari pertama kami di Jeddah, satu mesyuarat bersama staf Tabung Haji Jeddah di ketuai Haji Khaled Nordin selaku Konsul Haji diadakan, untuk menyelaraskan segala pergerakan dan tugasan kami.

Ribuan terima kasih kepadaTabung Haji Malaysia.

Sebelum meneruskan tugasan di Mekah, kami melakukan penggambaran di Universiti Effat, Jeddah, universiti pertama di Arab Saudi untuk pelajar pelajar wanita dalam dan luar negara.

Temuramah dengan Puteri Lolouwah
Bersama Puteri Lolouwah
Kami sempat menemuramah Puteri Lolouwah King Faisal, selaku penaung universtiti yang di asaskan oleh bondanya.

Tiga hari di Jeddah, kami memasuki kota suci Mekah dan terus melakukan Umrah terlebih dahulu.

Sebelah petang, tatkala keadaan cuaca dan suhu tidak begitu panas,(dalam 43 darjah celsius) kami ke Hudaibiyah.


Kenderaan serba selesa.....
Sukar untuk kami gambarkan bagaimana, satu masa dahulu Srikandi Islam yang membantu menyebarkan Islam bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain..

Jika kami di dalam kenderaan yang serba moden, lenguh duduk terlalu lama, mereka hanya menggunakan unta sebagai pengangkutan di padang pasir yang serba gersang.

Semangat Srikandi seperti Saidatina Khadijah, Fatimah Al Zahra, Asma Abu Bakar, Ummu Salamah terlalu jauh jurangya dengan kami.

Justeru bagi kami, dapat secubit pengalaman daripada kisah hidup mereka pun sudah begitu besar maknanya.

Cabaran yang kami hadapi sepanjang penggambaran Jejak Rasul Srikandi ini tidak melemahkan semangat kami.

Ribut pasir, angin bertiup kencang, suhu panas mencecah 50 darjah celsius dilalui dengan tenang.

Alhamdulillah......segalanya dipermudahkan Yang Maha Besar.

Kami berpeluang merakamkan ibadah saie untuk dikaitkan dengan kisah dan pengorbanan Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim AS, ibu kepada Nabi Ismail AS beserta solat di hadapan Kaabah.

Kami juga ke Mina, Padang Arafah, juga Mudzalifah untuk menambah visual.

 Kami turut ke Gua Tsur, tempat persembunyian Rasulullah SAW bersama sahabat karibnya Saidina Abu Bakar Al Siddik, tetapi hanya setengah pendakian kerana ingin menyimpan tenaga untuk pendakian di Gua Hira keesokannya.
Rakaman moderator di kaki Gua Tsur

20 Mei 2010...

Di Jabal Nur terletaknya Gua Hira, gua yang menjadi saksi lokasi Rasulullah SAW berkhulwah atau bersendirian sebelum turunnya wahyu..


Jabal Nur

Krew Jejak Rasul Srikandi tidak terkecuali ingin melihat lebih dekat Gua Hira sungguhpun perlu mendaki Jabal Nur yang mempunyai ketinggian dua ribu kaki.
Permulaan pendakian

Kami tidak menafikan bahawa masing-masing tidak mempunyai stamina yang kuat dan lebih lagi bagi saya yang mengalami kecederaan lutut.

Namun tatkala kami bermuhasabah diri, terasa begitu malu dengan kekuatan dan kudrat Saidatina Khadijah.

Ketika itu, beliau berusia 52 tahun, gagah mendaki Jabal Nur yang curam dengan  laluan permukaan tidak sekata di bandingkan dengan sekarang, justeru kami tanam azam untuk sampai juga ke Gua Hira.


 
Memang sukar untuk kami bayangkan semangat yang ada pada Saidatina Khadijah yang dikatakan saban hari mendaki Gua Hira untuk menghantar makanan untuk suami tercinta.

Kagum dengan kudrat wanita yang dijanjikan sebuah mahligai di syurga oleh Allah swt, kami menguatkan semangat walaupun bertemankan tongkat, untuk terus mendaki dan merasai pengalaman Srikandi At Thahirah itu.


Sayu sayu di bawah kelihatan pendaki mendaki Jabal Nur
 Sayup sayup kelihatan pendaki daripada pelbagai bangsa terus gigih mendaki.

Sebelum naik ke bahagian kedua untuk sampai ke Gua Hira, kami berhenti seketika untuk menyambung penggambaran.

Hampir tiga jam mendaki, akhirnya sampailah kami di puncak Jabal Nur.

Kira-kira lima meter dari puncak, kami perlu menuruni laluan yang curam untuk masuk ke Gua Hira.

Penggambaran di pertengahan pendakian

Titisan airmata membasahi pintu gua, kerana Syukur kehadrat Illahi, akhirnya sampai juga krew Jejak Rasul Srikandi  ke Gua Hira.

Titisan air mata juga tanda kagum dengan semangat Saidatina Khadijah menemani Rasulullah di Gua Hira yang penuh sejarah ini.
Rakaman pengacaraan Ezzah di Jabal Nur

MasyaAllah, hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan saya dan rakan rakan ketika itu di Gua Hira.
Di pintu masuk Gua Hira

Saidatina Khadijah at-Thahirah menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam pangkuan Baginda SAW dan dikebumikan di Jannatul Mualla, pinggir Makkah.
Syukur Ya Allah....dapat juga sampai di Gua Hira

Al Fatihah kepada wanita mulia dan dijanjikan mahligai di syurga oleh Allah swt.

Selesai Penggambaran di Mekah, kami ke Madinah.

Selesai melakukan tawaf widak atau tawaf selamat tinggal, kami kembali ke Komplek Tabung Haji di Jeddah.




Mungkin telah ditakdirkan, dalam perjalanan pulang, kira-kira jam 11.30 malam, kenderaan yang kami naiki, menghadapi masalah kerosakan.

Kenderaan dah rosak...rakan rakan pun dah keletihan


Nasib baik jugalah kenderaan itu rosak berhampiran dengan kawasan Rawat dan Rehat, jika di tengah tengah padang pasir dahlah tengah  malam.........tak tahulah apa yang akan berlaku.......


Kenderaan kami yang rosak.....


22 Mei kami ke Madinah.

Di Madinah, kami hanya dapat merakamkan visual di luar masjid sahaja berikutan di Madinah agak "strict" bila membabitkan penggambaran lebih lagi membabitkan kaum Hawa. 

Pasar Tamar di Madinah


Kami turut ke Jabal Uhud dan merakamkan jemaah dari pelbagai negara melawat  Maqam Syuhada.

Jika lakonan semula di Syria membabitkan beberapa pelakon yang biasa di depan lensa kamera, berlainan pula ketika kami di sini.




Lakonan semnula di Ladang Tamar
 Di ladang kurma di pinggir Madinah ini, lakonan semula yang di rakamkan adalah watak Fatimah Al Khatab dan abangnya Omar Al Khatab.

Selain kakitangan Tabung Haji yang menjadi pelakon tambahan, kami dibantu dua isteri pelajar yang menuntut di Madinah. 
Sebelum mengakhiri kembara Jejak Rasul Srikandi, kami berkesempatan merakamkan suasana sambutan majlis menyambut syawal oleh kakitangan dan keluarga Tabung Haji Jeddah.


Jamuan Aidil Fitri di Komplek Tabung Haji Jeddah
 Suasana saling tidak tumpah seperti di tanahair.

Segala makanan tradisional seperti ketupat, rendang, satay, laksa,nasi impit  dihidangkan untuk santapan bersama.


Pegawai Pengiring kami Abdul Aziz
 Di samping itu turut diselitkan juga dengan makanan tempatan seperti Nasi Mandy, Humus dan pelbagai manisan arab yang menyelerakan.

Pengalaman sepanjang krew Jejak Rasul Srikandi di bumi Syria, Mesir dan Arab Saudi akan sentiasa terpahat di sanubari kami.

Yang pasti tiada lokasi setenang Mekah dan Madinah.....

Semoga paparan yang disiarkan sedikit sebanyak dapat memberi  infomasi bagaimana sejarah dan pengorbanan Srikandi di zaman Rasulullah demi membantu menyebarkan agama Islam.....

Tokoh tokoh seperti Saiditina Khadijah, Fatimah Al Zahra, Aisyah Abu Bakar, Fatimah Al Khatab, Ummu Salamah, Zainab Al Jahsy, Sumayyah dan ramai lagi sememangnya patut dijadikan idola kerana perjuangan mereka begitu besar sekali.


InsyaAllah, tahun depan saya akan sekali lagi diamanahkan untuk mengetuai kumpulan Kaum Hawa untuk terbitan Jejak Rasul 17 untuk Ramadan akan datang....



 
 

9 comments:

  1. Seronok dapat berkerja sambil beribadah.....

    ReplyDelete
  2. salam cik inn..seronoknya membaca semua entry cik inn..kerja cik inn seindah pelangi berwarna warni..sambil bekerja dapat beramal ibadat ..itu yg terbaiknya..tahniah juga dari makcik kerana dapat sampai keatas w/p lutut sakit..

    ReplyDelete
  3. chik Inn,dah lama kita tunggu cerita2 cenggini..alhamdulillah dapat real story dari yang empunya diri..keep up the good work chik Inn..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dengan izinNYA, saya diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan untuk membuat tugasan ini, justeru sambil bertugas dapat juga beramal.....

    Seperti yang saya tulis dalam entri, memang lutut bermasalah, tetapi Makcik, saya terus memohon kekuatan pada Yang Maha Esa untuk melihat sendiri Gua Hira tempat Rasulullah SAW berkhulwah dan sukar untuk menandangi kecekalan Saiditina Khadijah.

    Anymz, insyaAllah saya akan berkongsi banyak lagi pengalaman di sebalik tabir yang tidak dipaparkan di televisyen tetapi pengalaman yang bermakna bagi kami.....

    ReplyDelete
  5. Best nyer dapat pergi tempat-tempat macam tuh... rezeki kak inn la tuhh, berkerja sambil melancong keseluruh dunia. Alhamdulilah! Semoga satu hari nanti, saya dan pembaca yang lain dapat pergi pula!

    ReplyDelete
  6. allah sentiasa merancang yg terbaik utk hambaNYA. itu yg saya mampu katakan pada saudari. dari jauh mengikuti perubahan anda...bertuahnya dirimu kerana bekerja untuk berkongsi sirah rasullullah.tahniah.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Shams, kerana mengikuti dan membaca blog saya....
    Sesungguhnya yang baik itu daripadaNYA, yang lemah itu diri kita sendiri.... maka kita perbaikinya moga sentiasa mendapat keredhaanNYA.....

    ReplyDelete
  8. Salam Cik Inn

    Alhamdulillah, walau saya lambat ikuti blog Cik Inn, saya bangga dengan semangat yang Cik Inn ada. Bila baca pasal ke Jabal Nur n Uhud, mengalir air mata bila Siti khadijah dijanjikan syurga, begitu setia untuk menghnatar makanan setiap hari pada Rasulullah SAW. Mudahn kita sekuat dan setabah Siti Khadijah dan juga para isteri Nabi SAW, inshaAllah.

    Salam ziarah dari Riyadh, Arab Saudi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...