Semalam, sebahagian daripada hari saya, dihabiskan di Pusat Membeli Belah, Sunway Piramid, Bandar Sunway, Selangor.
Bukanlah saya membeli belah tapi menyertai Kejohanan Boling Bersama Media Sempena Ulang Tahun ke 20 dianjurkan oleh WORLDWIDE Holdings.
Lebih 40 pasukan terdiri daripada pelbagai media dan staf Worldwide Holidings menyertainya, TV3 menghantar 3 pasukan.
Saya, Bazly, Zahir dan Fadly dalam kumpulan TV3-B.
Nak katakan kami ni 'terror' sangat tak lah juga, tapi kalau kena "angin" InsyaAllah biasanya, satu "game" bolehlah purata di antara130 ke 170 jatuhan pin seorang.
Tapi semalam mungkin hari yang tidak begitu menyebelahi kami.
Rata rata, saya nak "spare" yang mudah pun tak kena.....
Itulah bola tu bulat, beberapa rakan media lain pun, balingan lebih kurang macam kami.....
Apapun yang penting, sungguhpun jatuhan pin tidak seberapa, masing masing "enjoy", dan sentiasa melemparkan senyuman.
Tak menang sepuluh terbaik, tetapi Zahir bernasib baik dapat cabutan bertuah hadiah "mini oven".
Sebenarnya senyuman ada satu kuasa besar....
Ibarat kata "Satu senyuman yang kecil dapat menghasilkan kesan yang besar".
Saya pernah terbaca satu buku yang menyatakan jika dalam dunia haiwan, bila seseekor haiwan menunjukkan taring, ia tanpa satu permusuhan, tetapi dalam dunia manusia, ia adalah sebaliknya.
Tiada senjata yang dapat melemahkan orang yang sedang marah dengan cepat melainkan melempar senyuman yang ikhlas.
Senyuman menunjukkan bahawa kita diterima dan apabila permintaan dipenuhi bersama senyuman persahabatan yang ikhlas, maka kita akan memperoleh bantuan yang lebih daripada mencukupi.
Sebelum pulang ke rumah petang tadi, Fiza, penerbit "InsyaAllah Maher Zain" datang berjumpa dengan saya untuk membincangkan tugasan untuk ke Sabah awal Disember.
Selesai perbincangan, dia melemparkan senyuman dan berkata,
"Chik Inn nanti tulis blog, beritahulah rakan rakan blogger untuk tenguk program saya ya".
Kebetulan Penerbit Eksekutif program terbabit, Hajah Ezzah berjalan menunju ke mejanya, sempat juga menyampuk......
"Hah tolong promokan program Maher Zain ekk, thanks Chik Inn" sambil memberi senyuman.
Senyuman kedua sahabat saya membuat saya menulis makluman di bawah ini kepada rakan rakan terutama kepada peminat MAHER ZAIN untuk menyaksikan program:
"InsyaAllah Maher Zain"
pada Raya Aidil Adha,
Rabu ini jam 6.30 petang di TV9.
Senyum........ |
Amalkan memberi senyuman kepada orang lain kerana
Senyum itu satu sedekah........
Paling best bila senyum itu satu sedekah....
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
ReplyDeleteTerima Kasih banyak2 Cik Inn! hehe
InsyaALLAH akan terus tersenyum walau dugaan mendatang :)
senyum ada byk jenis senyum, ada yg tersenyum menyindir, ada pulak yg senyum dipaksa2 tapi apa sekalipun kalau Allah tarik nikmat utk senyum alangkah ruginya .... terkenang draama melayu satu ketika dahulu yg memaparkan bgm manusia ditarik Allah nikmatnya dan dia tak boleh senyum
ReplyDeletebertuah cik inn dpt bergbr dgn maher zain yg handsome tu ... dua2nya tersenyum manis
Saya suka tersenyum, tapi orang jarang nak senyum balik kat kita. Kadang-kadang tuh buat pandang tempat lain... maybe kita nih pekerja paling bawah jer kot kat sini... orang terpeduli pun.. Tapi yang penting senyum saya ikhlas... hehehe..
ReplyDeletesalam cik inn..makcik pasti tenguk sebab suka dgn maher zain ni..apa kata bawalah juga sami yusuf.. sedap juga suaranya..
ReplyDeleteselamat menyambut hari raya aidil adha..
Chik Inn..
ReplyDeleteSelamat Menyambut Hari Raya Aidiladha...saya hadiahkan satu senyuman yang lebarrrrrr :) untuk Chik Inn...
Salam Chik Inn ... Salam Aidil Adha
ReplyDeleteInsya ALLAH akan tengok Maher Zain nanti. Tak ada gambar bowling ker ? Hehehehehhe ....
wah..best ni..
ReplyDeleteinsyaallah...kalau ingat le...
Salam Aidiladha Cik Iin..!
salam singgah..
ReplyDeleteadik ziana ke adik anuar dia ni
waaarrhhhhhh... jeles..jeles kite....
ReplyDeleteala..pesal la saya lambat taw ada program maher zain kat tv3..huhu..terlepas da,.,
ReplyDelete