Ads by nuffnang

Monday, November 8, 2010

"TAWARAN BERMAIN DENGAN ULAR TEDUNG BERBISA........"

Dua hari berturut turut saya menulis keadaan semasa berlaku kepada saya dan mungkin juga rakan lain terutama menyentuh bab Pemanduan Berhemah dan kemalangan. 

Seorang rakan blogger kita, Ummu Aiman Irfan, memaklumkan kepada saya, seorang daripada mangsa kemalangan di Rompin baru baru ini adalah sepupunya dan masih di  wad ICU Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan. 

Sama-samalah kita mendoakan agar sepupunya sembuh dan kembali ceria seperti biasa......

Amiin......

PERHATIAN :-
Anda dilarang meniru aksi di dalam photo yang dilampirkan.
Ia dilakukan atas pemerhatian pakar......
(kat TV lazimnya diletakkan amaran, jadi saya pun letak juga dah biasa buat....)


Hari ini saya sambung cerita pengalaman bertugas....sebab hari ini dah mula kerja, setelah rehat tiga hari.....jadi topik kerjalah saya sentuh...

Di zaman serba canggih dan berteknologi moden ini, lazimnya masyarakat umum tidak begitu mempercayai ilmu kebal.

Bagaimanapun, masih wujud segelintir individu yang cenderung ke arah ilmu itu, yang didakwa bertujuan melindungi diri.

Pelbagai pelindung diri dicari bagi melindungi diri daripada senjata mahupun haiwan berbisa.

Secara umumnya, ilmu kebal dipelajari melalui dua cara, melalui amalan atau dengan pemakaian sesuatu benda atau tangkal yang dikatakan boleh menjadikan pemakainya kebal.

Dalam konteks Islam, amalan ilmu kebal sentiasa diperdebatkan kerana dianggap cuba mengatasi hukum Allah sementera ada juga pihak menyatakan ia berlaku dengan izin Yang Maha Esa.

Untuk Majalah 3 siaran 11 Julai 2009, saya dan Nurul Syuhada Nurul Ain (pengacara yang comel tu) ke Kampung Wakaf Tapai, Trengganu.

Krew bersama Pok De
Kami mendekati Sayuti Harun atau lebih dikenali sebagai Pok De, seorang penjinak ular yang mendakwa telah lebih 500 kali dipatuk ular dan boleh digelar sebagai manusia kebal bisa.

Nurul Syuhada sedang membuat "standupper"

Berasal dari Jerantut, Pahang, kemahiran bermain dan membuat pertunjukan dengan pelbagai jenis ular berbisa, termasuk tedung selar dan tedung senduk, sejak berusia 12 tahun.


"Bukan ilmu, tapi kayu teras gemunggar ini yang menjadi penawar paling besar...buang racun...", Pok De menunjukkan kami kayu yang dimaksudkan.


Si Tedung merenung saya......alamak......

Menurut Pok De, dia memiliki kayu teras gemunggar itu daripada pohon yang ditanam datuknya lebih 50 tahun lalu.

Kayu teras didakwa boleh dijadikan penawar bagi yang terminum racun atau digigit haiwan berbisa.

Pelik tapi benar...itulah jawapan Pok De memberitahu kami yang dia tidak menggunakan ilmu tertentu sebagai penjinak ular.

"Kalau kena patuk dengan ular, ambil saja kayu ini letak di tangan dan biarkan ia jauh...ia akan sedut semua bisa atau racun di bahagian yang kena patuk", Pok De menambah.


Bertenang dik..genggam aja kayu teras tu....


Bagi membuktikan kenyataan lelaki berusia 62 tahun itu, dia menunjukkan beberapa kesan patukan dan gigitan ular berbisa di tubuh badannya.

Memang banyak.....

Semasa penggambaran dilakukan, krew Majalah 3 diberi kesempatan mendekati ular tedung senduk kepunyaannya yang masih ada bisa.


Ini Tedung Selar (King Cobra) yang memang terkenal dengan patukan yang berbisa.
Panjang 2 meter
Jurukamera ketika itu, Wan Amran, memang geli dan "suspen" dengan Sang Susur, langsung tidak berani mendekatkan kamera.

Kami perlu memegang cebisan atau hirisan kayu teras gemunggar di dalam tangan dan mendekati ular tedung selar itu.

Berikutan Nurul Syuhada juga agak "suspen" dengan ular, maka saya memberi semangat kepadanya supaya bertenang dan jangan panik.

Bagi saya kalau nak suruh anakbuah saya beraksi sambil menyampaikan "standupper" , saya pastikan semuanya selamat lebih lagi bila berhadapan dengan haiwan yang sukar untuk kita ketahui "mood"nya.



Memakai gelang getah yang berbisa......
Bukanlah saya ni berani sangat, "suspen" juga maklumlah ular tedung kalau kena patuk tidak diberi rawatan segera boleh bawa maut....... kalau dengan ular sawa dah agak biasa dan ia tak mematuk. 

Setelah diberi keyakinan oleh Pok De, saya mencuba dulu memegang dan bermain dengan ular tedung.

Seakan tak percaya, tatkala menggenggam kayu teras itu di dalam tangan dan mendekati ular tedung, ia cuba mengelak daripada menghampiri tangan yang saya hulur....

Menurut Pok De, itulah amalan yang dilakukan sejak kecil sehingga bergelar penjinak ular berbisa.

Suspen juga.....

Dia tidak menggunakan amalan pelik dan tidak kebal seperti anggapan sesetengah pihak tetapi lebih menggunakan kemahiran yang dianugerahkan Allah swt dan tidak boleh takbur serta riak.

Setelah Nurul Syuhada kelihatan sedikit tenang, saya menghampirinya dan menyakinkan ular tedung itu tidak akan mematuk, barulah dia memberanikan diri untuk pegang......tapi beberapa kali acuh tak acuh untuk mendekati ular itu.....

Setelah melihat kami agak selesa bermain dengan tedung senduk, Pok De mengeluarkan Ular Tedung Selar yang lebih berbisa di banding tedung senduk...

Sungguhpun debaran tidak sekencang awal penggambaran, kami tetap berhati hati.....

Kebal atau penunduk ???

Ilmu kebal menjadi definasi kepada kaedah atau teknik untuk mengelak diri daripada kecelakaan atau musibah diri.

Namun...ia bukan landasan untuk mengelak takdir atau ketentuan Illahi.....

Apapun yang penting asas dan pegangan haruslah seiring agar tidak tersesat di jalan yang boleh memesongkan akidah diri.


Pok De membelek mulut Tedung Selar dengan selamba aja.....


12 comments:

  1. Itulah kuasa Allah ye Chikk Inn..kena berbalik kepada kuasa Allah juga,...dia memberi bermacam macam kepakaran, dan kebolehan sesaui dengan manusian tu sendiri..macam Chik Inn dikurnia bakat yang hebat...macam saya Dia dah tentukan jadi cikgu walau berminat jadi wartawan penyiaran macam Chik Inn...Dia lebiha tahu...

    ReplyDelete
  2. Chik Inn
    Walaupun genggam kayu tu tapi dalam hati tetap berdebar juga kan?? Kalau saya memang tak pegang dah sebab takut.

    ReplyDelete
  3. rasa nie dh penah kluar TV kan? Tapi yang menariknya..kenapa kayu tersebut menjadikan ular tersebut jinak? apa kelebihan kayu tersebut?

    ReplyDelete
  4. Echam, saya di fahamkan Pok De tu ada keturunan pahlawan melayu Mat Kilau ....tu skillnya tinggi.

    Ya Chenal, seperti yang saya tulis di atas ia adalah siaran Majalah 3 pada 11 Julai 2009.Sukar untuk saya menyatakan apa sebenarnya kelebihan kayu tersebut, seperti kita sedia maklum, orang tua tua selaku pesan ular takut dengan buluh, sama juga dengan kayu terbabit. Mungkin ada sumpahan tertentu, sesungguhnya Allah lebih mengetahui....

    Madam Casper, memang berdebar juga masa mula nak pegang tu, tapi Alhamdulillah rasa gerakhati ok aja....pegang ajalah...apa pun semua dengan keizinan Yang Maha Besar....betul tak Cikgu Nurin.....

    ReplyDelete
  5. salam chik inn..
    nik selalu duk wonder.. mcm manala nak elakkan perasaan geli/takut/suspen bila kena buat asgment yg melibatkan perkara yg kita geli/takut..tgk BJ2 cm steady je pegang ular, katak dan makhluk sewaktu dgnnya..(mungkin lepas atau sebelum tu ada yg terjerit2 kot hehehe. Tu la agaknya kita tak jd BJ kot hik3..

    ReplyDelete
  6. salam kak lin
    beraninya akak...kalau mas tak tahu macam mana,takut rasanya...binatang berbisa lak tu...akak rasa berdebar2 tak pegang ular tu..
    maceh yer akak sudi singgah blog mas, blog masakan jer..he..he...

    ReplyDelete
  7. Nik, bagi saya sebelum nak pegang benda benda berbisa atau yang sukar untuk agak "mood" haiwan terbabit, minta Allah permudahkan kerja kita, kalau debaran tu kuat sangat dan tak yakin, baik jangan dicuba...Bukan semua rakan rakan Bj saya yang berani, tiada paksaan,pentingkan keselamatan dulu.....
    Saya kalau ada masa lapang memang masak tu singgah blog Mas dan InsyaAllah akan singgah lagi....

    ReplyDelete
  8. uish...nenek tau ke tak nieh...hehehe...

    ReplyDelete
  9. er..tawaran main ular..

    takpe lah..terima kasih jelah ye..

    *anak2 saya suka ngan ular.. malah bercita2 nak bela ular bila duduk rumah kg nanti..hehehe

    maknya pulak penakut..geli-geleman..!

    ReplyDelete
  10. saya nak tgk video nie dekat mana ye??? sapa boleh bagi tau..you tube???

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Cik Inn,

    cousin saya mangsa kemalangan di Rompin masih lagi terlantar di katil. Sudah hampir 2 tahun kejadian berlaku, beliau masih tidak pulih. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kemudahan pada ibu dan keluarganya untuk menjaga beliau.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...