Beberapa "feedback" rakan rakan bertanya mengenai tugasan terbabit justeru saya kongsikan sebahagian daripadanya untuk tatapan bersama.
"Edible Garden" atau Taman Ramuan dibina sejak 2008 sebagai inspirasi kepada semua masyarakat untuk turut berkebun dan menjadikan aktiviti bercucuk tanam sebagi hobi.
Ia juga satu pendekatan rekabentuk taman atau lanskap yang menggabungkan tanaman untuk makanan dan kesihatan, antara tanamannya seperti pegaga, kemunting, lempoyang, misai kucing ,mas cotek dan lidah buaya.
Semua tumbuhan yang dimanfaatkan untuk kesihatan yang ditanam, dilabel untuk maklumat tetamu.
Saya dan krew sendiri, kalau tidak melihat kepada label, tidak mengenali beberapa tumbuhan di situ.
Taman seperti itu selain menyediakan keperluan makanan dan menjimatkan perbelanjaan harian, turut menyediakan rekreasi dan riadah sekeluarga.
Kebetulam kami bertiga memakai baju berwarna merah jambu |
Selain pokok ulam dan rempah ratus, taman itu juga ditanam pelbagai jenis bunga dan rumput termasuk lalang yang boleh digunakan untuk merawat sakit gigi.
Ketika mengunjungi taman itu, Tun Jeanne mengingati hampir semua tanaman di situ yang menjadi kebanggannya.
Beliau juga suka mengumpul pokok herba dan mencari maklumat lanjut mengenai khasiat sesuatu tanaman tempatan yang sebelum ini tumbuh liar di negara kita.
"Saya suka tanya makcik kat kampung dan nak tahu apakah khasiat sesuatu pokok.......Arwah Kak Hendon dulu pun ada ajar pasal nasi ulam dan pelbagai jenis ulam digunakan sebagai ramuan..." Tun Jeanne memaklumkan kepada kami."
Menurut beliau, taman seperti yang diilhamkan boleh dibangunkan di kawasan tidak kira ruangnya terhad atau luas, sama ada rumah teres, apartmen, banglo mahupun rumah kampung.
Sepanjang penggambaran krew Majalah 3 ketika itu, Tun Jeanne turut berkongsi beberapa khasiat daripada pokok yang ditanam di situ antaranya bunga yang boleh digoreng dengan tepung seperti tempura dan jus betik muda untuk mengurangkan deman denggi.
Dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi, Taman Ramuan seumpama itu harus menjadi contoh dan ikutan agar semua pihak menaman tanaman yang boleh dimakan atau bermanfaat untuk kesihatan di laman rumah masing masing.
Salam Chik Inn...
ReplyDeletetumbuh2an dikurniakan secara percuma oleh Ilahi kepada kita - banyak yang di'sertakan' dengan pelbagai khasiat, cuma kadang2 kita yang malas/enggan ambil tahu!
Salam ceria selalu buat Chik Inn. :)
Bertuahnya Chik Inn ...dapat jumpa Tun Jeanne lagi. Cantik nyer Taman Ramuan, tempat ni dibuka untuk orang ramai ker? Tak tahu pun ada tempat ni :)
ReplyDelete