Ads by nuffnang

Saturday, November 6, 2010

HARI PEMANDU TAK BERHEMAH.......

Selepas sarapan pagi, saya pun membelek akhbar hari ini.

Selain kisah banjir di utara tanahair yang semakin buruk khususnya di Kedah dan tragedi Gunung Merapi yang disifatkan letusan paling dahsyat sejak 1930, paparan mengenai kemalangan yang membabitkan bas membuatkan saya menggeleng kepala.

Kejadian yang berlaku kira kira 8 malam semalam, di Jalan Pekan - Nenasi, Pekan Pahang meragut satu nyawa dan beberapa penumpang yang cedera dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan..

Bagaikan satu badi, berjangkit jangkit kemalangan membabitkan bas ekspres sejak dua menjak ini. Di mana silapnya memang sukar untuk mendapat jawapan tepat....

Yang pasti, mangsa yang dijemput Illahi meninggalkan kesedihan kepada kaum keluarga dan sahabat handai.

Menjelang tengahari, saya keluar untuk membeli barangan dapur maklumlah awal bulan.

Sejurus keluar dari tempat letak kereta di apartmen, sebuah kereta yang telah dimodifikasikan dengan tayar yang besar,cermin separa gelap,eksos besar bagaikan serombong kapal dengan bunyi yang boleh dengar setengah kilometer berada di depan kereta saya.

Yang membuatkan saya sekali lagi menggeleng kepala bila pemandu kereta terbabit, memandu begitu sopan dan perlahan sekali membuatkan beberapa kereta di belakang saya menjadi panjang, padahal individu itu boleh mempercepatkan sedikit kenderaan.

Seketika saya dapat memintas kereta dan menoleh ke arah pemandu terbabit, rupanya tengah bercakap di telefon bimbit tanpa menggunakan "hand free kit".

Mungkin dia belum pernah disaman, tetapi cara pemanduan itu menyusah dan membahayakan diri mahupun pengguna jalanraya lain.

Setelah berada di jalanraya besar untuk ke Pusat Membeli Belah One Utama, sebuah kereta Honda CRV dipandu seorang wanita memberi lampu isyarat untuk ke kanan dan sampai di simpang, tiba tiba dia terus ke kiri.

Alhamdulillah, saya memang hendak ke kanan, andai kata kalau saya ke kiri, mahu juga kemek "bumper" kereta saya. 

Tak kan tak tahu kiri dan kanan?

Ada lesen ke tidak? 

Kalau ada penunggang motorsikal, percuma aja dapat kemalangan.....
Berhampiran pintu masuk utama, One Utama Shopping Centre                                          
   
Sampai di Bandar Utama, terdapat dua pintu masuk kereta di bahagian depan. Di satu barisan agak panjang, saya terus memandu ke arah yang tidak begitu panjang.

Dari kejauhan saya nampak, sebuah kereta di mesin mengambil tiket letak kereta, seorang anak kecil dalam lingkungan 5 atau 6 tahun terkial-kial hendak mengambil tiket letak kereta, itulah punca kepada beberapa kereta terpaksa berbaris panjang. 

Yang ayahnya pun, kalau nak memberi peluang anak mengambil tiket, pastikan tidak ada banyak kereta di belakang menunggu....

Macam macam gelagat manusia ni......

Dah masuk ruang meletak kereta di bahagian "basement" tetiba saja jadi "jammed" .

Rupanya sepasang wargaemas telah masuk arah bertentangan... Kesian juga mereka, bila ada pemandu yang membunyikan hon dan seperti tidak puashati menunjukkan arah jalan.

Mungkin mereka biasa dipandu anak anak, justeru tatkala memandu sendiri berlaku sedikit kesilapan. 

Apapun, hormatilah orang yang dah berumur...kalau terjadi kat ibubapa kita macamamana????

Setelah mendapat tempat letak kereta, saya pun pergilah membeli beberapa barangan keperluan.

Setelah membayar, saya bertanyakan juruwang,

"Dik,plastik...?"

"Kak, hari ini hari tanpa plastik lah" jawabnya tersenyum.

Saya tersentak "Oh ya tak ya..hari ini hari sabtu, ingat hari Ahad, sebab semalam cuti".

Di Selangor, Sabtu adalah hari tanpa plastik di kebanyakkan pasaraya besar.

Ia satu langkah yang baik, pembeli tidak terus menerus mengunakan plastik sekali gus dapat mengurangkan juga jumlah plastik yang hendak dilupuskan.

Berikutan barangan yang saya beli agak banyak, terpaksalah saya beli "reusable shopping bag" kat pasaraya tu.

Ia bukan pertama kali beli, tapi bila dah bawa barang masuk rumah, tinggallah beg "recycle" kat rumah......(faktor umur kot....makin pelupa....)

Di pusat membeli belah, punyalah ramai pengunjung kerana cuti hujung minggu yang panjang, dan dah dapat gajilah kata kan......

Saya perhatikan di mesin ATM, pengunjung berbaris ingin mengeluarkan wang dan ATM Kawanku (Maybank lah)pilihan utama.

Rata rata tempat makan baik di medan selera, restoren makanan barat ke, Jepun ke, segera ke, tak segera ke, penuh dengan pengunjung menikmati makan tengahari.

Saya pun singgah di satu daripada restoren di aras bawah bangunan baru One Utama.

Saya memesan roti jala dengan kari ayam.

"Hai semalam Ayam Nando, hari ini Roti Jala Ayam Kari, asyik makan ayam ajalah Chik Inn ni", anakbuah saya Nora, menegur.

Seketika saya teringat kepada pemandu merangkap "tour  guide" saya di Bandung,Indonesia.

Bab memandu, memang Pak Diky mempunyai displin dan memandu dengan berhemah sekali.

Tetapi saya teringatkan dia, bukan kerana cara pemanduannya yang berhati hati, tetapi berkaitan hidangan berasaskan ayam.

"Terus terang saya katakan,sebulan sekali pun belum tentu saya dan keluarga dapat menjamah masakan yang ada ayam, di sini mahal dalam 20 ke 30 Ringgit Malaysia sekilo", Pak Diky berkongsi pengalaman ketika makan tengahari dengan saya dan geng, semasa bercuti di Bandung awal tahun ini.
Bersama Pak Diky di Tangkuhan Parahu
Faktor kewangan membataskan dia untuk berbelanja lebih, bagi Pak Diky, kewangan perlu dirancang sebaiknya untuk masa depan.

Benar pandangan yang dilontarkan, kita perlu bijak untuk merancang kewangan masa depan. 

Jangan boros dan mudah terperdaya dengan jualan murah yang ditawarkan. Beli barangan yang benar benar perlu....

Selesai makan, saya pun balik ke apartmen.

Dalam perjalanan, sekali lagi saya berdepan dengan pemandu yang "confused" tak tahu jalan mana yang hendak di tuju......


MasyaAllah, sabar ajalah.....

Apapun, bila kita memandu, pandulah dengan berhemah, perlu jaga keselamatan diri dan penumpang yang kita pandu serta keselamatan pengguna jalanraya lain.....

Berhati hatilah ketika memandu dan sentiasa memohon perlindungan daripada Illahi..........pesanan untuk diri saya sendiri mahupun buat rakan rakan pembaca.....

5 comments:

  1. Salam Chik Inn...(saya address Chik Inn aje lah ye...)memang memandu di jalan raya kita ni,kerap menaikkan darah,yang terlalu bersopan,tapi masih di lorong kanan, yang berdesup,memotong dari sebelah kiri pun ada.Kalau bas xpress berlumba...memang biasa..tak tau bila sikap rakyat malaysia ni nak berubah...

    ReplyDelete
  2. salam cik inn..bab pemandu dijalan raya ni macam2 kita jumpa..yg terlalu sopan hingga berderet kereta dibelakang pun ada, yaang rakus hingga hati kita kecut dan gerun pun ada..
    makcik sekarang ni takut nak bawa kereta..tapi kena juga bila pakcik tak sihat..dekat je..1 km kepasar membeli lauk pauk..
    cik inn temntu sihat..

    ReplyDelete
  3. entah mengapa org malaysia ni bila atas jalan..lupa diri semcm!
    Betol cik inn, apa yg kita rasakan biasa..kdg kala ia satu kemewahan bagi org lain, contoh mcm makan ayam. mungkin bagi kita dah jemu jelak..sebab itu kita perlu sentiasa memandang kepada org yg kurang drp kita..barulah kita akan tahu bersyukur!

    ReplyDelete
  4. Chik Inn...saya selalu naik angin dengan pemandu lain.Slow tak tentu hala..nak masuk kiri kanan kadang2 tak bg signal. Bagi signal kanan masuk kiri.

    ReplyDelete
  5. Salam buat Chik Inn, My cousin sister salah seorang yang terbabit dalam kemalangan di Rompin (Bas Transnasional). Beliau masih lagi di ICU Hospital Ampuan Afzan, Kuantan. Keadaan beliau masih kritikal. Masih dalam keadaan koma. Kami sekeluarga amat mengharapkan beliau sihat dan ceria kembali seperti biasa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...