Ads by nuffnang

Saturday, November 20, 2010

TERiMA KASiH RAKAN BLOGGER.....

Alhamdulillah, hari ini cukup sebulan saya melahirkan blog
"Mazlin Chik Inn Nordin di Kanvas Kehidupan".

Membaca blog rakan rakan dah lama tapi untuk mempunyai blog sendiri, inilah baru tercapai...

Terima kasih kepada dua sahabat saya Mazidul Akmal Sidik dan Shamsul Ondscene yang menggalakkan saya untuk menulis blog dan berkongsi pengalaman kepada rakan-rakan.

Juga kepada rakan blogger lain seperti tuanpunya blog, My Life My World, mohdandmeriam(Makcik), Echam, Madam Casper, Nevermind, Mas, Putubambu, Nieaz, Echah_Syed, Bahasa MakNgah, Chenal, Mrs Nor,
Ana Ayesha, Diah Sastrowardoyo, Ieda AlHabsyi, Cikgu Nurin, Cikgu Faridah dan ramai lagi.....  

Maklumbalas daripada rakan rakan dalam entri yang saya tulis, membuatkan saya terus teruja untuk terus menulis dan berkongsi pengalaman...

Saya ni kira "new kid on the block" atau macam pantun "Buah Cempedak di luar pagar, ambik galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar...."

Sungguhpun kita hanya berkomunikasi di alam maya, saya rasakan macam dah kenal lama dengan rakan rakan blogger....

Terima kasih rakan rakan....

Moga persahabatan kita terus berpanjangan dan saya turut mendoakan agar kita sentiasa dalam peliharaan Yang Maha Besar..



....peluang sentiasa wujud.....hanya kita yang tidak tahu.....

17 comments:

  1. Sama-sama Chik Inn ... semoga terus menulis. Saya tahu Chik Inn ada banyak cerita menarik untuk dikongsi disini :) Dan saya tak akan berhenti membaca ... Insya ALLAH

    ReplyDelete
  2. Salam Chik Inn.Tahniah! wp baru sebulan dlm dunia blog, follower ramai. Pengalaman Chik Inn dlm dunia penyiaran amat menarik sekali. Semoga persahabatan melalui alam maya ini akan berkekalan. INSYAALLAH

    ReplyDelete
  3. salam
    terimakasih kerana sudi meninggalkan link di blog saya

    ReplyDelete
  4. betul dan setuju!

    ... peluang sentiasa wujud... hanya kita yang tidak tahu...

    ReplyDelete
  5. salam kak lin...
    tahniah kak...
    moga lebih banyak pengalaman akak dapat dikongsi dengan kami semua yer dan persahabatan maya ni berkekalan....
    akak memang bestt...

    ReplyDelete
  6. salam cik inn..makcik ucapkan terima kasih kerana mengingati makcik..hehe seronok berkawan dgn orang muda ni..makcik tahu cik inn banyak cerita yg boleh dikongsi..makcik tunggu lagi cerita2 baru.

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Cik Inn, usia kewujudan blog bukannya isu, apa yang penting pengisiannya. kami tahu Cik Inn ada banyak pengalaman yang boleh dikongsi dan pengalaman itu amat berharga; bukan semua orang ada pengalaman sebegitu...

    PsssT: ramai yang sudi menyokong ;)

    ReplyDelete
  8. Sama sama chik Inn..baru sekarang berpeluang online...rindu nak membaca entri Chikk Inn. Walaupun baru,tapi mantoppp....

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Lin,
    tahniah dan teruskan menulis...pengalaman kak Lin amat berharga untuk dikongsi bersama..yang pastinya, saya akan nantikan setiap entry terbaru,, :)

    ReplyDelete
  10. Salam kak Lin.. suka baca pengalaman2 kak Lin.

    ReplyDelete
  11. suka baca..banyak pengalaman yang menarik..elok untuk dikongsikan kepada semua..kami suka membaca..:)

    ReplyDelete
  12. pengalaman yang jarang orang lain dapat. Terima kasih kepada cik Inn kerana sudi share untuk tatapan blogger.

    ReplyDelete
  13. Tahniah Chik Inn.dan banyak2 terima kasih sbb sudi syer pengalaman dalam blog ni..sesuatu yg amat bermakna.

    ReplyDelete
  14. Tahniah dan terima kasih kerana sudi berkongsi pegalaman yang berharga dengan kami semua. Semoga Allah jer yang dapat membalas kebaikan yang kak inn curahkan sbb berkongsi pegalaman dan ilmu dengan kami.Walaupun saya tak mungkin dapat pergi ke tempat-tempat yang pernah kak inn lawati dengan blog kak inn ni saya turut merasainya. Teruskan menulis dan berkarya!

    ReplyDelete
  15. sama2 Cik Inn.!
    saya pun suka masuk blog ni..blog mazidul..blog syahrilkadir, blog ondscene.. pasal nak baca kisah2 kewartawanan ni semua..

    seronok.

    oh ye.. happy 1 month anniversary ye..! ni kiranya dekat2 habis 'pantang' le kan? ekekke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...