Ads by nuffnang

Wednesday, December 1, 2010

"JOM ALiH SANG BEDAL....."

Percaya atau tidak….

Anak buaya yang saya pegang itu hanya ditangkap tanpa sebarang peralatan moden…

Ia ditangkap secara liar dengan hanya menggunakan tangan kosong…

Jika sebelum ini entri saya berkongsi kisah Pak Da, kebal bisa ular, hari ini saya menulis kehebatan seorang lagi warga emas yang mempunyai kepakaran tersendiri menjinakkan keturunan Bujang Senang .

Kawasan Sungai Dew, yang teletak di Hutan Paya Bakau Matang, Perak menjadi lubuk rezeki bagi nelayan tradisi, Mohamad Yahya atau Pak Lang sejak lebih 40 tahun yang lalu.

Bagi mendapatkan kepastian itu, krew Majalah 3 diketuai oleh saya sendiri, wartawan/pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain, Jurukamera Roslan Zainal Abidin mengunjungi Pak Lang di kediamannya di Kampung Sungai Dew…Kamunting Perak.

Kami difahamkan Pak Lang mahir menangkap Sang Bedal sejak zaman remajanya lagi.


"Buaya ni seringkali berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain".

"Bila jumpa buaya besar kadangkala waktu malam saya pergi tengok betul ke tak ada buaya. Saya usik2 aja buaya tu", Pak Lang memulakan bicara mengenai Sang Bedal.

Kami menyusuri Sungai Dew, untuk melihat sendiri kawasan
persekitaran dan difahamkan setiap kali musim udang galah,
Sungai Dew pasti menjadi pilihan pemancing bagaikan satu pesta.

Kebanyakkan mereka berasal dari kawasan Kamunting, Batu Kurau dan Changkat Jering.

Udang galak yang baru ditangkap kalau masak mee udang aau mee bandung,huh..... sedapnya ibarat kata kalau emak mentua lalu pun tak nampaklah....

Anak buaya yang hendak dialihkan ke habitat baru...
Nurul keletihan dan mengantuk menunggu Pak Lang mencari Anak Buaya  

Ok, sambung cerita Pak Lang, menurut dia, buaya di situ tidak mengganas dan menyerang manusia seperti buaya di Sabah dan Sarawak terutama sekali sekiranya habitatnya tidak diganggu.


Bagi Pak Lang, penggunaan beras yang dicampur dengan hampas kelapa dijadikan umpan…setiap kali memukat udang galah disini…

Ada udang galah, adalah sang buaya.

"Sebelum saya turun saya bawa peralatan tertentu, doa sikit adalah, tapi niat tu kena betul jangan nak buat benda2 tak elok', Pak Lang menambah.

Bagi Pak Lang, sokongan keluarga terhadap usaha yang dilakukan untuk menyelamatkan anak Sang Bedal yang tersangkut di pukat atau jaring menyuntik semangatnya memelihara spesis ini.

"Kerja tu memang bahaya, Pak Lang dah biasa buat kerja ni dari arwahnya ayah dulu. Pak Lang memang minat jadi Mak Lang tak kisah…tawakal pada Allah banyak banyak", Mak Lang meluahkan perasaannya mengenai Pak Lang..

Kewujudan Hutan Paya Bakau di Sungai Dew mewujudkan persekitaran yang seimbang bagi habitat fauna di sini termasuklah Sang Bedal.

Setelah senja melabuh tirai malam, Pak Lang membawa kami ke kawasan yang dikenalpasti sebagai lubuk anak Sang Bedal yang sering tersangkut di pukat atau jaring nelayan.

Namun ketika kehadiran kami, aksi ikan belacak yang melompat dari permukaan air mencuri tumpuan.

Setelah hampir empat jam, menyusuri sungai, usaha Pak Lang untuk menjejaki Sang Bedal menemui jalan buntu.

Menurut Pak Lang, keadaan air pasang dan hujan menyebabkan reptilia itu tidak naik ke muara sungai.

Namun kami tidak berputus asa untuk meneruskan pencarian ini….


Setelah malam pertama meredah Sungai Dew tidak menemukan kami dengan seekor anak buaya pun, hari kedua kami sekali lagi, meneruskan pencarian menjejaki anak Sang Bedal untuk dialihkan ke habitat yang lebih selamat.

Setelah satu jam kami di atas bot besar mengekori bot Pak Lang, tetiba dia memberi isyarat memberhentikan enjin bot yang kami naiki.

Sekelip mata Pak Lang menyauk anak sang bedal. 

"Pak Lang dapat ke Pak Lang?", Nurul Syuhada bertanya.

"Haa....dapat…" Pak lang menjawab ringkas.

"Tak sangka Pak Lang dapat tangkap, tengok dari jauh aja..saya perhati je dari tadi…",

"Haa..anak buaya ni saya ambil sebab takut dia nanti tersangkut pada pukat atau jaring", Pak Lang menambah.

Tak sangka dalam masa satu setengah minit sahaja, Pak Lang berjaya menangkap anak buaya dengan menggunakan tangan.....

Menurut Pak Lang, anak buaya yang ditangkap menggunakan tangan lebih bersifat semulajadi tanpa menyakitkan reptilia itu.


 
Pak Lang yang berkemeja T Biru...nak lepaskan anak buaya ke habitat baru
Nurul dah jaga daripada lamunan...

Mulutnya perlu diikat supaya tidak mengigit sebab jika tidak, ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita..

Kebanyakan Sang Bedal yang menghuni Sungai Dew adalah spesis buaya tembaga.


"Jadi macam mana Pak Lang kenalpasti nak tangkap anak buaya ni", saya bertanya…

 
"Saya lihat air di sini tenang, makanan pun ada jadi saya pasti ada anak buaya disini…saya himpit dan tangkaplah untuk dialihkan.."


Tidak sampai 15 minit berada di kawasan ini… Pak Lang menemui beberapa ekor lagi anak buaya…

"Kwek.... kwek.. kwek..." kedengaran suara anak buaya bagaikan minta simpati daripada ibunya.

Dalam kegelapan malam yang hanya diterangi cahaya bulan sesekali mendengar bunyi yang agak luar biasa di kawasan hutan paya bakau itu menimbulkan kegusaran juga.....manalah tahu si ayah atau si ibu tetiba mengamuk setelah anak mereka di tangkap....

Sungguhpun bot kami agak besar, tapi kalau dah beberapa ekor menyerang, mahu bergegar bot kami, atau kerana terlalu dimomokkan filem barat mengenai keganasan Sang Bedal, perasaan suspen menghantui saya dan Nurul.

Alhamdulillah tak ada apa apa berlaku dan kami pulang ke hotel di Taiping hampir jam 4 pagi.

Menurut Pak Lang, anak buaya yang terdedah kepada aktiviti manusia seperti menjaring dan memukat boleh memberi ancaman kepada hidupan itu.


Lantaran, kemahiran yang diperolehinya digunakan sebaiknya untuk memelihara spesis itu dan menjamin persekitaran yang lebih baik.



Jadi hari itu Pak Lang berjaya menangkap 6 ekor anak buaya dan kesemua anak anak buaya akan dialihkan esok.

 

"Anak buaya ni kalau nak tangkap kena tengok juga bukan main tangkap je…kalau nampak  ada…saya pergi kat dia perlahan-lahan dan tangkap la…sebab dah biasa jadi mahir lah, tapi kena perhatikan juga kot ada buaya dewasa berdekatan", Pak Lang berkongsi pengalaman. 


Bagi proses pemindahan anak buaya, Pak Lang membawa kami ke kawasan yang agak terasing dari pada aktiviti manusia dan laluan bot.

Keadaan persekitaran hutan paya bakau yang menjadi pertemuan air masin dan tawar menjadikan ia sesuai sebagai habitat spesis buaya air tawar ini.

Kawasan sungai yang bertebing landai memudahkan pergerakan reptilia itu mencari makanan di daratan atau sungai tanpa sebarang gangguan.

Kalau boleh  rasa nak belalah anak
Sang Bedal ni...
Walaupun baru berusia setahun, anak buaya dikatakan mampu untuk hidup bermandiri dan membesar berpuluh tahun lamanya.


Walaupun buaya atau Sang Bedal dikategorikan sebagai haiwan terlindung, langkah konservasi perlu bermula daripada setiap individu itu sendiri....

Ini penting untuk memastikan negara… tidak ketandusan spesis reptilia kuno ini yang sering diancam kepupusan...

8 comments:

  1. salam..
    sungguh tak sangka banyak buaya jugak di sungai kita ek..
    ingat buaya ni dekat tempat2 tertentu je..

    kenpa pakcik ni tak letak dekat zoo je?
    atau bagi dekat orang zoo suruh bela?

    ReplyDelete
  2. kak lin sangat berani memegang sang bedal.

    ReplyDelete
  3. Chik Inn
    Nampak macam anak biawak jer anak sang bedal tu yer. Tapi bila dah besar orang pun di ngap kalo tak kena gaya.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum Chik Inn
    bestnya pengalaman ini.berani kan pakcik itu
    dan tahniah chik Inn berani pegang anak buaya tu.

    ReplyDelete
  5. mmg dulu saya pernah dengar org kata..kalau tempat tu byk udang..byklah buaya...

    tapikan..salute ah kat pak lang tu..boleh tangkap pakai tangan gitu je..
    berani sungguh..

    pehtu..boleh 'usik2' je buaya tu..

    kalau saya le...errr...walaupun yg depan mata tu anak buaya...tak sanggup saya...
    tgk dari jauh je boleh lah..hehehehe

    Cik Inn pun berani gak ye...ish..ish..tabik le..

    ReplyDelete
  6. nampak mcm biawak la chik in..geli,.huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. Ya Pija dan Madam Casper, nampak macam anak biawak, tapi kalau jari kena gigit, mahu putus. Anak biawak kulit lembut, ni sungguhpun kecil lagi tapi kulit keras kematu jugalah...

    Ummu dan Azmask, saya pegang pun sebab mulutnya dah diikat, kalau tidak tak juga berani...

    Nabil awak suka ambik gambar, kalau ada peluang dapat ikut Pak Lang menangkap anak buaya waktu malam mesti dapat "shot" yang cantik.Saya bawa kamera digital biasa aja masa shooting malam.

    Menurut Pak Lang, dia ada tangkap buaya yang besar, dan hantar ke zoo, yang kecil kalau dihantar ke zoo agak sukar utk menyesuaikan habitatnya.

    Memang Pak Lang tu bukan calang calang orangnya, Putubambu, kalau tak ada keyakinan, tak usahkan cuit,dengar bunyi buaya melibas waktu malam kat semak samun pun kami di bot besar dan panik...

    ReplyDelete
  8. Memang kak inn berani... tahniah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...