Ads by nuffnang

Sunday, November 7, 2010

ALLAH MAKBULKAN DOA UMATNYA......

"Bila ALLAH cepat makbulkan doamu maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Oleh itu sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun...
Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNYA"...

Mutiara kata di atas mungkin pernah dibaca atau di terima melalui sms mahupun mesej yang diforwardkan rakan rakan....

Saya membaca blog "A Day in The Life of Nurin...." yang ditulis oleh Cikgu Nurin hari ini.

Beliau memang berminat ingin menjadi wartawan penyiaran seperti saya dan rakan rakan lain, yang menjadi warga TV3 kini.

Sejak kecil beliau berminat dalam bidang penulisan , menghantar ke majalah dan pernah mendapat hadiah pertama... Tahniah Cikgu.....

Berikutan kegawatan ekonomi , Cikgu Nurin tidak dapat melanjutkan pelajaran ke ITM (sekarang UITM) untuk mengikuti kursus komunikasi massa, lebih lagi beliau anak sulong, perlu mengalahlah pada adik adik.

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatNYA, ditakdirkan Cikgu Nurin tidak dapat memenuhi cita-cita sebagai wartawan tetapi menjadi pendidik.....

Sememangnya kerjaya sebagai pendidik satu tugas yang mulia, tanpa tunjukajar guru, saya sendiri mungkin tidak menjadi wartawan kerana tidak mendapat ilmu daripada insan yang bergelar pendidik....

Bagi Cikgu Nurin, Cikgu juga boleh meneruskan minat penulisan dengan berkongsi pengalaman diri dalam "Universiti Kehidupan" sendiri, seperti cadangan Cikgu Faridah Daud kepada saya.

Daripada penulisan blog dan InsyaAllah diikuti dengan melahirkan buku.....

Rakan rakan blogger yang lain seperti MAKCIK, Madam Casper, Najihah, Aizamia3, Ieda Al Habsyi, Mak Ngah dan ramai lagi pasti akan menyokong.....

Menyentuh kembali Mutiara Kata di atas, tahun lepas, menantu saya, Anie keguguran (menantu kakak sulung saya).

Sememangnya anakbuah saya Najib agak kecewa kerana kira first cucu untuk ibunya dan first cicit untuk bonda saya.

Sudah suratan takdir, apapun dia dan isteri redha....

Awal tahun ini, anakbuah saya menunaikan Umrah dan terus memohon kehadrat Illahi agar mendapat cahayamata.

Allah Maha Mendengar....

Dan Alhamdulilllah dengan izin Yang Maha Esa, Anie mengandung dan selamat melahirkan anak lelaki dinamakan Mohd Iman 2 minggu lepas.

Tahniah Najib dan Anie, juga buat Along dan Abg Nadri......Lepas dah jaga anak, sambung jaga cuculah pulak......

Tengahari tadi bonda saya menegur,

"Lin, tak pergi tenguk cucu kau ke, dah pandai buka mata dan tersengih budak kecik tu......"

Saya pergi melawat beberapa jam Iman dilahirkan, kemudian kekangan waktu membataskan untuk melawatnya.

Saya dah jadi nenek, cucu saya kena panggil saya "TOK CHIK INN" lah nampaknya.....

Nenek muda dan rugged???

Tak kiralah apa yang akan dipanggil, anak anak bagaikan kain putih, justeru ibubapa perlulah mencorakkan dengan acuan yang terbaik....

"Ingatlah bahawa setiap ungkapan kata kata yang diucapkan ditulis oleh para malaikat...."
Tok Chik Inn dan cucu

14 comments:

  1. Iman ni aunty ieda dtg melawat, heheheh :)

    ReplyDelete
  2. salan chik Inn.. tahniah dah jd nenek muda yg rugged hahaha!..kita dah dekat dua tahun jadi nenek..tp panggilan tetap cu aje! Maintain!!! hak3.

    ReplyDelete
  3. salam kak lin...wahh..dah jadi nenek muda yer...bestnya...

    ReplyDelete
  4. Chik Inn..

    Tahniah dah jadi nenek...nenek rugged ok per.lepas ni bila cucu besar boleh bawa cucu pi main kat playground pula.

    ReplyDelete
  5. Salam rakan rakan....Kalau cucu Chik Inn, Iman boleh bercakap, mesti dia kata, semua ucapan tahniah pada nenek dia yang muda dan rugged tu, untuk dia tak ada ke? Apapun, terima kasih pada aunty semua.....Bagi Sis Fauziah dan Sis Echah,nanti kita latih cucu kita jadi penulis blog pulak ya......
    Makcik apa khabar, sihat ke, rindu komen dr makcik.....

    ReplyDelete
  6. Tahniah Chikk Inn...waahhh nenek yang vogue gitu...dan saya nak ucapkan berbanyak banyak terima kasih,kerana Chikk Inn sudi menjengah dan membaca blog kecil saya tu...malunye...he he he...terima kasih ye Chikk Inn - teringin nak jumpa in person dengan Chikk Inn......:)))))

    ReplyDelete
  7. salam cik inn..tahniah..muda2 lagi dah jadi nenek..susah tu nak dapat gelaran 'emas' tu.

    ReplyDelete
  8. salam cik inn..cik tom dtg blog kak nurin..betul pe yg akk ckp..semua yg Allah jadikan tue pasti ada hikmahnya...wlpn kak nurin xdpt jd wartawan tp kerjaya guru tue murni..mendidik anak bangsa..

    cik tom mmg minat gaya akak sebagai wartawan tv3..sempoi dan santai..teruskan kerjaya akak menyampaikan maklumat berguna buat semua..

    ReplyDelete
  9. TAHNIAH CHIK INN...........jeleslah sbb saya belum pun jadi nenek, dah lama dah tunggu, ada rezeki februari tahun depan baru dpt menantu.
    Tersentuh hati dgn kisah cikgu nurin, sbb lbh kurang dgn sy je.............

    ReplyDelete
  10. Chik Inn,
    Tahniah sbb jadi nenek.. hehhehe

    ReplyDelete
  11. salam
    tahniah jadi nenek ... seronok apa jd nenek dlm usia muda...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...