Alhamdulillah dengan izin Allah, saya berpeluang beberapa kali menjejakkan kaki ke negara yang memang menjadi antara pilihan pelancong kerana keindahan alam semulajadinya bagaikan sentuhan pelukis.
Pertama kali bersama kakak saya dan anak-anak dan seterusnya kerana bertugas.
Berikutan Malaysia mencapai kemerdekaan yang ke 50 tahun pada 2007, program Potret Terbilang diterbitkan untuk mendekati individu terpilih dan bertanyakan makna kemerdekaan kepada mereka.
Individu terbabit yang dipilih mencari rezeki di Switzerland, khususnya di Zurich.
Stein Am Rein, antara lokasi kegemaran pelancong |
Ekonomi dan kekayaan negara itu hasil daripada sistem perbankan yang unik serta memberi pelbagai insentif, menarik minat pelabur asing.
Sistem perbankan di negara berkenaan dianggap kelas pertama yang mempunyai undang-undang kerahsiaan seratus peratus setia pemilik akaun.
Antara bank yang terbesar di Switzerland adalah Credit Suisse dan Bank UBS yang turut mempunyai rangkaian perbankan seluruh dunia.
Zurich dengan perkhidmatan tramnya yang canggih |
Mereka berdua menjawat jawatan kanan di bank berkenaan iaitu James mengetuai bidang perbankan peribadi manakala Sarhan pula mengetuai bahagian pinjaman dan pelaburan.
Awal tahun 2007, Sarhan dinaikkan pangkat sebagai Naib Presiden Pertama menjadikan anak Malayisa pertama menjawat jawatan itu di institusi perbankan negara berkenaan.
Meskipun menjawat jawatan penting, apa yang kami perhatikan Sarhan hidup serba sederhana dan masih memilih pengangkutan awam untuk ke pejabat.
Saya, Lina dan Shahnun dalam Tram di Zurich. Tram yang digunakan Sarhan ke pejabatnya |
Bank Mizuho terletak di Jalan Loewenstrasse 32, tempat Sarhan mencipta nama di bidang perbankan.
Bank yang beribupejabat di Jepun membuka cawangan di kawasan itu yang turut menempatkan kebanyakkan bank ternama dunia.
Bukan mudah untuk mencipta nama di sini, bahasa antara cabaran paling utama bagi Sarhan.
Tugasnya sebagai Naib Presiden Pertama , perlu mengawasi pelaburan dan perhubungan dengan ibupejabat di Jepun.
Sarhan bukan sahaja perlu mempunyai hubungan baik dengan kakitangan nya malah dia juga menjadi perantara di antara majikannya di Jepun dengan kerajaan Switzerland.
Bagi Sarhan, kejayaan bukan diperolehi dengan jalan mudah sebaliknya memerlukan usaha yang gigih.
"Saya memang bermula dari bawah, asalnya saya melanjutkan pelajaran di United Kingdom dalam pengajian senibina, tetapi tidak meneruskan kerana rasa diri tidak sesuai dengan senibina dan berminat dalam perbankan, jadi saya cuba nasib dan merantau ke sini".
"Saya pernah bekerja sebagai pengutip buah strawberi sambil melanjutkan pelajaran, dan Alhamdulillah keputusan saya baik dan diterima bertugas kat bank yang kita pergi semalam", Sarhan berhenti berbicara dan meneguk ais limau.
Adat berdagang, walaupun bertahun hidup di negara orang, namun Sarhan pandai menyesuaikan diri.
Jurukamera Jebat Roseli merakamkan visual Brigette berbual dengan Sarhan dan Jessica |
Keluarga Brigette menerima Sarhan kerana melihatkan perwatakan Sarhan yang rajin, baik ,suka membaca dan menganggap semua rakyat Malaysia sebagai masyarakat yang baik dan bersopan santun.
Ibu kepada Jessica Zainun, 19 tahun dan Timothy Azlan, 17 tahun, Brigette bertugas sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta di Zurich, kira kira setengah jam perjalanaan dari kediaman mereka di Stadel.
Sarhan juga turut dilantik sebagai Presiden Persatuan Anak Malaysia di Switzerland beberapa tahun, menguruskan hal ehwal pelajar mahupun rakyat Malaysia yang bekerja di sana.
Anak ke 13 daripaa 15 beradik, dilahirkan di Kampung Tanjung Belanja, Parit, Perak, Sarhan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Iskandar Shah sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Sungai Petani, Kedah.
Semasa kecil, dia meminati seni kaligrafi hasil dorongan ayahnya iaitu Allahyarham Haji Alang Endut yang juga guru kepada bekas Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Shah.
Waktu lapang di hujung minggu, jika tidak keluar bersantai dengan keluarga, Sarhan lebih suka melayari internet dan mendalami seni kaligrafi.
Abangnya Abdul Rahim yang pernah bertugas sebagai pengurus di sebuah bank tempatan dianggap "Mentor" oleh Sarhan kerana banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam bidang perbankan.
Secara kebetulan, semasa kami merakamkan visual Sarhan, Abdul Rahim dan keluarga bercuti di sana.
Ibarat burung terbang tinggi, akhirnya akan hinggap di ranting jua.
Bagi Sarhan, meskipun telah menjawat jawatan tinggi namun dia tidak lupa asal usul dan keluarganya.
Sekali sekala makanan bercirikan Malaysia tetap menjadi pilihan istimewa lebih lagi bila keluarga atau sahabat handai bertandang ke rumahnya.
Sahabat baik Sarhan pasangan Chef Zam dan isterinya Lina sering membantu Brigette jika ada majlis yang turut mengadakan jamuan makan.
Chef Zam dan isterinya Lina yang telah menetap lebih 15 tahun di Zurich. (sesiapa nak ke sana boleh hubungi mereka berdua) |
Dah beberapa hari asyik makan mee segera, serunding, sardin dan roti , dapat lauk kegemaran kami apa lagi.....dua tiga kali nasi ditambah....
Saban tahun, Sarhan akan cuba membawa isteri dan anak-anaknya bercuti di tanahair agar anak anaknya memahami dan mendalami budaya Melayu.
Ternyata dengan semangat dan ketabahan yang tinggi akhirnya Sarhan yang asalnya pengutip buah strawberi kini berjaya menjawat jawatan tinggi di negara orang.
Perjalanan yang dilaluinya bukanlah mudah lebih 25 tahun di bumi Switzerland, kini dia tergolong dalam insan cemerlang, gemilang dan terbilang.
Mungkin Sarhan kurang dikenali di tanahair, namun bagi masyarakat perbankan di Switzerland, amat mengenalinya sebagai satu nama besar yang turut memgharumkan nama Malaysia.
Nasihatnya sesiapa yang mahu merantau ke negara luar, perlulah berusaha lebih....
"Bila kita sudah diberi kepercayaan untuk sesuatu tugas, lakukan dengan terbaik, jujur dan amanah.......dan sebagai rakyat Malaysia buktikan kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan mereka.Anak Anak Malaysia memang hebat dan boleh berjaya di mana mana pun di mukabumi Allah ini......"
Bagi krew Potret Terbilang, apa yang dikongsi Sarhan Endut, mengenai liku liku kehidupan dan pengalamannya di rantau orang, dapat kami garapkkan untuk berjaya bukan mudah,perlu gigih, setelah berjaya jangan lupa diri dan yang penting syukur dan sentiasa mengingati Yang Maha Besar.......
Bersiar siar di Stein Am Rhein, Sarhan di sebelah Brigette dan Lina |
salam cik inn..dimana pun kita tinggal dan bekerja,kalau disertai dgn sift2 amanah,jujur,bekerja keras,rendah diri bersyukur dgn Allah swt pasti berjaya.
ReplyDeletemajalah3 is the best...truskn usaha ok!!!..follow me on www.najihahdane.blogspot.com
ReplyDeleteChik Inn..saya ada tengok episod ni..mmg best dan kagum dgn Sarhan. Syabas anak malaysia
ReplyDeleteSalam Mazlin,
ReplyDeleteBaru kini sempat membaca Blog ini. Ribuan terima kasih atas kesudian membuat program tentang saya dan keluarga di Zürich dulu.
Do visit us whenever you'd be back in Switzerland!
Sharhan
Salam.boleh saya dapatkan contact chef zam?thanks :)
ReplyDeletesalam boleh saya dapat contact chef zam. hnks
ReplyDelete