Ads by nuffnang

Friday, November 12, 2010

"BUDAK BOTAK SI UPIN DAN IPIN......"

"Betul..... Betul..... Betul......."

Bagi pembaca yang pernah menonton animasi pendek Upin dan Ipin pasti biasa mendengar perkataan di atas dan turut menjadi ikutan dewasa ini......

Animasi yang mengisahkan dua beradik yatim itu bukan sahaja dikenali di tanahair malah menembusi rantau Asia.

Siapa individu yang terbabit secara langsung dalam melahirkan animasi 3D ini?

Pagi tadi saya dan kira kira 70 warga Media Prima menghadiri "Talent Pool Retreat 2010 - Creative" (kira macam bengkel menajamkan minda)di The Saujana Hotel, Subang, Selangor.

Hj Burhanuddin berkongsi pengalaman
Bertemakan "Creating Magic" tujuan diadakan untuk memberi inspirasi, menimba ilmu dan dipraktikkan bersesuaian dengan kerjaya kami dalam dunia penyiaran.

Seorang daripada individu yang berkongsi pengalamannya kepada kami adalah Haji Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Les Copaque Production Sdn Bhd.

Beliau adalah orang penting kepada kelahiran animasi Upin dan Ipin.

"Saya tidak ada langsung pengalaman dalam bidang animasi, penyiaran mahupun perfleman sebaliknya jurutera di Petronas Miri", Hj Burhanuddin berkongsi kisah hidupnya pada kami.

"Tapi isteri saya tahu tentang filem.....bukan dia ambil bidang tu, tapi sebab dia minat filem Bollywood", Hj Burhanuddin menambah.

Kira kira 10 tahun di Bumi Kenyalang, beliau berpindah semula ke Kuala Lumpur dan ditawarkan menerajui sebuah perniagaan.

Noraini Tahir peminat setia Upin dan Ipin

Dengan pengalaman yang luas, perniagaan terbabit telah membuahkan keuntungan berlipat ganda.

Beberapa tahun kemudian, Hj Burhanuddin bersara dan menghabiskan masa dengan keluarga sehinggalah beliau diperkenalkan oleh sahabatnya, kepada 3 remaja lepasan universiti yang mengambil bidang animasi.

Setelah berbincang beberapa kali, Les Copaque ditubuhkan pada 13 Disember 2005 oleh Mohd Nizam Razak dan Mohd Safwan Karim bersama Hj Burhanuddin sebagai penerbit.

"Nama Les Copaque diambil daripada telatah org suka main daun terup, jadi kad akhir selalu disebut "last kopek"  bermaksud peluang terakhir, jadi nak sedapkan bunyi macam Peranchis , letak lah "Les" dalam English makna macam "THE" tapi "Copaque" tak ada makna dalam Bahasa Perancis", Hj Burhanddin menjelaskan bagaimana nama syarikat itu terpilih.

Pelbagai penyelidikan dibuat untuk melahirkan karektor yang mempunyai identiti tersendiri sebagai animasi buatan Malaysia.

Hj Burhanuddin agak kecewa berikutan kanak kanak di negara ini terlalu dihidangkan dengan cerita kartun dan animasi Barat serta Jepun, juster kenapa tidak Anak Malaysia menghasilkan animasi ditonton pula oleh kanak kanak luar negara... 

Bagi beliau, kalau tidak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya, kalau tidak mencuba, masa kan tahu kemampuan sendiri.

Bukannya mudah untuk menghasilkan animasi yang menarik sungguhpun hanya 5 minit sahaja, tapi tiada apa yang mustahil.

Wargakerja Les Copaque bekerja keras bersama sama untuk menghasilkan animasi yang julung julung kalinya dihasilkan.

Pada tahun 2007, Les Copaque buat pertama kalinya memperkenalkan watak animasi di Malaysia iaitu Upin dan Ipin sempena menyambut Ramadan dan Aidilfitri ditayangkan d TV9.

Dan sejak itu nama Upin dan Ipin begitu tersohor.....

Seterusnya syarikat itu melangkah setapak lagi dengan mengusahakan filem Geng:Pengembaraan Bermula dan dikeluarkan pada 12 Februari 2009.

Ia berjaya memungut hasil kutipan pawagam sekitar RM 6.3 juta, antara filem Malaysia yang meraih kutipan tertinggi dalam sejarah.

Bukan saja anak-anaknya, Nurfarahin turut meminati
Upin dan Ipin

Kini Upin dan Ipin turut menjadi tontonan kanak kanak di Indonesia menerusi saluran TVRI dan TPI, Turki menerusi Hilal TV dan 8 negara Asia dalam Disney Chanel.



Filem Geng:Pengembaraan Bermula turut ditayangkan di pawagam di India dialih bahasa ke Bahasa Hindi.



Haa hebat watak budak botak dua orang tu....dan saya sendiri pada mulanya tak sangka, suara Upin dan Ipin dilakonkan oleh seorang gadis comel bernama Asyiela Putri.

Asyiela seorang kanak kanak berbakat.

Asyiela,Upin dan Ipin ketika bertandang ke Sri Pentas baru baru ini.... 
Manakala perkataan kegemaran kedua beradik tu adalah ilham isteri Hj Burhanuddin sendiri iaitu Hajah Ainon.

"Betul...Betul...Betul..."

Mereka berdua juga bertanggungjawab menghasilkan skrip awal Upin dan Ipin, dengan tambahan watak Kak Ros, Nenek dan rakan-rakannya. 

Hj Burhanuddin seorang individu yang bersemangat tinggi, sentiasa berfikiran jauh dan yakin dengan apa yang hendak dibuat.


Bagi dirinya tiada istilah putus asa dan yakin kreativiti anak anak Malaysia juga setanding dengan pakar animasi negara barat dan mempraktikkan istilah Malaysia Boleh....

Dan ternyata nama Upin dan Ipin, watak animasi kelahiran Malaysia itu bukan sahaja diminati di kalangan kanak kanak malah orang dewasa turut mengikuti kisah animasi ini.. 

Barangan cenderamatanya turut mendapat sambutan di kalangan peminatnya tidak kira bangsa dan agama.. 

Betul...betul..betul...

Hj Burhanuddin juga bercadang untuk membuka sebuah taman tema yang berkaitan dengan jalan cerita Upin dan Ipin.

Tiada apa yang mustahil kerana jika kita mempunyai semangat dan keyakinan tinggi serta mempunyai tenagakerja yang sentiasa bekerjasama, kejayaan pasti menjadi milik kita.

Tahniah dan Terima Kasih Hj Burhanuddin....kerana berkongsi pengalaman dengan kami, moga sentiasa dimurahkan rezeki daripada Illahi dan terus membawa nama Malaysia di mata dunia......

Ally Iskandar, Chik Inn, Haji Burhanuddin dan Noraini

3 comments:

  1. Inilah kartun Melayu yg anak sy minat ..sebelum ni tak pernah dia minat kartun melayu apa2 hatta kartun yg diterjemahkan ikut bahasa Melayu..Memang ada msg tersendiri dlm upin dan ipin dan sesuai dgn latar belakang kanak2 Msia... hingga org tua pun ikut turut sama menonton

    ReplyDelete
  2. salam cik inn..komen tertunda..makcik n cucu suka sangat upin n ipin..tapi kartunnya yg selama 5 minit tu rasanya terlalu pendek..tap puas tenguk dah habis..
    makcik juga tenguk filem pertama tu..hebat..

    ReplyDelete
  3. Salam makcik, huh ada komen tertunda lagi....hebatlah makcik ni...memang tak puas tayangannya hanya 5 minitkan...apapun tunggu filem kedua akan menemui peminatnya tidak lamalagi..
    Seperti MrsNor tulis,Upin dan Ipin ada mesej tersendiri dan kita bangga ia produk Malaysia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...