Ads by nuffnang

Monday, November 22, 2010

"ORANG JATUH ..... KITA KETAWA......."

Salam singgah....

Hari ini, saya terpanggil untuk menulis entri mengenai orang yang jatuh tatkala membaca akhbar yang bertajuk,  "Hishammuddin hampir jatuh,
titi roboh".

Petikan Utusan Malaysia mukasurat 3:

"Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan rombongannya dalam perjalanan menyampaikan bantuan kepada sebuah keluarga miskin di Kampung Gersik di Kuching, Sarawak dikejutkan dengan kejadian titi runtuh petang semalam".


"Namun dalam kejadian itu, beliau berjaya diselamatkan oleh pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) yang mengiringi beliau".

Apa yang hendak saya kongsikan bersama rakan blogger, mengenai sikap masyarakat yang sering melemparkan senyuman dan ada yang ketawa besar, tatkala melihat seseorang itu terjatuh, tak kira bangsa, tak kira kanak-kanak, remaja , dewasa mahupun warga emas.

Jatuh tangga ke, tersungkur dalam bas ke, tergelincir di jalan licin ke, jatuh pokok ke, ada yang simpati dan tidak kurang geli hati....

Saya sendiri berpengalaman terjatuh semasa di kafetaria di Sri Pentas tatkala hendak bangun kerana kaki kerusi tersangkut dengan kerusi rakan saya.

Nak kata malu, adalah juga tapi yang sebenarnya lebih kepada sakit daripada malu, dan sudah ditakdirkan saya terjatuh, mana mungkin kita boleh melawan takdir....ketika itu tak berapa ramai warga Media Prima yang sedang menikmati sarapan.

Rakan yang bersarapan dengan saya, Kak Ros dan Nasariah,  menghulurkan tangan dan membantu saya berdiri semula, maklumlah lutut ni bukan kuat sangat selepas pembedahan beberapa tahun lalu, dan saya pasti ada juga rakan yang tersenyum mahupun yang terperanjat.

Sedikit pun saya tidak berkecil hati pada rakan rakan yang tergelak.....dah memang kelaziman manusia.....

Berlainan dengan senario tatkala seorang ahli sukan seperti pemain bolasepak yang terjatuh di padang kerana dihalang pihak lawan, secara tidak langsung, pasti kita menyalahkan pihak lawan malah akan memakinya....

Berbalik kepada bila seseorang itu jatuh dan kita ketawa.......lucu sangat ke tatkala lihat orang terjatuh?

Kenapa perlu ketawa sedangkan orang yang jatuh itu pasti mengalami kesakitan???

Apakah memang sifat semulajadi manusia suka melihat seseorang itu jatuh.......

...jatuh kerana tidak sengaja, jatuh dalam bisnes, jatuh hati tapi hanya bertepuk sebelah tangan......semua menjadi bahan bualan dan ditertawakan.

....kecuali jatuh sakit, baru adalah insan yang prihatin...

Tapi ada juga segelintir insan yang ketawa besar tatkala mendengar si polan bin polan jatuh sakit........

MasyaAllah....

Sukar lensa kamera untuk merakamkan detik seseorang itu jatuh dibanding wajah orang ketawa, menangis, senyum, makan, berjalan dan pelbagai aksi lain kerana kejadian jatuh berlaku sekelip mata. 


Bersama Hajah Rahimah (isteri Konsul Tabung Haji di Jeddah)
tergelak  mengimbas kejadian tiba tiba Shadiya dicium anak unta

Shadiya Abbas dan anak unta di Hudaibiah, Mekah

Kalau nak ketawa pun biarlah bertempat dan tenguk kepada situasi.....

.....apapun kita tidak boleh mengawal tindakan orang lain, tetapi kita boleh mengawal reaksi terhadap tindakan mereka.......

12 comments:

  1. Sekali kita ketawakan orang, ada beribu orang plak akan ketawakan kita nanti....

    ReplyDelete
  2. Salam. Jangan selalu ketawakan orang. Tak baik. Macam pernah jumpa je kita ni. Hmmm... ha masa program Eurocopter di Port Klang, ada cerita pasal anak ular sawa albino kan. So, nak tau siapa saya, baca sini:

    http://mypredictioncloud.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Salam Chik Inn, orang ketawa semasa kita jatuh atau terjatuh memang lumrah,malah sebenarnya ada yang memang mengharapkan kita jatuh....orang yang ketawa kadang kala lupa,dunia ni bulat dan sentiasa beredar...

    ReplyDelete
  4. Salam Cik Inn,

    Dah beberapa kali singgah ke sini,insyaallah akan terus singgah.

    Auntie, memang dari dulu tak pernah rasa lucu apabila ternampak orang jatuh. Auntie hairan macam mana orang lain boleh rasa geli hati pulak...selalunya, kalau yang jatuh tu dikenali, Auntie cepat-cepat tolong, dan kalau boleh tolong cover rasa malu dia. Kalau yang jatuh tu langsung kita tak kenal, pura-pura tak nampak sajalah...kalau depan mata, kalau wanita, insyaallah akan dibantu. :-)

    Kalau macam peristiwa di cium unta tu, memang kelakar le...tentu boleh mengundang ketawa besar!

    ReplyDelete
  5. Saya pun bukan jenis yang suka ketawakan orang kalau jatuh , saya akan lebih rasa kesian dan rasa nak tolong jer orang tuh. Maybe pada orang lain ianya sesuatu yang funny, tapi tidak pada saya! Saya ada jugak pegalaman terjatuh sebab kaki terpelecok pakai kasut tumit tinggi. Ceh.. sumpah memang malu!Orang yang pernah jatuh jer yang tahu perasaan orang yang jatuh tuh. hehehe

    ReplyDelete
  6. Selalu saya berpesan kepada anak2 jgn suka2 nak gelakkan orang bila mereka dalam kesusahan. Jangan buat muka "weird" bila tgk org yang berlainan sifat dari kita. Kena lentur dari awal sebelum jadi buluhh.

    ReplyDelete
  7. Salam Chik Inn

    Bagus coretan ini, sebagai ingatan utk diri ana juga

    Sukar utk menghalang org ketawa apatah lagi peristiwa yang berlaku di luar kawalan

    Gbr yg terakhir, seorg dicium anak unta yg sorang lagi .... apa yg cuba dilakukan oleh anak unta tu ?

    ReplyDelete
  8. eh, mana post saya tadik?

    saya pun sama macam Casper..selalu ingatkan anak2.. jgn ketawakan org yg jatuh..sebaliknya tolong dia kalau boleh..

    sekali kita ketawakan org..esok2 org ketawakan kita balik..

    hidup ini umpama roda..kena ingat selalu tu..

    ReplyDelete
  9. salam cik inn..orang yg ketawakan orang sebab dia tak ingat yg satu hari nanti kalau dia jatuh orang lain akan juga ketawakannya..baru dia tahu betapa malunya ditertawakan..

    ReplyDelete
  10. Bangsa Melayu suka bergurau / suka benda2 seronok dan lucu sebab itu diorang mudah ketawa walaupun perkara /orang yang diketawakan itu berasa sakit / sakit hati...Memang dah jadi budaya yang rosak.

    Contohnya : Tengok wayang @ TV suka cerita lawak jenaka, Dengar ceramah agama mesti ada bab lawak, masa buat kerja mesti nak bergurau(main2), cari kawan mesti boleh berlawak dll. lagi...he he he

    ReplyDelete
  11. Akak pun macam Madam Casper, sering ingatkan anak-anak, jangan suka gelak kan orang yang jatuh. "Cuba kita kat tempat orang itu apa yang akan kita rasa. Kalau mulia, bantulah orang yang jatuh itu untuk berdiri semula" ... macam itu lah hidup. Jatuh dan bangun, ramai jer yang akan gelakkan kita bila kita jatuh, mungkin lebih ramai dari orang yang nak tolong kita berdiri ... hmmmm

    ReplyDelete
  12. Betul pandangan Echam, Ben, Makcik, Cikgu Nurin dan Putubambu, tak baik dan jangan mudah ketawakan org kerana nanti kita pula ditertawakan, kerana dunia ibarat roda.

    Macam Auntie Yan, Madam Casper dan Kak My Life tulis, sebaiknya bila nampak org jatuh terus hulurlah bantuan dan kita perlu mendidik anak anak dr kecil supaya jangan jadikan ia budaya yg rosak....betul tak Nota Fikir??

    Ana, gambor terakhir tu, agaknya anak unta tu pun tahu yang Shadiya adalah pengacara "Haiwan Teladan" siaran Ramadan, maka ia pun menciumlah Kak Ady...tanda terima kasih

    Nieaz pun pernah jatuh macam saya ekk.....memang hanya org yang pernah jatuh di khayalak mengetahui perasaan malu yang tak terkira....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...