Ads by nuffnang

Thursday, November 11, 2010

"MASA DULU MANA ADA UPSR..........."

Keputusan UPSR telah keluar pagi tadi.

Ada yang menjerit keriangan, ketawa, senyum melirik, sugul, menangis dan pelbagai aksi...

Tahniah kepada pelajar pelajar yang mendapat keputusan 5A dan ibubapa yang sering memberi semangat kepada anak anak mereka antaranya sahabat blogger saya Mazidul Akmal Sidik juga Nurfarahin Jamsari dan NoorFarina Ashruddin.

Anak-anak yang tidak dapat 5A, jangan putus asa, masih jauh lagi perjalanan untuk menimba ilmu.

Ini baru langkah pertama.....

Tanamkan semangat untuk terus memperbaiki pelajaran dan usaha tangga kejayaan......

Untuk saya mengimbas kembali zaman persekolahan terutama semasa sekolah rendah, memang agak sukar untuk diingati secara khususnya, maklumlah dah berpuluh tahun meninggalkan zaman persekolahan.

Yang saya tak boleh lupa zaman sekolah rendah, ketika darjah 6 saya aktif dengan sukan bolajaring dan mewakili sekolah dan daerah .....

Syukur dengan semangat juang yang tinggi bersama rakan rakan seperti Sara Bee Bee Ismail, Siti Asmahan Ali, S.Ekarani, Zurina Abd Shukur, Julie Leong, Faridah Jamaluddin dan Wan Rahimah Wan Rahim, kami berjaya menjadi Johan Daerah Kelang bawah 12 tahun....


Kalau saya tak silap, zaman sekolah rendah ketika itu, tiada lagi UPSR, sebaliknya pelajar pelajar perlu menduduki "PEPERIKSAAN PENILAIAN DARJAH 5".

Lima subjek yang perlu diambil iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Ilmu Hisab, Sains Awalan dan satu lagi tak berapa ingat rasanya gabungan Tawarikh/Ilmu Alam(dulu matapelajaran SEJARAH dikenali sebagai Tawarikh dan Matematik dikenali sebagai Ilmu Hisab).


Haah masa tu, pelajar yang mendapat 5A untuk sesebuah sekolah tidak seperti seramai sekarang....

Seperti kata sahabat saya Noraini Tahir yang berasal dari Seberang Prai,

"Zaman tahun 70an kat kampung Kak Ani, dapat 1A pun dah riuh sekampung".

"Budak dapat 5A memang boleh dikiralah masa tu, satu daerah berapa student aja yang dapat, bukan kira setiap sekolah tau, daerahhhh...", Rauf Rhan menambah. 

Jika tidak silap pendengaran saya semasa Buletin Utama tadi, sebuah sekolah di Wilayah Persekutuan, lebih 100 pelajarnya mendapat 5A.

Tahniah kepada pelajar-pelajar dan semestinya pendidiknya...

Terima kasih cikgu.....

Pelajar-pelajar sekarang memang bernasib baik, kerana guru guru turut mengadakan kelas tambahan, pusat tuisyen tumbuh seperti cendawan lepas hujan, buku rujukan mudah didapati, di akhbar akhbar turut menyediakan ruangan untuk pelajar dan bagi rumah yang ada perkhidmatan internet, segala-galanya memudahkan untuk buat ulangkaji.

Justeru sebagai pelajar, anak anak perlulah belajar bersungguh sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang......

Apa pun tidak bermakna tidak boleh aktif dalam aktiviti lain, perlu juga bersukan kerana bila badan sihat, minda pun cergas.

Dan sentiasa mengingati Allah Maha Pencipta....

Juara Bolajaring dan Catur Daerah Klang

Pesan saya pada anak anak yang di bangku sekolah lagi..........

"Jangan biarkan ibu menangis melihat kegagalanmu, sebaliknya biarkan ibu menangis melihat kejayaanmu......."

10 comments:

  1. Ye Chikk Inn...kita dulu ada ujian penialian darjah lima...lain situasinya dengan sekarang...cikgu cikgu dulu juga amat dedikasi..tapi selama seorang guru itu menjadi guru,di mana mana pun dan bila zaman pun komitmen tetap sama...anak anak yang berjaya,cikgu yang menangis beria-ia...suka sangat...bagaimana pun semangat tetap ditiup pada anak akan yang kurang bernasib baik...bukan mereka tidak pandai,tetapi kadang kadang nasib tidak menyebelahi...

    ReplyDelete
  2. cuma ada sedikit terkilan lah chik inn oiiii.... akademik generasi baru meningkat tetapi akhlak semakin buruk.........apa yg tak kena?

    ReplyDelete
  3. Chik Inn..
    Saya generasi ke 2 yang ambik UPSR. UPSR start tahun 1988. result dapat 3A jerr tu pun dah bangga..

    ReplyDelete
  4. chik inn...betul tu.PENILAIAN SEKOLAH RENDAH.

    adik beradik saya ramai yg ke sekolah berasrama penuh kerana mendapat keputusan cemerlang dlm peperiksaan ni.

    masa dulu kat kampung,ibubapa hanya mengharapkan cikgu mengajar anak-anak kerana tidak mampu menghantar tuisyen ataupun membeli buku tambahan.

    jadi terpulang kpd diri masing-masing.mana yg rajin dapatlah 5A.kalau tidak corot lah hehe..

    berbanding dgn anak-anak sekarang ibubapa berabis memberi segala peluang namun keputusan yg 'ado' :p

    tapi anak-anak yg pintar pada awal selalu jugak kecundang diakhir kerana terlalu konfiden atau bangga diri.so lebih baik sederhana diawal dan cemerlang akhirnya.betul tak?

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Penilaian Sekolah rendah dulu saya dpt 1A, 3B& 1C. Alhamdullillah kini tetap jadi manusia yg berguna & berjaya...

    ReplyDelete
  6. salam cik inn..hehe ..zaman makcik darjah 6 ada Entrance Examination,untuk membolehkan pelajar2 aliran Iggeris meneruskan keting.1 dlm aliran inggeris,kalau tak mereka kan kealiran BMelayu.Ini ialah bagi pelajar2 yg Special Malay Classes..masuk darjah 4 kealiran Inggeris.

    ReplyDelete
  7. Salam Chik In ... Ingat baru nak teka yang mana satu Chik In kat dalam gambar tu. Tapi tak dapat nak agak ... hehehe ... comel comel belaka. Akak masa Penilaian Darjah 5 dapat 2A 3B jer dik. Sampai sekarang kalau anak-anak tanya, mak dapat berapa, rasa malu nak sebut ... hehehehe. Satu jer jawapan akak,"Mak nak anak-anak mak lagi pandai dari mak" ... kira jawapan bernas gak tu kan ;D

    ReplyDelete
  8. betul..betul..!
    dulu2 mana ada UPSR.. ada peksa Penilaian Darjah 5 jek..

    kat sekolah kita dulu tu.. yg dapat 5A 2 org je.. yg kita ni..dapat 1A pun dah seronok giler.. rasa macam pandai bebenor dah..ekekekee..

    kenangan manis betul..

    ReplyDelete
  9. Convent (2) Klang my old skool oso!! Sekolah best kt Klang..

    ReplyDelete
  10. salam kak chih inn
    memang dulu tak ada UPSR..zaman dulu hanya penilaian darjah 5..betul dulu susah sangat nak dpt 5A nie...sebab apa? Adakah budak2 zaman dulu kurang cerdik atau boleh zaman sekarang terlebih cerdik? Sebenarnya dulu mana ada tuisyen2 ni..kelas tambah pun kadang2 ada..dulu ibubapa tidak berlumba2 nak antar anak ke pusat tuisyen spt sekarang seawal tahun 2 dah gi pusat tuisyen.. juga salah satu ramai dpt 5A sekarang ni tak mustahil sistem pengredan/pemarkahan lebbih rendah dan mudah berbanding dulu..Kalau nak kira kualiti cikgu..dulu dan sekarang tetap sama...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...