Ads by nuffnang

Monday, November 29, 2010

"Mazlin Nordin dah boleh bersara...."

Semalam anakbuah saya Nur Atikah Mazlan menerima ijazah pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM)  ke 73 di Shah Alam, Selangor.

Alhamdulillah, dia tamat pengajian dengan mendapat 2 anugerah iaitu Anugerah Naib Canselor dan Pelajar Terbaik Kewartawanan, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa.

Tahniah anak sedara....juga tenaga pengajar yang memberi ilmu, rakan rakan diskusinya....dan terutama sekali pada abang saya Haji Mazlan dan kakak ipar saya Hajah Zaimah.

Ika @ Chik Inn Jnr

Kira kira 20 tahun lalu, di lokasi yang sama, saya juga menerima segulung diploma(dulu dikenali sebagai diploma yang setaraf dengan ijazah, sekarang terus ijazah) kursus Kajian Sebaran Am (sekarang Komunikasi Massa).

Tapi saya tak lah dapat Anugerah Naib Canselor......

Pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.37 kalau tak silap...

Alhamdulillah kira kat buku konvokesyen tu sebelah nama saya adalah satu bintang.....

Sejak kecil lagi, Ika nama manjanya selalu melabelkan dirinya "Chik Inn Junior" dan ternyata minatnya untuk mewarisi dalam bidang ini daripada saya, telah dibuktikan.




Bercuti di Korea bersama dua anak sedara Ika dan Jehan

Semalam saya menasihatkan Ika,

" Awak pelajar terbaik, kerana rajin mengulangkaji, ingin memberi terbaik dan buktikan  pada ibubapa awak, tetapi bila berada di dalam dunia pekerjaan yang sebenarnya ternyata berbeza sekali, perlu bekerja dengan penuh minat, berdisplin, bersungguh sungguh, amanah dan mengamalkan sikap kerjasama di antara satu sama lain".

"Kerana bila beroleh kejayaan atau mendapat anugerah ia adalah kejayaan yang diperolehi hasil kerjasama pelbagai pihak....bukan atas kesungguhan diri sendiri seperti yang awak dapat hari ini.... " 

Berikutan Ika berminat dalam bidang yang saya ceburi kini, nampaknya boleh lah saya secara perlahan lahan mengundur diri dalam dunia penyiaran dan memberi peluang dan laluan kepada generasi baru.....


Kalau tidak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya.....



Tidak mustahil Ika akan berjaya dengan cemerlang dalam dunia penyiaran kelak....

Seorang lagi anakbuah saya Syasha Batrisiyia Kamal Baharein juga dah nampak ke arah "Chik Inn Junior 2", tapi perjalanannya masih jauh, tahun depan baru darjah 6.....


Syasya kena belajar rajin rajin ya.....

Syasya (Chik Inn Junior 2)

Bagi saya yang dah masuk "4 series" ...... sendiri mahu ingatlah......


Stamina pun tak sekuat dulu.....panjat gunung dah sakit lutut, jalan cepat mudah semput, buat editing pukul 2 pagi dah menguap berkali kali.....tapi minat terhadap kerja, yang menguatkan semangat terhadap setiap tugasan yang diberi menjadikan ia bertahan hingga kini........


Apapun bidang yang kita ceburi, tidak kiralah siapa idola kita, bila berada di landasan pekerjaan, seseorang itu perlu melakukan yang terbaik kerana ia satu amanah dan rezeki yang diperolehi, biarlah rezeki yang berkat......

11 comments:

  1. terima kasih mak sedara..sangat terharu :)
    "Awak pelajar terbaik, kerana rajin mengulangkaji, ingin memberi terbaik dan buktikan pada ibubapa awak, tetapi bila berada di dalam dunia pekerjaan yang sebenarnya ternyata berbeza sekali"

    saya suka yang ini :)

    terima kasih mak sedara
    i love you!

    P/S, Chik Inn tak boleh bersara lagi hehe

    ReplyDelete
  2. Chik Inn.
    bila dikenang2 dah lama kita tinggalkan tingkat 13 tukan (skrgpun KSA dah ada bangunan sendiri..n tak sangka cgpa final kita sama la plak hehehe)
    Btol kata chik inn apapun landasan pekerjaan kita, ia satu amanah yg akan dipersoal nnti. Semoga ia menjadi amal jariah untuk kita di 'sana'nnti

    ReplyDelete
  3. Salam singgah Nik.... Memang beruntung student Mass Comm sekarang ni,ada bangunan sendiri, segala peralatan serba canggih berbanding zaman kita belajar dulu ekk...
    Kalau lift rosak, menapaklah kita turun atau naik ke tingkat 12 dan 13.
    Saya sering beri ingatan pada anak buah seperti Ika juga buat diri sendiri, bila dah berada di dunia sebenar pekerjaan pelbagai dugaan yang bakal dihadapi.
    Bersikap jujur pada diri sendiri kerana majikan tak tahu apa yang kita buat tapi Allah melihat apa yang kita buat.....Rezeki yang diperolehi biarlah sentiasa berkat....

    ReplyDelete
  4. tahniah untuk anak sedara kak lin,
    mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi, kan kak lin....

    ReplyDelete
  5. Tahniah juga dari sy utk anaksedara Chik Inn...

    ReplyDelete
  6. Tahniah kak inn, banyak pelapis tuhh...

    ReplyDelete
  7. Cik Inn, jangan besara dulu. Pastikan anak sedara mula belayar. Bila dah berada ditengah laut baru Cik Inn boleh besara.

    ReplyDelete
  8. tahniah buat anak saudara Cik Inn, moga dia akan jadi seperti Cik Inn dalam menggalas beban kerja yang akan dia terima nanti

    ReplyDelete
  9. Salam,
    Tahniah Ika...Malaysia memang memerlukan ramai anak muda yang cemerlang dan.....

    Selamat memasuki alam pekerjaan

    ReplyDelete
  10. salam...

    setinggi2 tahniah buat anak buah chik inn..memang susah untuk dapat anugerah tu..saya juga student..so, saya amat memahami bagaimana untuk kekalkan grade yang tinggi..memang susah..apa2 pon, tahniah..

    Chik Inn masih muda kot untuk besara..tv3 masih memerlukan sumbangan dan tenaga chik inn..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...