Ads by nuffnang

Tuesday, November 2, 2010

"ALLAH SWT TIDAK MELIHAT KEPADA RUPA DAN HARTAMU...."

Apa yang dikatakan dengan UNIVERSITI KEHIDUPAN?????

Saban hari kita melalui dengan pelbagai rentak dan warna warna kehidupan, samaada yang membuat kita senyum, gembira, kecewa, sedih, marah, terperanjat dan macam macam lagi....

Dan setiap yang dilalui, yang baik dijadikan tauladan, yang tidak dijadikan sempadan.

Ia mematangkan lagi untuk meneruskan episod kehidupan dan pengalaman ini semua bagaikan satu universiti yang paling hebat dalam diri kita sendiri.

Malam tadi dok melayan Facebook, seorang daripada rakan saya, Cikgu Faridah Daud dari Negeri Cik Siti Wan Kembang mencadangkan untuk saya membukukan pengalaman saya sepanjang kerjaya dalam dunia penyiaran ini......

Terima kasih Cikgu Faridah....

Sememangnya saya nak membukukan pelbagai pengalaman tetapi tidak berkesempatan lagi, kerana kalau dah keluar tugasan mengambil masa berhari hari malah berminggu..... Tatkala balik di Sri Pentas,proses seterusnya menyunting visual, pos produksi, mengarang skrip, suara latar hinggalah disiarkan di kaca televisyen. 

InsyaAllah, macammanapun akan saya usahakan juga......Hendak seribu daya.....

Sememangnya setiap kali keluar tugasan, adalah saya catat sikit sikit baik di buku nota, mahupun di helaian kertas, pengalaman tambahan selain daripada kisah yang hendak dipaparkan, itulah nak mencari balik helaian kertas tu, kena mengambil sedikit masa........

Seingat saya "Universiti Kehidupan" saya bermula tatkala berusia 5 tahun di mana ibu menghantar ke sekolah tadika berhampiran rumah.

Kira kira 40 tahun lalu, jarang kanak kanak dihantar ke taska atau tadika ketika berumur 4 atau 5 tahun, tidak seperti sekarang 3 atau 4 tahun telah dihantar ke taska.

Mungkin kerana saya ni "nakal" kat rumah, maka dihantar awal untuk mengenali abjad A, B, C dan nombor 1, 2 , 3.......

Ada saya titipkan juga sekeping gambar semasa saya di tadika diberi oleh rakan sepejabat.

Teka saya yang mana satu....

Tadika berhampiran rumah ketika berusia 5 tahun

Apapun agak menyedihkan saya, isteri rakan sepejabat saya itu, telah meninggalkan dunia yang fana ini kerana masalah buah pinggang, beberapa tahun lalu.

Arwah meninggalkan 4 cahayamata yang masih dahagakan kasih sayang seorang insan bergelar ibu.......

Saya juga kehilangan orang tempat bermanja zaman kanak-kanak di mana ayah saya meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

Jauh di sudut hati saya, ketika itu, amat terasa tatkala kawan kawan diambil oleh bapa mereka waktu pulang sekolah, tetapi tidak kepada saya.....

Yang pasti, Allah lebih menyayangi mereka dan moga ayah saya dan sahabat tadika saya, ditempatkan di kalangan orang orang beriman.

Al Fatihah...

Ibu mengambil tugas arwah ayah saya.....

Pengorbanan ibu membesarkan saya akan sentiasa tersemat kemas di hati kecil saya ini.


Konvo ketika berusia 6 tahun
 Masa berlalu begitu pantas sekali.....


Sungguhpun tidak berada di alam persekolahan, hari hari yang dilalui adalah sesuatu pembelajaran baru dalam hidup...... 


Lihat apa yang berlaku di sekeliling kita......baik dalam negara mahupun luar negara...... 



Dalam akhbar hari ini, angkara cemburu, sanggup dipijak isteri hingga mati manakala satu lagi berita, seorang penoreh getah sanggup gadai nyawa demi isteri......satu senario yang bagaikan langit dengan bumi....


Mata boleh melihat secara kasar, tetapi dengan hati, seseorang itu dapat melihat apa yang tidak mampu dilihat oleh mata.......ia juga sebahagian daripada ilmu dalam Universiti Kehidupan.....

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah SWT melihat kepada hati dan amalmu...."


















  

6 comments:

  1. Salam Cik Inn,
    Universiti kehidupanlah tempat manusia belajar mengenal erti kehidupan yg terkandung segala kesusahan dan kemewahan hidup. Pengalaman ialah guru tertua dalam sesebuah kehidupan manusia....

    ReplyDelete
  2. papa saya tak merasa kasih sayang seorang ibu sejak berumur setahun, meninggal semasa melahirkan pakcik saya. sedih melihat papa...papa selalu ingatkan kami hargailah ibu..

    ReplyDelete
  3. salam cik inn..makcik akan menunggu dan membeli buku tu..insyaallah kerana makcik tahu cik inn banyak pengalaman berhargai yg boleh dikongsi.
    makcik tak dapat tekalah yg mana satu cik inn..mata dah rabun hehe..

    ReplyDelete
  4. semoga kita hidup yang baik di dalam masjid makan gaji dan luar masjid..
    ..semasa memilih kerusi pun kita boleh menilai tahap kesombongan INSAN hambaNYA..menilai sebuah kehidupan di luar protokol..

    ReplyDelete
  5. suka tengok wajah tembam cik inn pakai topi konvo tadika,cuma nak tanya, nama cikgu tu sengaja ditulis lain atau tersilap ejaan? heheheheehhheh

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan Echam,Universiti Kehidupanlah mengajar manusia erti hidup....

    Seperti pesanan papa Ieda,hargailah kasih sayang kedua ibubapa yang masih ada.....

    Makcik terima kasih terus memberi sokongan, makcik pun boleh mengarang buku......

    Zeq, semoga kita sentiasa dalam keredhaanNYA.....

    Cikgu, maafkan anak murid...ya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...